Thursday, August 19, 2021

K'jaan PN perkasa sistem perundangan syariah.

 

KOTA BHARU: Seperti sireh pulang ke gagang apabila seorang bekas mufti dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Mungkin sejarah pertama di negara kita.

Dato’ Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri sebelum ini dikenali sebagai ulama yang tawaduk. Popularitinya dikenali ramai ketika berkhidmat sebagai Mufti Wilayah Persekutuan.

Namun tiada siapa pun jangka beliau tiba-tiba dilantik sebagai menteri era kerajaan Perikatan Nasional (PN). 
Senator Dr Zulkifli menerajui kementerian terbabit dengan dibantu ahli parlimen Pengkalan Chepa Dato’ Ahmad Marzuk Shaary.

Biarpun perkhidmatan lebih 17 bulan mereka berjaya melaksanakan perubahan terutamanya memperkasakan sistem perundangan syariah di negara ini.

Antaranya meneruskan Pelan Pemerkasaan Undang-undang Syariah termasuk mengubal empat akta baharu dan meminda tujuh akta sedia ada.

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) berjaya mengubal empat akta tersebut seperti Rang Undang-undang (RUU) berkaitan dengan Wakaf, RUU Mufti, RUU Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam dan RUU Mahkamah Syariah.

Selain itu, pindaan membabitkan tujuh akta sedia ada seperti RUU Pentadbiran Undang-undang Islam, RUU Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah), RUU Keterangan Mahkamah Syariah dan RUU Tatacara Jenayah Syariah.

Seterusnya RUU Keluarga Islam, RUU Kesalahan Jenayah Syariah dan RUU Tatacara Mal Mahkamah Syariah turut berjaya dipinda sepanjang pentadbiran tersebut bagi memperkasakan sistem perundangan syariah.

Menteri Hal Ehwal Agama juga memperngerusi task force mengenai lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) yang melibatkan pelbagai kementerian bagi merangka Prosedur Operasi Standard (SOP) aspek penguatkuasaan.

Ternyata kerajaan PN tegas terhadap isu yang membabitkan sensitiviti umat Islam termasuk isu LGBT, kalimah Allah, Nabi Muhammad s.a.w sehingga jenayah liwat.

Tindakan tegas juga diambil bagi membendung masalah sosial termasuk aktiviti Sugarbook dan pekerja seks.

Kementerian Agama juga melakukan inisiatif menyelaraskan undang-undang sivil dan syariah di Malaysia menerusi penganjuran Sidang Meja Bulat Pengharmonian Undang-undang bersama pakar kedua-dua perundangan itu.

Tidak ketinggalan juga usaha bagi memperkasakan semula peranan Tabung Haji. Usaha dilakukan dengan cadangan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji bagi melihat kembali pengurusan dan operasi agensi itu.

Dalam pada itu dakwah terhadap masyarakat Orang Asli di negara ini tetap diteruskan kerajaan PN dengan memberi tumpuan kepada penambahbaikan kerja kebajikan khususnya Pengerak Masyarakat Orang Asli (PMOA).

Bahkan ketika pandemik Covid-19 yang menyebabkan ramai rakyat yang terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kementerian terbabit menggerakkan Tabung Bantuan Musaadah Covid-19 dengan kerjasama institusi zakat.

Sebanyak RM591.9 juta diagihkan bermula Mac 2020 hingga sekarang melalui inisiatif dilaksanakan agensi agama seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (Yadim) dan sebagainya. – HARAKAHDAILY 18/8/2021

2 comments:

Anonymous said...

PEJUANG AKAN PERTIMBANG JIKA ADA PELAWAAN DARI PN - TUN MAHATHIR

Issshhhh..!! ishhh.. tak payah lah Tun

Hang pi lah kawan dengan Nuar iIbrahim tu udah laaa... ari tu kan Tun sama sama kumpul kat Dataran Merdeka dengan gang baju hitam..!!

Hang lupa kaa, hang dengan boboi dok skali sebelah Nuat Ibrahin kat Dataran Merdeka !

Cepat sangat hang lupa Tun...!!

Ke mana hang nak bawak Parti PejWang lepas ini!? Hang dah lah cawangan tak ada, ahli ke laut dalam. Hang dah kira ka berapa juta keahlian PejWang la nihh..?

PRU dah dekat apa jadi pada nasib hang dan Boboi .. hang pikiaq la sendiri..!!

PrjWang nak jadi kuasa pengimbang dah melingkup ke longkang. Kan itu strategi hang ari tu..!

Bila PRU 15 mai nanti hang nak jadi calon kat mana.? Jentera parti pun tak ada. Tak kan hang nak harap jentera rakan sekutu buat kerja sambil melaung laungkan suara retorik acah acah Melayu Islamik. Ishh geli dengaq hang dok teriak lagu tuhh..

Hang tau tak rakyat dah meluat mendengarnya...!!

Zaman hang anak beranak senang lenang sambil mengkudakan jentera parti sekutu dah berlalu.

Hang dan boboi anak beranak kena lah buat sendiri.. Hang usaha lah sendiri pasang kemah, pasang bendera PejWang dan tampai poster gambaq hang sendiri ..!!

Bole lah anak cucu kesayangan "all my bitchs love me' dan anak cucu mabuk langgar SOP buat kerja skett..

Hang pi la kerah anak cucu hang tu suh panjat tiang tampal poster PejWang dan kibar bendera PejWang skali.!!

Susah susah Hang pi upah jaa Bangla dan buruh India Kerala pasang poster tuk parti PejWang..!! Duit hang kan banyak 10 keturunan pun tak abis makan..

Rakyat dah meluat dengan perangai lidah bercabang hang tuuu.!!


#Pandai2lahNakHidupTuPunNakHabaqKa

Anonymous said...

Atok banyak duit woooi. Sekali dia upah kempen dgn pasang kemah, dia boleh menang woooi. Masa jadi pm, dia pulun sakan. Skrg masanya utk belanja pasang kemah utk menang. Sapa2 yg nak duit, sanggup jadi kuli atok tak kira halal ka haram ka.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails