Monday, August 16, 2021

Selesai mesyuarat Kabinet, k'jaan Muhyiddin bakal tumbang...

Selesai mesyuarat Kabinet terakhir PN, menteri PAS beri isyarat kerajaan Muhyiddin bakal tumbang 

PETALING JAYA: Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Khairuddin Aman Razali memberi isyarat jelas dan menguatkan lagi spekulasi peletakan jawatan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. 

Menerusi kenyataan di Facebooknya, Khairuddin berkata mesyuarat Jemaah Menteri yang berlangsung pagi tadi adalah mesyuarat terakhir kerajaan Perikatan Nasional (PN). 

“Alhamdulillah. Selesai mesyuarat Kabinet terakhir kerajaan Perikatan Nasional pagi ini. Perdana menteri akan bergerak untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong. Tawakal kepada Allah selepas bertekad seusai mesyuarat,” katanya ringkas di Facebook. 

Terdahulu, kenderaan membawa Muhyiddin dilihat memasuki pekarangan Istana Negara melalui pintu utama pada 12.23 tengah hari. 

Dilaporkan Muhyiddin ke Istana Negara hari ini untuk menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai perdana menteri kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah (FMT Reporters)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails