Wednesday, April 03, 2013

Parlimen Bubar Sebentar Tadi. Bermualah Dengan Hijau...


Najib dengan diiringi Muhyidin membuat pengumuman secara langsung pembubaran melalui TV1

KL: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembubaran Parlimen jam 11.35 pagi ini, 3 April 2013, tepat empat tahun selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.

Sehubungan itu, beliau meminta semua ketua-ketua kerajaan negeri menghadap ketua-ketua negeri masing-masing untuk membubarkan DUN di setiap negeri selain Negeri Sembilan yang terbubar dengan  sendiri.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin mengiringi beliau ketika membuat pengumuman itu. Dalam ucapannya, Najib berjanji sebagai pemimpin kerajaan yang ada, akan memastikan jika berlaku peralihan kuasa, ia akan berlaku dalam keadaan aman selepas pilihan raya umum nanti.

Beliau juga memberikan jaminan keselamatan untuk semua rakyat yang akan keluar mengundi di kawasan zon keselamatan di Lahad Datu. Dengan pembubaran ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai masa 60 hari untuk menentukan tarikh pengundian dan penamaan calon.

Pagi tadi Najib telah menghadap Yang Dipertuan Agung untuk memohon perkenan baginda bagi membubarkan Dewan Rakyat.

Bermulalah Dengan Hijau..

Gambar ini... 


Tahniah! Selamat kepada Blogger Taipingmali, di angkat dari Blog Manjong Mari.. Semuanya hijau..

Blog Ibnu Hasyim memulakan kempen muqaddimah 'Semuanya Hijau' mulai bubarnya parlimen sebentar tadi. Lihat gambar majlis pengantin di atas, semuanya hijau. 

Semoga PRU 13 ini,akan berakhir dengan 'Semuanya Hijau' besama-sama biru muda dan merah, bukannya biru tua yang sudah usang! (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails