Wednesday, April 03, 2013

Huu, Lihat Wanita Saudi Naik Motosikal. Berpakaian Sopan & ...

Perempuan Saudi kini boleh kendarai sepeda motor

KERAJAAN Arab Saudi kini membolehkan kaum wanita di negeri itu naik motosikal dengan syarat mereka mengenakan pakaian sopan, menutup aurat, dan dijaga oleh kaum lelaki.  Tv Al Arabiya melaporkan, Selasa (2/4), kaum wanita perlu ditemani kaum lelaki untuk menjaga jika terjadi kemalangan, menurut akhbar Saudi al-Yaum kelmarin.

"Kaum perempuan boleh mengendarai motosikal di taman, pantai, dan tempat lain, dengan syarat mereka mengenakan pakaian sopan dan ada seorang lelaki menjaga mereka," kata seorang Komite Penganjur Kebajikan dan Pencegahan Keburukan. Namun surat khabar itu tidak menjelaskan berapa jauh kaum lelaki perlu mengawasi mereka.

Komite itu juga menyebut tidak akan melarang perempuan asing menaiki motosikal.. Sumber itu mengatakan aktiviti bermotosikal  itu perlu lebih bertujuan untuk rekreasi, bukan sebagai alat transport. Lembaga itu mengatakan kaum perempuan boleh bermotosikal asalkan mereka tidak mendekati kerumunan penunjuk perasaan bagi mengelakkan perbalahan.
"Naik motosikal sambil mengenakan tudung lengkap dan cara mengendarai yang wajar boleh mengelakkan kemalangan." kata Ketua Organisasi Tangani Mangsa Kemalangan Kenderaan, Samia al-Bawardi kepada surat khabar itu.

Kaum wanita di Saudi selama ini dilarang mengendarai kendaraan apa pun sejak 1990. Sebuah petisyen untuk mengubah aturan itu baru-baru ini, telah disampaikan kepada Dewan Syura Saudi. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails