Sunday, March 31, 2013

Ini, Gambar Stadium Baru K'tan -N/Aziz Pecah Tanah

StadiumBaruKelantan


PASIR PUTEH: Perletakan batu asas Kompleks Stadium Kelantan yang menelan belanja RM237 juta akhirnya berjaya dilaksanakan semalam. Stadium yang bakal dilengkapi dengan peralatan yang serba canggih itu terletak di Bukit Merbau, kira-kira 33 kilometer dari Kota Bharu.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, diberi penghormatan untuk melakukan majlis pecah tanah dan perletakan batu asas. (Gambar no 2 atas). Kompleks sukan itu didirikan di atas tanah seluar 50 ekar milik kerajaan negeri berbanding keluasan keseluruhannya 75 ekar. Pembinaan stadium ini menjadi hasrat dan cita-cita rakyat untuk terus maju dalam bidang sukan khususnya bola sepak.

Tuan Guru ketika berucap memberitahu, kerajaan Pusat tidak pernah berhenti daripada mengkhianati Kelantan dalam segala hal termasuk soal pembangunan. Jelasnya, kerana keenganan Pusat untuk membantu Kelantan menyediakan stadium yang lebih canggih membuatkan kerajaan negeri terpaksa berusaha sendiri.

“Hasil mahsul kerajaan negeri sendiri seperti royalti disekat oleh golongan ini semata-mata bertujuan untuk melihat Kelantan tidak mampu membantu rakyat,” ujarnya.

Turut berucap pada majlis yang penuh bersejarah itu, Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa dan Datuk Abdul Fatah Mahmod. Hadir sama, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, Speaker Dun, Datuk Mohd Nasaruddin Daud, anggota-anggota exco kerajaan negeri, Datuk Anuar Tan Abdullah, Meja B Md Anizam, Wan Ubaidah Omar.

Hampir 4,000 rakyat Kelantan hadir untuk meraikan majlis yang penuh bersejarah itu. Terdahulu sebanyak 700 buah motosikal yang ditunggang anak muda mengiringi Tuan Guru masuk ke tempat perasmian. Hadir sama pada majlis tersebut 20 orang pemain bola sepak lagenda Kelantan dan pemain antara tahun 70-an dan 80-an.

Husam ketika berucap pada majlis itu berkata, stadium tersebut bakal memuatkan 45,000 tempat duduk, ruang kemudahan untuk VIP dan VVIP, lapan ruang untuk solat. Selain itu katanya, terdapat juga dewan, masjid yang boleh memuatkan 1,000 jemaah, kemudahan media, admin, keselamatan, dataran serbaguna dan berbagai lagi.

“Tempat parkir kereta sebanyak 4,000 buah dan bas 50 buah, tempat parkir untuk media, pasukan keselamtan dan VIP juga turut disediakan,” ujarnya.

Sementara itu, gambar di atas sekali adalah gambaran stadium baru Kelantan diambi dari baner pelancaran FB Husam Musa. Gambar di bawah pula, adalah gambaran 'khayalan' stadium yang dikehendaki Annuar Musa di Tunjong, Kota Bharu kalaulah BN berjaya memerintah Kelantan. Gambar FB Annuar Musa.

Orang Kelanan, jangan jadi bodoh, kalau tak UNDI PAS! (IH)
StadiumBaruKelantan1

2 comments:

Anonymous said...

Iyolahh.....dah macam2 aktiviti pecah tanah tapi tak menjadi jugak,akhirnya tinggal batu asas jelah...bola weiiii....

Anonymous said...

Kah kah. Mcm bodow je ayat last. Org klantan jgn jd bodoh x undi pas? Kiwek lu.. ni dah 2016. Cerucuk stadium pun aku tak nampak. Hiukhiuk. Lawak melayu pendalaman. Sooo gross

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails