Friday, April 05, 2013

Harimau Dilepaskan Manusia Dipenjara..


HARIMAU itu kemudian meninggalkan kurungan itu. 

Harimau kumbang dilepaskan ke hutan
MIAMI - Beberapa kakitangan Suruhanjaya Pemuliharaan Hidupan Liar dan Perikanan Florida membebaskan seekor harimau kumbang jantan yang berusia dua tahun di sebuah kawasan hutan simpan di Florida kelmarin. 

Harimau kumbang itu dilepaskan selepas ia dibesarkan di Pusat Pemuliharaan White Oak sejak berusia lima bulan. Anggota-anggota suruhanjaya itu menangkap haiwan tersebut selepas mereka menemuinya di daerah Collier.

Anggota-anggota suruhanjaya itu menemui harimau kumbang tersebut bersama seekor lagi harimau betina. Kedua-dua haiwan itu merupakan anak seekor harimau betina yang mati pada 2011.

Haiwan jantan tersebut dilepaskan dari kurungan ke dalam hutan di kawasan hidupan liar Rotenberger di sempadan Palm Beach dan daerah Broward. - Agensi

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Konon puak-puak mereka mempunyai dan melayani hak-hak nilai kebinatangan, sedangkan sebelah tangan lagi merampas hak-hak asasi kemanusiaan. Menbina banyak lagi penjara zalim dan membunuh pejuang-pejuag keadilan, masuk campur memusnahkan keamanan sesebuah negara. Binaang!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails