Monday, July 05, 2021

TH menang anugerah. Tapi, ini bukti khianat PH?

 

TH menang anugerah kecemerlangan teknologi

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) menerima pengiktirafan Anugerah Kecemerlangan Teknologi Malaysia 2021 bagi kategori Perkhidmatan Dalam Talian - Perkhidmatan Kewangan.

Pengiktirafan itu julung kalinya diterima bagi platform THiJARI, dianugerahkan Singapore Business Review, baru-baru ini.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Amrin Awaluddin, berkata anugerah itu adalah pengiktirafan bagi projek inovatif dilaksanakan TH menerusi platform THiJARI yang turut membuktikan komitmen untuk menyediakan perkhidmatan pengurusan kewangan dan haji inovatif.

Katanya, Platform THiJARI memudahkan orang awam dan pendeposit khususnya, agar mereka dapat mengakses perkhidmatan TH pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

"Anugerah ini adalah pengiktirafan kepada TH dan manifestasi sokongan pendeposit atas usaha kami menambah baik perkhidmatan dalam talian dengan pengenalan THiJARI demi kemudahan mereka.

"Ia juga seiring dengan perkembangan digital masa kini dan menjadi platform utama dalam membantu mendepani cabaran pandemik COVID-19 sekarang," katanya dalam kenyataan, hari ini.

THiJARI direka dengan susun atur kemas, navigasi mesra pengguna dan dilengkapi ciri keselamatan tinggi bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna.

Antara fungsi utama disediakan termasuklah kemudahan pembukaan akaun secara maya (VAO), butiran akaun, pindahan dana dari bank ke THmelalui FPX, pendaftaran hibah amanah dan pindahan simpanan dari akaun TH ke akaun TH lain, keahlian Kelab TaHa dan pelbagai perkhidmatan haji.

Amrin berkata, TH komited menambah baik perkhidmatan diberikan termasuk platform dalam talian, THiJARI yang terbukti menjadi pilihan terbaik dan paling mudah bagi pendeposit untuk melakukan transaksi dan menerima perkhidmatan TH setiap hari.

"THiJARI kini boleh dicapai melalui laman sesawang www.thijari.com.my atau dimuat turun menerusi aplikasi iOS dan Android.

"Walaupun baru setahun dilancarkan, pengguna THiJARI Web mencecah hampir 830,000 dan 430,000 pengguna THiJARI App dengan 50,000 transaksi direkodkan setiap hari.

"TH amat berbesar hati dengan anugerah yang diterima dan ia adalah perangsang untuk TH terus melakukan transformasi digital dalam perkhidmatan, sekali gus meluaskan akses perkhidmatan, menjimatkan masa dan mensejahterakan alam sekitar," katanya.

Komen Weblog Ibnu HasyimPH Pengkhianat Tabung Haji Dan Islam. Ini Buktinya...

76.2% Dari Keseluruhan Ladang Sawit Milik Tabung Haji Sudah/Sedang Dijual Oleh PH
Saya telah banyak kali memberi amaran bahawa penjualan aset negara pada masa harga aset dan pasaran lemah adalah langsung tidak masuk akal.

Kes TH Plantations Bhd (THP) milik Tabung Haji merupakan contoh yang amat jelas.

Pada masa saya PM, jumlah keluasan ladang sawit milik THP naik berganda dari 30,500 hektar (2009) ke 101,000 hektar pada masa PRU14 - terutama melalui pembelian ladang dalam negara.

Ini selaras dengan matlamat Tabung Haji untuk memperkasakan ekonomi umat Islam. Tetapi masuk PH, mereka LULUSKAN untuk menjual 77,000 hektar ladang milik THP yang dipegang melalui 14 anak syarikat.
https://www.bursamalaysia.com/…/compa…/announcement_details…

Alasan yang diberi ialah mahu bayar hutang.
Ini bermakna 76.2% dari kesemua ladang sawit milik THP sudah atau sedang dijual.

Penjualan 3 dari 14 anak syarikat ini sudahpun selesai.
5 Dis 2019: Penjualan Bumi Suria Ventures Sdn Bhd dan Maju Warisanmas Sdn Bhd dengan saiz ladang 6,514 hektar
https://www.bursamalaysia.com/…/compa…/announcement_details…

31 Dis 2019: Penjualan THP-YT Plantation Sdn. Bhd dengan saiz ladang 2,594 hektar.
https://www.bursamalaysia.com/…/compa…/announcement_details…

Saya percaya ada beberapa penjualan lain cuma tunggu masa untuk diumumkan.
Lagi menyedihkan ialah penjualan-penjualan ini dilakukan selepas THP menukar jurunilai (valuer) dan menurunkan nilai buku anak-anak syarikat yang sedang dijual.
Misalnya, harga buku syarikat Bumi Suria Ventures Sdn Bhd dan Maju Warisanmas Sdn Bhd pada tahun 2017 diturunkan dari RM380 juta dan telah dijual dengan harga RM170 juta atau RM10,500 setiap ekar (24 sen satu kaki persegi).
Pengeluaran dan pendapatan ladang yang dijual itu semakin meningkat setiap tahun tetapi tiba-tiba telah dijual dengan harga 56% di bawah harga buku semasa harga sawit belum memulih..

Pembeli amat happy sekarang memandangkan harga sawit sedang memulih manakala THP mengalami kerugian besar akibat penjualan ini.
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10156552954205952

Pada masa kini, harga break even point minyak sawit untuk THP adalah RM2,200 satu tan.
https://www.theedgemarkets.com/…/special-report-thp-seeks-u…

Sepanjang tempoh 9 tahun saya PM, THP tak pernah rugi manakala saiz keluasan ladang sawit THP naik 3 kali ganda.
Masuk PH je, THP mula rugi sehingga terdesak menjual tanah dan ladang semasa harga rendah dan selepas nilai buku aset THP diturunkan dengan amat dasyhat akibat menukar jurunilai.

Jka harga sawit di bawah RM2,200, THP akan mengalami kerugian.
Jika harga sawit adalah di atas RM2,200, THP akan mengumumkan keuntungan.
Kini harga sawit telah memulih, kenapa penjualan 76.2% dari jumlah keluasan ladang sawit milik Tabung Haji masih diteruskan?

Apakah akan terjadi dengan masa depan TH Plantations?
Dan ke mana perginya matlamat Tabung Haji untuk memperkasakan ekonomi umat Islam?
Menteri Kekanda yang menjaga segala Agama perlu jawab!
NAJIB RAZAK

1 comment:

Anonymous said...

"THiJARI is TH’s network of digital services that began operating on Wednesday, February 5, 2020. It is an online platform for services provided for TH customers such as account status checking, account statement printing, fund transfers, Hajj services and TaHa Club."

Bang. Benda ni mula time PH lagi la...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails