Tuesday, August 17, 2021

Zaman pemimpin X cerdik tadbir umat &rakyat.

 

Fiqh berdepan pemimpin yang tidak mengikut petunjuk Allah

PASTI akan terjadi (dan menurut penulis, sudahpun terjadi) suatu zaman pemimpin tidak cerdik akan mentadbir umat dan rakyat. 

Hint dari Hadis Sahih

Rasulullah S.A.W telah awal-awal lagi menyediakan panduan bagi para pengikut Baginda jika ditakdirkan kita hidup pada zaman tersebut.

Hadis panduan ini diriwayatkan oleh Jaabir bin Abdullah, merakamkan dialog wasiat Rasulullah S.A.W kepada Sahabat Baginda, Ka’ab bin ‘Ajrah R.A:

“أعاذك الله من إمارة السفهاء”

Nabi berkata pada Ka’ab:

“Semoga Allah melindungimu daripada pemerintahan orang-orang tidak cerdik.”

قال : وما إمارة السفهاء؟

Ka’ab lalu bertanya:

“Apakah yang dimaksudkan dengan kepemimpinan orang tidak cerdik?”

قال : أمراء يكونون بعدي لا يهتدون بهديي، ولا يستنون بسنتي ؛

Mudah dikenali ciri-cirinya menurut jawapan Rasulullah yang bermaksud:

“(Pemerintah yang tidak cerdik itu ialah), pemerintah yang datang selepas pemergianku, mereka tidak mengikut petunjukku, dan mereka tidak pula meniti jalan sunnahku.”

Antara kelemahan gerakan Islam moden, ahli mereka diajar untuk mendapatkan pemerintahan, dan diajar adab berinteraksi dengan pemimpin yang soleh, namun kelemahan sukatan tarbiah mereka tidak menekankan ilmu dan panduan jika mereka berdepan pemimpin yang hipokrit, mementingkan diri, tidak berempati terhadap rakyat, menunggang sentimen dan isu negara, dan sejenis pemimpin spesis ketam mengajar anaknya berjalan lurus. 

(Disuruh rakyat patuh SOP, dia pula redah sesuka hati test drive Raptor. Disuruh bersabar ketika sektor ekonomi ditutup rapat, dia pula ambil jawatan besar setakat untuk review mi kari. Banyak lagi jika mahu disenarai contoh perangai malak Bani Israil ini, namun cukuplah sekadar itu.)

Berdepan saat terjadinya pentadbiran orang tidak cerdik yang diberi hint oleh Nabi, apa sikap dan pendirian yang mesti diambil oleh umat?

Dua kesan berdasarkan tindakan

Sambungan Hadis tadi, umat Baginda akan terbahagi kepada dua kelompok pada ketika itu:

فمن صدقهم بكذبهم، وأعانهم على ظلمهم، فأولئك ليسوا مني، ولست منهم، ولا يردون على حوضي، 

“Sesiapa sahaja yang membenarkan kelakuan curang atau dusta pemimpin yang tidak cerdik ini, bantu mempertahankan atau back up kezaliman mereka, maka mereka semua itu bukan dari kalanganku, dan aku juga tidak ada kena mengena dengan mereka. Mereka tidak akan dapat mendekati telagaku.”

Begitu tegas sabda Rasulullah S.A.W:

ومن لم يصدقهم بكذبهم، ولم يعنهم على ظلمهم، فأولئك مني، وأنا منهم، وسيردون على حوضي

“Dan barangsiapa yang tidak mengiyakan penipuan pemimpin tersebut, tidak pula membantu kejahatan mereka, maka itulah golonganku, dan aku pun merupakan sebahagian daripada mereka. Mereka akan dapat menikmati bahagian dari telagaku.”

Saranan selanjutnya dari Nabi S.A.W

Rasulullah menyambung pesanan Baginda S.A.W:

يا كعب بن عجرة ، الصيام جنة، والصدقة تطفئ الخطيئة، والصلاة قربان، أو قال: برهان، 

“Wahai Ka’ab bin ‘Ajrah, puasa itu perisai, sedekah menghapuskan kesalahan, solat itu kedekatan (pada Allah) atau petunjuk.”

 يا كعب بن عجرة ، لا يدخل الجنة لحم نبت من سحت أبدا ، النار أولى به

“Wahai Ka’ab bin ‘Ajrah, ingat, daging yang tumbuh dari barang haram tidak akan masuk syurga selama-lamanya, neraka lebih utama untuknya.”

يا كعب بن عجرة ، الناس غاديان فمبتاع نفسه فمعتقها وبائع نفسه فموبقها”

“Wahai Ka’ab bin ‘Ajrah, manusia ada dua, ada yang menyerahkan jiwanya (kepada Allah), dan ada yang membiarkannya atau membinasakannya.”

(Hadis Riwayat Ahmad rujuk Sahih Targhib dan Tarhib)

Apa pilihan kita?

Kita mungkin tidak terdaya memilih pemimpin idaman kita yang ideal agar memegang tampuk kuasa. Namun apa yang pasti, kita bebas memilih apa tindakan dan pendirian kita ketika ini. Sama ada mahu terus back up pemimpin jahil dan zalim, atau menyangkal mereka dengan hujah dan adab yang baik.

Berfikirlah dengan rasional, lihatlah dari kaca mata seorang umat Nabi S.A.W, yang janji kita insya-Allah di tepi telaga Baginda yang mulia. Meminjam lirik Ikhwanul Muslimin, kami berpesan:

” يا معشر الإخوان لا تترددوا عن حوضكم حيث الرسول محمد. “

SOFIA ALWANI ALI – HARAKAHDAILY 16/8/2021

Ikutilah siri-siri terkini kes rogol berikut..

Rogol 1:Pasngan Suami-Isteri rogol gadis di Bukit Tinggi.  Rogol 2: Dipenjara 1,050 tahun, 24 sebatan.  Rogol 3: Budak 10 tahun didapati hamil di Sarawak.... Rogol 4: Babitkan wanita kasta rendah di IndiaRogol 5: Bukti Gagalnya Barat. Perancis X dapat Me... Rogol 6: Persundalan Elit. Pengasas Sugarbook dita... Rogol 7: Kes Rogol ADUN Tronoh. Esok sambung lagi. Rogol 7 (i):   ADUN Tronoh. 2 kesan koyakan baharu p... Rogol 8: Da'i, rogol + setubuh di luar tabii. Rogol 9: Serah bukti dakwaan ADUN Gombak Setia ja... Rogol 7 (ii): ADUN DAP Tronoh, 2 saksi beri keter...  Rogol 10: Polis direman rogol tahanan ibu tunggalRogol 11:  Mabuk punya hal, pemimpin e-dagang China.. Rogol 7(iii): ADUN DAP Tronoh. X kesan Air Mani.

1 comment:

Anonymous said...

Kena kerap dedahkan siasah islamik. Spy mendidik liberal dan sekular. Jangan 100% pada akal jer.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails