Tuesday, April 02, 2013

Filem-filem Pecah Panggung Di Ameria Utara..

 SALAH satu adegan yang terdapat dalam filem G.I. Joe: Retaliation.- ap

HALAMAN HIBURAN
LOS ANGELES - Filem aksi G.I. Joe: Retaliation mengungguli carta filem pecah panggung di Amerika Utara hujung minggu lalu sekali gus mengenepikan filem animasi The Croods. Menurut industri perfileman, filem itu yang dibintangi Channing Tatum, Dwayne Johnson dan Bruce Willis memperoleh kutipan tiket sebanyak AS$41.2 juta (RM127.6 juta).

Filem The Croods yang mengisahkan kehidupan sebuah keluarga pada zaman prasejarah pula jatuh di tempat kedua dengan kutipan berjumlah AS$26.5 juta (RM82.1 juta). Berada di tempat ketiga adalah filem Temptation yang memperoleh AS$22.3 juta (RM69.1 juta).

Filem G.I. Joe dan The Croods masing-masing diterbitkan oleh syarikat penerbitan filem, Paramount Pictures dan Dreamworks Animation. Syarikat Lion Gate Entertainment menerbitkan filem Temptation. - Reuters

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails