Wednesday, April 03, 2013

Lagi Kesan Pengundi Hantu, Didaftar Oleh J/Hal Ehwal Khas (JASA)

Teo Nie Ching PC Pengundi Hantu 01

BALAKONG, 3 APR : Pengundi hantu dipercayai antara penyumbang utama kepada pertambahan mendadak pengundi di Dun Balakong dan Bangi selepas Pilihan Raya Umum ke-13 lalu. 

Pengundi yang statusnya menimbulkan keraguaan mula dikesan apabila seorang lelaki keturunan Indonesia datang ke Pejabat Ahli Parlimen Serdang bagi mendapatkan surat sokongan untuk permit perniagaan daripada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).
 
Menurut Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching, beliau ketika itu terkejut apabila lelaki yang bernama Hotim bin Abdul Jalil menunjukkan Mykad miliknya.

“Selepas di pergi, saya semak di web site Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan amat menakutkan saya apabila didapati dia merupakan pengundi di kawasan saya,” kata Nie Ching dalam sidang media yang diadakan di Pejabat DAP Kampung Baru di sini.

Teo Nie Ching PC Pengundi Hantu 02 

Selain Hotim, semakan lanjut Pejabat Ahli Parlimen Serdang juga berjaya menemui sekurang-kurangnya seramai 31 individu lain yang berdaftar dengn SPR tetapi statusnya diragui atau tidak dapat dikesan di Parlimen Serdang.
Lebih mengejutkan apabila semakan tersebut juga mendapati kebanyakkan pengundi meragukan tersebut didaftar oleh Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) sebuah badan di bawah Kemeterian Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan.

“Mendaftar pengundi bukanlah kerja JASA, ini meragukan,” kata Teo lagi.
 
Teo menambah, jumlah pengundi di kawasan Serdang telah meningkat sebanyak 42 peratus sepanjang lima tahun bermula daripada 2008. Iaitu dari 94,877 ke 134,888 pada suku keempat tahun lalu. Pertambahan tersebut melibatkan pertambahan sebanyak 23 peratus Dun Sri Kembangan, 51 peratus bagi Dun Balakong dan 50 peratus Dun Bangi.
 
Dalam sidang media sama, Ahli Majlis MPKj, Mohammad Ali Khair Abdul Ghafar melahirkan rasa kesal dengan tindakan kerajaan yang mudah memberikan kerakyatan kepada warga asing yang tidak mempunyai kelayakan profesional.

“Sepatutnya kerakyatan diberi kepada golongan profesional yang mempunyai kepakaran tertentu, bukan kepada pekerja buruh,” kata Mohammad Ali Khair.
Beliau menambah, pemberian kerakyatan kepada golongan bukan profesional akan menyempitkan lagi pasaran kerja dan peluang perniagaan bagi penduduk tempatan.

By Nazli Ibrahim
 Pejabat Parlimen Serdang Kesan Pengundi Hantu Nazli Ibrahim

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails