Sunday, July 04, 2021

JAS Johor diarah siasat.. Bagaimana pula busuk tahi babi di P.Pinang?

 

Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) mengarahkan Jabatan Alam Sekitar Johor menyiasat pencemaran sungai di Kampung Perigi Aceh, Pasir Gudang, Johor. NSTP/Ihsan KASA

JAS Johor diarah siasat pencemaran sungai Kampung Perigi Aceh.

PUTRAJAYA: Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) mengarahkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor menjalankan siasatan pencemaran sungai di Kampung Perigi Aceh, Pasir Gudang, Johor.

Menterinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata beliau menerima aduan daripada seorang rakan di Facebook menyatakan berlaku pencemaran di sungai berkenaan.

Katanya, beliau sudah menyalurkan aduan berkenaan kepada Pengarah JAS Johor untuk diambil tindakan segera.

"Saya menyarankan orang ramai yang ingin membuat aduan berhubung pencemaran boleh menyalurkanya melalui sistem JAS yang disediakan," katanya melalui akaun Facebooknya, hari ini.

Pada Ogos 2019 media melaporkan, dua sungai di Kampung Perigi Acheh bertukar menjadi hitam dan berbau busuk, sekali gus mencetuskan kebimbangan terhadap pertambahan jumlah sungai tercemar di kawasan berkenaan.

Air Sungai Daing dan Sungai Kopak di kampung itu bertukar menjadi kehitaman, malah turut mengeluarkan bau yang meloyakan, dengan mata penduduk turut mengalami kepedihan setiap kali berada berhampiran sungai.

Kejadian itu menyebabkan nelayan di kampung berkenaan itu hilang mata pencarian apabila hidupan akuatik di situ semakin pupus.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bagaimana kes najis babi di Pulau Pinang, sudah di arah siasat ke? Kita nak tahu juga, sejauh mana tindakan JAS di Pulau Pinang?

2 comments:

zack said...

Entahlah mna2 yg jadi kerajaan isu babi yg jadi agen pencemaran dipandang remeh serupa dgn isu pencerobohan tanah2 kerajaan hingga muncul pekebun haram musang king yg berani plk melawan pihak berkuasa..sudah sampai masa perasuah dihukum mati saperti negara china..ada rasuah adalah kekebalan pihak yg melanggar undang2.

Anonymous said...

Ini isu yg perlu ditangani segera. Ia berkaitan dgn kesihatan dan gaya hidup bersih. Harapkan ph, mereka banyak berpolitik dan tak jaga rakyat. Banyak buat kerja yg tak berfaedah seperti menabur fitnah dan condemn kerajaan saja. Bukan bantu rakyat buat kerja berfaedah tapi sibuk bantu rakyat gantung bendera putih.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails