Monday, April 01, 2013

Hina Islam, Olokkan Solat Patut Dihukm.

SEJUMLAH penyokong Youssef penghina Islam, berhimpun di luar pejabat pendakwa raya di Kaherah, Mesir semalam. 

Pelawak terkenal disiasat sindir Presiden Mesir
KAHERAH - Seorang pelawak terkenal televisyen, Bassem Youssef dibebaskan dengan ikat jamin semalam selepas hampir lima jam dia disoal siasat polis berhubung dakwaan menghina Islam dan Presiden Mesir, Mohamed Morsi.

Youssef yang merupakan pengkritik lantang Morsi sebelum ini disoal siasat sejak beberapa minggu lepas. Seorang pegawai pendakwa raya menyatakan, Youssef membayar ikat jamin sebanyak AS$2,200 (RM6,802) sehingga siasatan ke atasnya selesai. Tarikh soal siasat yang selanjutnya masih belum diketahui.

Seorang peguam hak asasi manusia, Gamal Eid berkata, keputusan membebaskan Youssef dengan ikat jamin itu menunjukkan pihak pendakwa raya akan meneruskan siasatan. Youssef yang terkenal dengan program mingguan televisyen, ElBernameg menyindir Morsi dan kelas politik Islam baharu di negara ini. Sejumlah penyokongnya menunggu di luar pejabat pendakwa raya sehari selepas waran tangkapannya didedahkan pihak media.
 
Menurut akhbar Al-Ahram, seorang pendakwa raya, Mohammed el-Sayed Khalifa berkata, dia mendengar terdapat 28 plaintif yang menduduh Youssef menghina Islam, mengolok-olokkan solat dan memperkecilkan Morsi. Youssef kerap meniru ucapan dan gaya Morsi. - Agensi

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails