Thursday, April 04, 2013

Trend Baru Babak Ranjang, Sengaja Dipertonton.. Finas & LPF?

HALAMAN HIBURAN

APAKAH ini suatu trend baru dalam dunia perfileman tempatan di negara yang majoritinya masyarakat orang Islam? Sebelum ini, aksi 'panas' pelakon cantik, Nora Danish bersama Rusdi Ramli menerusi filem Mencari Cinta, mendapat kritikan hebat di kalangan masyarakat. Namun, belum reda kontroversi itu, peminat dikejutkan lagi dengan adegan ranjang yang dilakonkan pelakon Remy Ishak dan Diana Danielle, menerusi filem Sembunyi: Amukan Azazil.

Walaupun babak itu dipotong dari tayangan asal, namun tindakan syarikat produksi, Grand Brilliance Sdn Bhd, yang memuat naik video berdurasi 1:07 pada 29 Mac lalu, mendapat perhatian segelintir peminat. Ramai mula mengkritik adegan itu, malah ada yang mendakwa adegan ini sengaja dipertontonkan untuk meraih perhatian penonton.

Menganggap ianya berpunca daripada sikap pelakon dan pihak penerbitan sendiri, Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) memandang serius mengenai perkara ini. Menurut Raja Rozaime Raja Dalnish Shah, perkara sedemikian sepatutnya tidak berlaku di dalam industri seni tempatan.

"Memang saya akui, kebanyakan pelakon dan produksi semakin berani dengan menampilkan babak-babak yang tidak bersesuaian dengan budaya kita.
"Namun, Finas hanya mampu menasihati dan menegur tindakan itu kerana ia menjadi tanggungjawab Lembaga Penapisan Filem (LPF).
"Selain pihak produksi, pelakon juga harus bijak memilih untuk melakonkan sebarang aksi. Kita tidak boleh menuding jari menyalahkan sesiapa, jika artis itu sendiri sanggup melakukan aksi sedemikian," katanya yang berharap agar LPF lebih memainkan peranan dalam memastikan babak-babak yang sepatutnya tidak terlepas daripada tapisan. 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pihak yang diberi kuasa mengaku seolah-olah tidak berkuasa. So, siapa sebenarnya yang berkuasa? Fasal apa untuk hindar maksiat banyak sangat dalih? Apakah BN/UMNO yang memerintah negara ini masih bukan tanggung jawabnya dalam membina umat? (IH)

1 comment:

Anonymous said...

[url=http://buyamoxilonline24h.com/#bakdq]amoxil online without prescription[/url] - amoxil online , http://buyamoxilonline24h.com/#mkepf cheap amoxil online

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails