Monday, April 01, 2013

Najis Zina: Pelajar Rai Perkenalan Atas Katil


Pelajar rai perkenalan atas katil
MUAR - Seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun yang baru menyambut ulang tahun perkenalan pertama bersama kekasihnya di sebuah hotel bajet di bandar Tangkak di sini semalam dicekup kerana disyaki berkhalwat.

Semasa serbuan pada pukul 3.10 pagi oleh sepasukan Penguat Kuasa Pejabat Agama Daerah Ledang (PPADL), pasangan remaja itu sedang tidur tanpa berpakaian. Pelajar itu mengaku dia berada di hotel itu selepas menipu ibunya dengan memberitahu mahu bermalam di rumah seorang rakan sekolah di bandar ini.

"Ibu yang percaya saya telah menghantar saya ke sebuah restoran makanan segera di bandar ini tetapi saya sebenarnya berjumpa teman lelaki saya yang berusia 18 tahun," cerita pelajar itu semasa ditemui selepas operasi cegah maksiat semalam. (Kosmo)

Menurut Sumber Sinar Harian, “Mereka ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.".... 

Selingan video pilihan lagu Doel Sumbang (Indoesia) yang kira-kira kurang sumbang.. kisah  dua ekor monyet.. membentangkan kisah realiti masyarakat umat..


Komen Webog Ibnu Hasyim:  Beginilah suasana persekitaran masyarakat orang Islam di Malaysia yang dibentuk oleh kerajaan pimpinan UMNO/Perikatan/BN setelah lebih 1/2 abad merdeka. UMNO dengan parti yang tidak Islamik, membentuk sistem pelajaran tidak Islamik, mengkhianati rakyat dengan media kerajaan tidak bermoral, menghukum dengan perundangan 'thaghut', telah berjaya membentuk masyarakat Malaysia jadi begini.

Masihkah rakyat Islam tidak sedar?  Kalau sedar, dan tidak mahu perkara begini berlarutan merosakkan generasi mendatang, cepat-cepat tukar kerajaan sekarang. Cubaah parti gabungan bersama parti Islam pula. 
UNDIAH PAS dalam PRU 13 ini.


3 comments:

kampong lad said...

sapa boleh jamin benda ni tak berlaku jika pr perintah?

Anonymous said...

Setuju dgn kampong lad
Semuanya nak salahkan pemerintah, nak tuding jari memang mudah.

Anonymous said...

Semalam berita TV, di Kelantan .........remaja melacur diri! apa cer?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails