Tuesday, July 06, 2021

'Operasi musnah dusun durian dibuat mengikut undang-undang'

 

Notis penguatkuasaan pada operasi musnah kebun durian Musang King di Hutan Simpan Batu Talam. - NSTP/Mohd Rafi Mamat

KUANTAN: Operasi memusnahkan ladang durian haram dalam Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam dekat Raub yang dilaksanakan sejak kelmarin, dibuat oleh kerajaan negeri selepas mendapat pandangan penasihat undang-undang.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata pandangan penasihat undang-undang itu dirujuk kerana dakwaan kononnya operasi penguatkuasaan di situ melanggar perintah Mahkamah Rayuan.

"Operasi penguatkuasaan ini dijalankan selepas mendapat pandangan perundangan daripada Pejabat Penasihat Undang-undang (LA) Negeri yang sebelum itu merujuk kembali perkara ini ke Mahkamah Rayuan,

"Ia sebenarnya tidak (melanggar perintah mahkamah) kerana kerja penguatkuasaan dilakukan di luar kawasan kebun durian yang dimaksudkan yang dimiliki oleh Royal Pahang Durian Resoruces PKPP Sdn Bhd," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Wan Rosdy berkata, tindakan penguatkuasa itu juga tidak wajar dijadikan isu perkauman kerana sebelum ini penguatkuasaan sama dilakukan di Sungai Ichat dan Lembah Bertam, Cameron Highlands, masing-masing membabitkan pekebun India dan Cina.

"Di Kechau, Lipis pula membabitkan pelombong emas Melayu. Oleh itu, saya berharap operasi di HSK Batu Talam ini tidak dijadikan isu perkauman," katanya.

Mengulas operasi penguatkuasaan di HSK Batu Talam, Wan Rosdy berkata, ia tindakan bersepadu membabitkan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) dan Unit Penguatkuasa Negeri Pahang (UPNP) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Anggota polis mengawasi operasi musnah kebun durian Musang King di Hutan Simpan Batu Talam. - NSTP/Mohd Rafi Mamat
Anggota polis mengawasi operasi musnah kebun durian Musang King di Hutan Simpan Batu Talam. - NSTP/Mohd Rafi Mamat

Beliau berkata, tempoh kerja penguatkuasaan bermula kelmarin hingga 2 Ogos depan atau kira-kira sebulan.

"Operasi penguatkuasaan membabitkan kebun haram termasuk tanaman durian 'Musang King' dalam HSK Batu Talam berkeluasan kira-kira 101.17 hektar.

"Operasi ini termasuk menahan mana-mana individu dan pekebun yang memasuki kawasan HSK Batu Talam tanpa kebenaran dan turut menyita apa juga barangan dan kenderaan.

"Bagi tempoh dua hari operasi, seramai 22 individu ditahan termasuk 18 orang ditahan semalam dan disiasat untuk diambil tindakan di bawah Akta Perhutanan Negara dan Kanun Keseksaan," katanya.

Beliau berkata, sebenarnya ia adalah operasi penguatkuasaan biasa tetapi mendapat tentangan serta provokasi dengan kata-kata kesat dikeluarkan terhadap pegawai dan kakitangan penguat kuasa.

Kerja membaiki jambatan yang dirosakkan dilakukan dalam operasi musnah kebun durian Musang King di Hutan Simpan Batu Talam. - NSTP/Rafi Mamat

Kakitangan JPNP menebang pokok durian Musang King yang ditanam secara haram di Hutan Simpan Batu Talam. - NSTP/Mohd Rafi Mamat

6 comments:

Anonymous said...

Bukan saja peneroka salah.

Siapa yg benarkan, ambil balak dan tiada tindakan sejak dlu tanah diteroka pun perlu disalahkan.

TAPI SUATU LAGI PERKARA!!!!!!!!

Memusnahkan pokok yg tengah berbuah itu satu tindakan kejam. Bukankah molek dibiarkan dituai dlu(kenakan denda/cukai/kaedah lain kemudian utk dapatkan hasil kpd negeri), dapat juga dinikmati manusia. Walaupun nampak peneroka haram dapat hasil, sebenarnya kerajaan negeri dan kerejaan dapat barokah..

Kes ni hampir sama dgn kes di Kedah zaman B eNd dlu. Padi pesawah Melayu(Bukan kaya pun dan dah dapat pampasan) dimusnah utk prjek sedangkan tunggu masa dituai. Bukan x bleh dilewatkan.

Jangan ingat zalim kpd kafir yg tidak ttng Islam, tiada dosa. Kita tengok pegawai atau sesiapa2 yg bersekongkol dgn peneroka haram kena hukum atau tidak.

Islam itu adil.

Perlukan kebijaksanaan. Bukan kesombongan.

Kerejaan gagal.

Anonymous said...

Wah sokong dap. Org islam pulak jadi salah. Bukan tak tahu dari awal dah haram.

diniewa said...

1.39pm...pala bana ko, dh btahun kutip hasil dari tanah ceroboh, tah bayo cukai ke tidak, ko nk sokong, bodo bona ko ni, ni perangai yahudi ceroboh tanah org pas tu kutip hasil, ble nk amik balik tk kasi, kne henti kn pkara2 bgini dari skrg..

Anonymous said...

Puak RBA dan pemimpin-pemimpin roket kafir harbi mereka sangat tidak bermoral kerana mereka cuba mewajarkan aktiviti jenayah kaum mereka menceroboh tanah kerajaan secara haram dengan:

(1) membuat perbandingan bodoh berlapis-lapis dengan menyamakan kebun durian haram dengan dawah padi halal. Faktanya penceroboh tanah kerajaan itu tidak mempunyai sebarang hak ke atas kebun durian haram tersebut berdasarkan undang-undang.

(2) Yang melakukan jenayah ialah kaum roket sendiri. Mengapa puak RBA dan boss mereka sibuk menyalahkan orang Melayu pula ?

Nampaknya puak roket jenis makhluk yang tidak mempunyai prinsip moral, suka menfitnah kaum Melayu Islam dan tidak mahu bertanggung jawab ke atas kesalahan mereka sendiri.

Seperti biasa mereka tidak mahu mengaku berak di tengah jalan walaupun itulah kebiasaan mereka. Maka kaum Melayu menjadi kambing hitam mereka.

Puak RBA dan tuan roket mereka sentap meroyan histeria buat heboh membela kaum mereka yang telah melakukan jenayah pencerobohan je atas tanah kerajaan.

Mengapa puak RBA dan tuan roket mereka tidak sentap meroyan histeria buat heboh setiap kali rumah atau kampung Melayu dirobphkan di PP dan Sgor ?

Jawapan:

Puak RBA dan tuan roket mereka adalah kepala bapak ultra rasis.

Anonymous said...

Mengapa puak kafir harbi roket tidak berkata tindakan pengganas komunis memusnahkan pokok yg tengah berbuah itu satu tindakan kejam ?

Mengapa puak kafir harbi roket tidak berkata tindakan pengganas memusnahkan pokok getah itu satu tindakan kejam ?

Mengapa puak kafir harbi roket tidak berkata tindakan pengganas merogol, menyiksa dan membunuh kaum Melayu itu satu tindakan kejam ?

Mengapa puak kafir harbi sibuk mahu mengangkat pengganas komunis Bintang Tiga dan PKM sebagai pejuang kemerdekaan walapun mereka telah menindas, menzalimi, merogol, menyiksa dan membunuh kaum Melayu dan memusnahkan kampung dan ladang, menghina agama Islam dan masjid dan memusnahkan ekonomi negara dll ???

Puak kafir harbi roket mengidap sakit mentalkah ?

Anonymous said...

Seronok melihat gelagat pemimpin2 pakatan haram hancing yg kepanasan dlm isu ini... syabas kpd pihak berkuasa!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails