Dron berkesan bantu PDRM jaga keselamatan, kawal sempadan.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Zainal Abidin Kasim berkata oleh sebab itu, PDRM memerlukan lebih banyak dron berteknologi canggih bagi membantu menggalas tanggungjawab yang dilihat semakin mencabar.
Beliau berkata dron yang berkualiti mampu terbang hingga dua atau tiga jam di udara dan boleh menelan belanja kira-kira setengah juta ringgit seunit.
“Banyak kejayaan dan rampasan dilakukan dengan penggunaan dron ini. Selain itu, setiap dron adalah berbeza mengikut kawasan misalnya penggunaan dron di Bukit Kayu Hitam, Kedah tidak sama dengan dron di Gua Musang dan Sungai Golok, Kelantan berdasarkan kegiatan yang berbeza.
“Di Zon A (iaitu kawasan pantai yang panjangnya 900 hingga 1,000 kilometer), penggunaan dron amat relevan. Kalau hendak ditempatkan anggota penguat kuasa, ia tidak praktikal memandangkan jumlah yang diperlukan cukup ramai,” katanya dalam wawancara khas kepada Bernama di Bukit Aman, baru-baru ini.
Zainal Abidin berkata dron mampu membuat kawalan di satu-satu kawasan bagi tempoh tertentu ketika penguat kuasa melakukan tangkapan dan membawa balik penjenayah serta menulis laporan.
“Sekiranya ada tangkapan dibuat ketika rondaan dilakukan, ia akan mengambil masa kira-kira dua jam untuk polis buat laporan dan membawa penjenayah balik ke balai.
“(Jadi) akan berlaku kelompongan (tiada kawalan di kawasan itu). Kami perlu naikkan dron untuk mengawal kawasan itu dan apabila dibuat pemerhatian dari atas (udara oleh dron) kawasan yang diperhatikan akan lebih luas dalam dua jam,” katanya.
Beliau berkata pihaknya juga tidak mahu sesuatu tangkapan itu hanya dijadikan ‘decoy’ yang mana penyeludup sengaja membiarkan satu bot yang kurang barang seludup ditahan bagi memberi ruang dan peluang bot-bot yang lebih besar dengan barangan atau migran menceroboh masuk kawasan sempadan.
“Jadi dron berkuasa tinggi inilah yang diperlukan untuk kawasan Zon A dan untuk kawasan sempadan di Sarawak (misalnya) yang kita tahu, sempadan negeri tersebut kawasannya berbukit bukau dan bergunung-ganang,” katanya.
Zainal Abidin berkata pihaknya mempunyai pos kawalan yang jaraknya terlalu jauh antara satu dengan yang lain dan tidak dapat memenuhi keperluan keselamatan sepenuhnya.
“Bagi menggerakkan pasukan untuk menghalang (kegiatan penyeludupan) pun menjadi cukup sukar dan memakan masa cukup panjang. Oleh sebab itulah, kami hendak gunakan dron ini dalam membendung kemasukan pendatang tanpa izin atau kemasukan barang-barang kontraban ini,” katanya.
Beliau berkata dengan adanya tekonologi sebegini, ia mampu menutupi lorong-lorong tikus dan gajah yang banyak di Sarawak.
“Sekiranya ia tidak dilakukan sekarang iaitu menggunakan dron berkapasiti tinggi kemungkinan PDRM menghadapi kesukaran pada masa akan datang dari segi keselamatan negara,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya ada menerima empat kenderaan jenis All Terrain Vehicles (ATV) pemberian kerajaan Sarawak bagi membantu menjaga kawasan sempadan terutamanya apabila Kalimantan bakal menjadi ibu negara baharu Indonesia.
“ATV tersebut diterima kira-kira dua hari lepas oleh Batalion 11 di Miri, Sarawak selain generator (penjana) memandangkan pos kawalan polis berada di dalam hutan yang tidak mempunyai apa-apa misalnya air dan lain-lain,” katanya. – BERNAMA
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apa menariknya kalau di Malaysia?
Dron adalah suatu perkara penting untuk kegunaan pihak kerajaan, syarikat atau membuka peluang bisnes, dari sekecil-kecilnya hingga sebesar-besarnya.
Dron boleh membantu negara dari sudut bisnes, kewangan, pertanian, perikanan, persenjataan dan membina kekuatan pertahanan negara, termasuk jabatan polis dan tentera. Lihat perkembangan drastiknya seperti yang berlaku di negara Turki, Iran dan lain-lain.
Menariknya Perkembangan Dron Dunia. Penulis Sains China Memuji Pengurus Teknikal Baykar, Selçuk Bayraktar
Penulis sains popular China Song Yi Chang menggambarkan Pengurus Teknikal Baykar, Selçuk Bayraktar, sebagai "Genius dalam bidang kenderaan udara tanpa pemandu bersenjata."
Dalam program yang disiarkan dengan tajuk "War Technologies" di China Central Television (CCTV), Song Yi Chang menyamakan Bayraktar dengan Steve Jobs, pengasas syarikat Apple.
"Seorang genius muncul di bidang ini di Turki mengenai persenjataan. Dia adalah Selçuk Bayraktar. Bapa dron di Turki. Kedudukan Bayraktar dalam perang dron adalah seperti kedudukan Steve Jobs dalam teknologi telefon pintar." Katanya.
Penulis China juga memberikan maklumat mengenai latar belakang Bayraktar dalam program ini, dan mengingatkan bahawa dia mengkhususkan diri dalam perisian dan elektronik Dron Bersenjata semasa pendidikannya di AS, dan kemudian kembali ke negaranya.
UAV Buatan Turki Bayraktar SİHA Digunakan Dalam Latihan Tentera Azerbaijan
Dalam latihan tentera Azerbaijan, Bayraktar SİHA (Kenderaan Udara Tanpa Senjata Bersenjata) buatan Turki, juga digunakan.
Dalam gambar yang dikongsi oleh Kementerian Pertahanan Azerbaijan, Bayraktar SİHA yang dikeluarkan dari hangar dan ketika lepas landas ditampilkan.
SİHA melakukan tugas mengesan sasaran musuh yang disimulasikan dan memindahkannya ke pusat pemeriksaan.
Latihan yang dimulakan semalam oleh tentera Azerbaijan dengan penyertaan 15 ribu tentera akan berterusan sehingga 20 Mei.
1 comment:
Anwar tidak layak Ketua Pembangkang - Khairuddin Hassan
Pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli PH mendakwa secara tidak berasas kononnya Tun Dr Mahathir Mohamad mungkir janji tidak mahu izinkan anwar untuk jadi Perdana Menteri Malaysia.
Tetapi kini dengan sokongan Tun Dr Mahathir Mohamad dan blok PEJUANG terhadap Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri; beliau tetap kalah!!
Ini membuktikan bahawa jika Anwar Ibrahim terus memimpin PH maka gabungan pembangkang akan terus berada di tahap status quo sepertimana pada hari ini.
Persoalan nya betul kah kenyataan Khairuddin betulkah Pejuang sokong Anwar tapi tetap tiada majority.?
Penyokong reformasi kenyataan Khairuddin mengelirykan sedangkan Tun menyatakan Pejuang sebagai blok ke tiga. Tun menyatakan Prjuang sebagai blok ke tiga wawancara bersama Utusan Pejuang tidak menyokong mana mana calon dari PH atau PN.
Serangan fitnah jijik macam ini pun kumpulan reformasi masih tiada tindakbalas dari Pro reformasi.
Sangat menyedihkan.!!
Post a Comment