Saturday, April 06, 2013

Najis Zina Dalam Kereta: Kantoi Zip Seluar Terbuka

Anggota polis memeriksa keadaan lelaki dan pasangannya yang ditahan.

KULIM - Sepasang kekasih berusia 40 dan 50-an ditahan ketika leka memadu asmara di dalam kereta di pekarangan bangunan tinggal di Kilang Sagu dekat sini, kira-kira jam 3.15 pagi kelmarin. Sebelum itu, pasangan berkenaan yang menyedari kehadiran polis cuba melarikan diri bagaimanapun berjaya ditahan setelah kereta dinaiki mereka memasuki jalan mati.

Ketika siasatan dijalankan, pemandu kereta yang merupakan seorang wanita memaklumkan dia sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak manakala kekasihnya juga sudah beristeri dan mempunyai lima anak. Semasa ditahan, kedua-dua pasangan kekasih itu menafikan perbuatan mereka sehinggalah polis mendapati zip seluar lelaki serta butang seluarnya terbuka manakala beberapa helai pakaian dalam wanita ditemui di atas lantai bahagian pemandu.

Wanita berkenaan memaklumkan dia terpaksa mencari hiburan di luar kerana suaminya yang bekerja sebagai pemandu lori enggan melayani nafsunya kerana beralasan dia sudah berusia. Bagaimanapun setelah berkenalan dengan kekasihnya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan, mereka sering berdua-duaan di sekitar kawasan gelap terutama di belakang bangunan tinggal untuk berjumpa dan melakukan hubungan seks kerana tidak mampu menyewa bilik di hotel atau rumah tumpangan.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, pihaknya menasihatkan orang ramai supaya tidak menjadikan kawasan bangunan tinggal dan lokasi tersorok untuk mereka melakukan aktiviti tidak sihat kerana ia boleh mengundang kepada kejadian jenayah seperti samun dan sebagainya.

“Dari pemeriksaan dijalankan, polis mendapati pasangan lelaki mempunyai rekod jenayah lampau dan pernah disiasat di bawah seksyen 324 Kanun Keseksaan pada 1982,” katanya. (SH) 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mengapa jadi begitu? Kerana masyarakat tidak pedulikan amaran Alah, 'Jangan dekati zina'. Mari kita lihat amanat Alahyarham Dr Lo' Lo', Ahli Parlimen Titiwagsa dari PAS.. Tulis beliau dalam Blog DR LO'LO' 

"AMARAN ALLAH: JANGAN KAMU DEKATI ZINA 

Tapi manusia engkar dengan melakukan segala perkara yang menjurus kepada situasi yang merangsang nafsu serakah: Contoh2:
  • Ibu bapa tidak kesah anak gadisnya membonceng motor teman lelaki.
  • Ibu bapa jarang sekali mengingatkan anak remaja lelaki agar menjaga matanya dari melihat perkara-perkara yang haram, menjaga kemaluannya dari wanita yang haram buatnya. Berapa orang bapa atau guru yang duduk dengan seorang anak remaja lelaki dan mengongsikan pengalaman sibapa/ guru dalam menguasai nafsu remaja lelaki yang biasanya membuak-membuak sehingga umur matang dua puluhan. 
  • Berapa orang bapa/ guru/ ustaz yang mengingatkan lelaki bahawa setiap benihnya yang ditaburkan dan menjadi seorang manusia kecil adalah tanggungjawab dia dunia akhirat. Mungkin di dunia siibu yang menderita dan terhukum tapi LELAKI tidak akan terlepas dari hukuman Allah. Manusia kecil yang terbit dari benih yang sesuka hati ditabur sana sini akan mengheret sibapa ke liang NERAKA Jahannam.
  • Media tiada tanggungjawab langsung dalam hal ini. Agaknya lagi lucah lagi menarik untuk dipertontonkan.
  • Pemerintah kurang peka dengan hubungkait hiburan melampau, tempat-tempat hiburan dan arak yang menyubur suasana ke arah perzinaan.
  • Rakyat lagi tidak peka hingga terus-terusan pilih pemerintah diperingkat pusat yang mengabaikan tanggung jawab ini. Pemerintah yang gagal menanamkan pendidikan rohani dalam sistem pendidikan kebangsaan.
     Tanam lalang lalu tumbuhnya pasti lalang.

Dr Lo'Lo' (Laporan)

Setiap 17 minit seorang anak luar nikah dilahirkan di Malaysia. Dan perkara ini berlaku setiap jam, setiap hari dengan kadar yang semakin meningkat. Malangnya perkara ini bukan tajuk utama akhbar. Umat Islam di Malaysia leka dengan cerita sensasi , cerita politik , cerita artis di akhbar.

Lupa kerja dakwah, lupa ingat mengingati untuk sembahyang, lupa ke masjid. Cinta DUNIA, Takutkan MATI. Inilah Virus W1H1N iaitau WAHAN yang sedang melanda umat Islam sekarang ini.

Itu yang direkodkan 83 anak luar nikah setiap hari, yang tidak direkodkan?

Jangan lupa, kita di akhirat nanti sendiri-sendiri.

STATISTIK ANAK LUAR NIKAH DI MALAYSIA

Di Malaysia, anak luar nikah dalam maksud pendaftaran kelahiran terdiri daripada kanak-kanak yang dilahirkan oleh pasangan ibu bapa yang tidak berkahwin tetapi maklumat dimasukkan ke dalam daftar dan sijil kelahiran.

Pendaftaran tersebut dibuat di bawah peruntukan pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf.

Ada sesuatu yang luar biasa pada sijil kelahiran anak tidak sah taraf. Nombor sijil yang lazimnya tertera di bahagian kanan dokumen, dicetak di bahagian bawah. Ini menunjukkan bahawa pemiliknya tidak mengetahui ayah kandungnya.

STATISTIK
Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.

Ini bermakna secara purata, 2500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika dianjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!

Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang ISLAM.

Pecahan mengikut negeri:

Selangor = 12,836 orang
Perak = 9,788 orang
Kuala Lumpur = 9,439 orang
Johor = 8,920 orang
Sabah = 8,435 orang
Negeri Sembilan = 4,108 orang
Pahang = 3,677 orang
Kedah = 3,496 orang
Pulau Pinang = 3,412 orang
Melaka = 2,707 orang
Kelantan = 1730 orang
Perlis = 691 orang
Sarawak = 617 orang
Terengganu = 574 orang

JUMLAH = 70,430 orang."
Sekian. (IH)

2 comments:

Anonymous said...

Tak jauh dah tu. Yg romen dalam kereta, polis cekup. Alhamdulillah. Tapi kedai urut yang ada dekat dengan tempat tu tak pula diserbu. Polis bukan tak tau tempat tu. Ada 4 orang pompuan melayu kerja urut dan melacur di situ. Tak kan tau kot..... Ooppss! Rupanya polis sendiri pelanggan tetap di situ.

Anonymous said...

Forwardkan ni kat Anwar Ibrahim

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails