Wednesday, August 18, 2021

Sudah ada 105 MP pembangkang. Anwar perlu cari 6 lagi

 

KL: Setakat ini dilaporkan, seramai 105 MP pembangkang perlu bersatu, dan Anwar perlu cari enam kerusi lagi bagi menyokong Presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai pilihan mereka untuk menjadi perdana menteri. 

1. Pelbagai sumber mengesahkan bahawa selain 88 ahli parlimen Pakatan Harapan, Anwar kini mendapat sokongan daripada Warisan, Pejuang, Parti Sarawak Bersatu, dan dua wakil rakyat Bebas.

2. Presiden Warisan Shafie Apdal sebelum ini telah mengesahkan bahawa partinya akan menyokong Anwar setelah dia gagal mendapatkan sokongan yang sewajarnya. Ketua Wira Warisan Mohd Azis Jamman selanjutnya mengesahkan bahawa mereka telah menandatangani SD bagi menyokong Anwar.

3. Istana Negara sudah mengarahkan semua ahli Parlimen menamakan seorang calon Perdana Menteri baharu dan surat akuan sokongan itu perlu diserahkan untuk perhatian Setiausaha Sulit Kanan Yang di-Pertuan Agong, Kolonel Datuk Nazim Mohd Alim sebelum jam 4 petang hari ini.

4. Sementara itu, Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng berkata, sokongan beliau adalah sebulat suara sebagaimana diputuskan oleh parti dan sekutu dalam PH Plus. Menurutnya, melalui PDF atau WhatsApp, sokongan itu adalah sebulat suara sebagaimana yang diputuskan oleh parti dan rakan pakatan yang lain.

5. Ahli Parlimen Kapar dari PKR, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid turut memaklumkan sudah tandatangan surat akuan sokongan kepada Anwar dan menghantar melalui WhatsApp dan e-mel kepada Istana Negara pada 12 tengah hari tadi, katanya.

6. Anwar akan bersaing dengan Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob yang dipercayai sedang mendahului ketika ini. Selain sokongan daripada Umno dan BN, Ismail Sabri juga dijangka mendapat sokongan daripada PAS dan Bersatu.

7. Sebelum ini seorang anggota parlimen dari GPS berkata mereka secara prinsip telah bersetuju untuk menyokong Ismail Sabri, ini memberi naib presiden Umno itu cukup sokongan untuk membentuk kerajaan.

8. Namun, tanda tanya mula timbul apabila Pengerusi GPS Abang Johari Openg mengeluarkan kenyataan kepada media bahawa mereka akan menyerahkan perkara berkenaan kepada "kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong". Ini ditafsirkan oleh beberapa pihak sebagai GPS berkecuali dalam pemilihan calon perdana menteri.

Sekian.

(IH)

1 comment:

Anonymous said...

Pkr parti liberal tapi bersekongkol dengan dap menyerang islam. Sekarang dap dah ada muzium komunis di KL dgn patong moa tze tong. Inikah yg rakyat msia mahukan. Patong komunis berada di kuala lumpur.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails