Saturday, April 06, 2013

9 GRO Ditahan, Kalau Tak Runsing Berita Ini, Ada Yang Tak Kena...



9 GRO warga China ditahan
KL: Sembilan wanita warga China disyaki bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) dan menjalankan kegiatan pelacuran ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di sini, kelmarin. Serbuan jam 9.45 malam di Taman Shamelin Perkasa, Cheras itu dilakukan Unit Tindakan Imigresen dan Bahagian Integriti Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Putrajaya, hasil maklumat awam.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kanan Mohd Izzat Mohd Jamil berkata, ketika serbuan berkenaan beberapa wanita terbabit asyik melayan pelanggan di pusat hiburan itu.

“Semua wanita terbabit berusia 20 hingga 30 tahun ditahan kerana melanggar Akta Imigresen atas kesalahan tidak memiliki dokumen dan menyalahgunakan pas lawatan,” katanya.
Turut ditahan ialah seorang lelaki tempatan berusia 20-an yang juga penyelia pusat hiburan berkenaan.

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut mendapati dua daripada wanita GRO itu tidak memiliki dokumen perjalanan sah manakala selebihnya didapati menyalahgunakan pas. “Empat daripada mereka menggunakan pas pelajar untuk masuk ke Malaysia dan tiga lagi menyalahgunakan pas lawatan sosial,” katanya.

Katanya, semua wanita terbabit dihantar ke depoh tahanan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) manakala lelaki tempatan yang ditahan ditempatkan di depoh Bahagian Penguatkuasa Imigresen Putrajaya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kata ulama (Bekas Pressiden PAS Usaz Fadzil Mohd Noor), "Tidak sempurna iman seeorang itu, selagi negaranya masih belum menjadi negara Islam yang sebenarnya. "  

Begitu juga dengan maksiat di keliling kita, jika anda tidak merasa apa-apa kebencian melihat gelumang kemungkaran di tengah-tengah masyarakat anda, siasatlah tentu ada yang tak kena Iman anda! (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails