Friday, April 05, 2013

Wanita B/Huruf Mahu Jadi Wakil Rakyat, Taliban Tak Marah Pun!

BADAM (kanan) duduk bersama seorang saudaranya di Khar, Bajaur pada 1 April lalu.  

KHAR - Seorang suri rumah Pakistan yang tidak tahu membaca dan menulis mencipta sejarah di negara ini apabila dia akan bertanding menjadi wakil rakyat di kubu kuat Taliban pada 11 Mei depan.

Suri rumah itu, Badam Zari, 53 yang merupakan isteri seorang guru besar mempunyai peluang tipis untuk menang.

"Saya bertanding dengan penuh keterujaan dengan hati yang suci dan suara hati yang jelas.
"Keazaman saya adalah untuk mendidik generasi masa depan, kanak-kanak perempuan dan wanita serta berkhidmat untuk mereka," katanya kepada agensi berita AFP menerusi telefon dari daerah Bajaur.
"Saya mengetahui bahawa saya merupakan wanita pertama yang akan bertanding dan berharap akan menang," tambahnya.

Dia akan bertanding atas tiket bebas di daerah tersebut. Daerah itu terletak di kawasan pergunungan dan merupakan antara yang paling miskin dan ramai penduduknya tidak berpendidikan.
 
"Saya tidak berasa takut. saya tidak pernah menerima ancaman daripada mana-mana pihak," katanya.

Beberapa pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya menyatakan kelmarin, permohonannya untuk bertanding telah diterima. Undang-undang Pakistan tidak melarang calon yang buta huruf bertanding untuk menjadi wakil rakyat.
Bajaur merupakan kubu kuat kumpulan Taliban, Al-Qaeda dan beberapa pertubuhan militan lain.

Daerah tersebut menjadi lokasi pertempuran antara tentera Pakistan dengan kumpulan militan. - AFP 

Komen Weblog Ibnu HasyimKumpulan Taliban, Al-Qaeda dan beberapa pertubuhan militan lain, tak marah dan tidak fanatik pun. Cuma puak-puak anti Taliban dan sekutunya saja yang taksub fanatik kepada negara penjajah!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails