Monday, August 16, 2021

PAS minta ahli solat hajat: Covid -19 &k'jaan PN.

 

Walau Covid-19 makin melambung, Pas minta ahli solat hajat panjangkan hayat kerajaan PN

Walaupun pandemik Covid-19 meragut lebih 200 nyawa dengan lebih 20,000 dijangkiti setiap hari, Pas nampaknya bimbang dengan kedudukan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Timbalan Presiden Pas, Datuk Sri Tuan Ibrahim Tuan Man menyeru semua ahlinya mendirikan solat hajat dan munajat malam ini agar kerajaan PN terus kekal mentadbir negara.

“Kita perlukan masa bagi selesai kemelut yang berlaku, keadaan Covid-19 dan tekanan ekonomi rakyat dan negara pada masa ini,” kata Menteri Alam Sekitar dan Air itu dalam hantaran di Facebook.

Sebelum ini, Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian meluahkan rasa dukacita susulan langkah Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan Ahli-Ahli Parlimen parti itu menarik diri daripada kerajaan PN.

Pas menyumbang 18 kerusi Dewan Rakyat kepada kerajaan PN sejurus tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 24 Februari 2020.

Walau bagaimanapun, keabsahan Tan Sri Mahiaddin Md Yasin sebagai Perdana Menteri dipertikai susulan penarikan sokongan Umno.

Malah, fokus terhadap usaha menangani krisis kesihatan dan ekonomi akibat pandemik Covid-19 dilihat sukar diberi keutamaan selagi Mahiaddin enggan meletak jawatan.

Esok, Mahiaddin akan menyerah surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Sebelum itu, Mahiaddin akan mengadakan mesyuarat khas Kabinetnya yang sejak tahun lalu dikritik terlalu besar dengan 31 menteri dan 38 timbalan menteri.

Pagi tadi, Mahiaddin yang juga Presiden Bersatu bermesyuarat dengan Ahli Parlimen daripada Bersatu dan mereka yang menyokong PN.

“Esok hari yang sangat penting dalam menentukan masa depan negara. (MD)

1 comment:

Anonymous said...

TSMY gagal? Tidak, TSMY sebenarnya telah berjaya.

TSMY telah mengambil langkah yang betul dan memperhebat pemberian vaksin kepada rakyat. Sehari mencapai setengah juta suntikan.

Ahli MKT UMNO tahu apabila rakyat sedar akan kejayaan suntikan vaksin ini, adalah sukar utk UMNO memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) tanpa Perikatan Nasional (PN).

Mereka tidak peduli itu semua, yang penting kerajaan PN pimpinan TSMY mesti dijatuhkan sekarang, sebelum hasil perancangan kerajaan mengawal Covid-19 dan bangkit dari kesannya mula dinikmati rakyat sepenuhnya.

Sesungguhnya mereka ini amat tidak bertanggungjawab.

Datuk Seri Anwar Ibrahim juga sedar. Bab kebajikan rakyat TSMY adalah nombor 1 daripada semua Perdana Menteri (PM) yang Malaysia miliki.

Kerana ingin hendak berkuasa mereka sanggup memusnahkan perancangan kerajaan untuk rakyat. Mereka rela melihat rakyat menderita dan ketakutan.

Ayuh bangkit rakyat Malaysia. Kita bangun pertahankan TSMY bila-bila masa.

Ayuh bangkit rakyat Malaysia. TSMY mohon cuti menerima rawatan kesihatan dan Ismail Sabri perlu memangku menjalankan tugas tugas Perdana Menteri tempoh masa yang sesuai.

Mohon agar Agong supaya menasihati TSMY bercuti dari menjalankan tugas.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails