Wednesday, July 07, 2021

Bantuan makanan, PAS terus giat prihatn rakyat.

 

Pegawai Khas Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Muhammad Abdul Munib Assyakirin Zakaria (kiri) memeriksa sebahagian bantuan bakul makanan untuk diagihkan kepada penduduk Parlimen Pengkalan Chepa sempena Program Bantuan Makanan di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) peringkat Parlimen Pengkalan Chepa. - Foto NIK ABDULLAH NIK OMAR

1. Parlimen Pengkalan Chepa sedia 9,000 bakul makanan

KOTA BHARU: Sebanyak 9,000 bakul makanan untuk penduduk yang terjejas akibat pandemik COVID-19 di Parlimen Pengkalan Chepa akan mula diagihkan minggu hadapan.

Pegawai Khas Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Muhammad Abdul Munib Assyakirin Zakaria, berkata bantuan bakul makanan menerusi Pakej Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) akan akan diberikan secara berperingkat.

"Menerusi peruntukan RM300,000, ia sepatutnya diagihkan kepada 3,000 penerima, namun Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Ahmad Marzuk Shaary menambah 6,000 lagi bakul menjadikan keseluruhan 9,000 bakul makanan.

"Kita memahami keadaan penduduk yang terjejas dan berharap bantuan keperluan asas makanan itu sedikit sebanyak membantu meringankan beban rakyat," katanya ketika ditemui di sini.

Muhammad Abdul Munib Assyakirin berkata, agihan bantuan bakul makanan itu akan dilakukan menerusi penghulu untuk penduduk di kawasan masing-masing.

"Memandangkan kita masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kita tidak mahu berkumpul tetapi sebaliknya meminta penghulu mengambil bakul berkenaan untuk diserahkan kepada penduduk yang dikenalpasti di kawasan masing-masing.

"Kita sekarang dalam proses mendapatkan senarai penerima daripada penghulu. Bagi 3,000 bakul makanan membabitkan nilai RM100, manakala 6,000 bakul lagi membabitkan nilai RM50," katanya.

Beliau berkata, sejak Januari lalu hingga kini, Parlimen Pengkalan Chepa menyediakan hampir 8,000 pek bantuan bekalan makanan membabitkan nilai RM600,000 kepada penduduk terjejas pandemik COVID-19.

Katanya, bantuan itu akan dilakukan secara berterusan sehingga isu COVID-19 selesai bagi meringankan beban penduduk.

2. PAS giat agih bakul makanan demi kebajikan rakyat

KUALA LUMPUR: PAS sentiasa komited dalam melaksanakan gerak kerja dakwah dan kebajikan atas dasar Islam mengajarkan umatnya untuk hidup bermasyarakat dengan saling berkenalan serta tolong-menolong.

Bagi tujuan tersebut, PAS telah mengarahkan semua ahli Parlimen dan Senator untuk segera menggerakkan program Bantuan Bakul Makanan dan turun padang menjaga kebajikan golongan yang terjejas dengan memanfaatkan segala kemudahan yang telah disediakan.

“Peruntukan kerajaan kepada setiap ahli Parlimen serta penambahan RM300,000 melalui PEMULIH baru-baru ini hendaklah dimanfaatkan sepenuhnya kepada rakyat yang memerlukan,” ujar Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, PAS juga telah menggiatkan bantuan kit makanan melalui Badan Perhubungan PAS negeri-negeri dan PAS kawasan-kawasan bagi membantu isi rumah yang terjejas akibat wabak Covid-19.

Beliau juga mengajak supaya menghayati sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh at-Tabrani yang bermaksud: “Tidak termasuk orang mukmin, orang yang kenyang sementara tetangganya kelaparan”.

“Semoga usaha ini dapat meringankan beban mereka yang memerlukan dan semua umat Islam diseru untuk terus berdoa agar wabak ini diangkat segera oleh Allah SWT,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian. – HARAKAHDAILY 5/7/2021

3. Covid-19: Polis panggil wanita dakwa kilang punca peningkatan kes di Selangor

KUALA LUMPUR: Polis akan memanggil seorang wanita bagi memberi keterangan berhubung kenyataannya di dalam satu rakaman video kini tular di media yang mendakwa bahawa peningkatan kes Covid-19 di Selangor berpunca daripada pekerja kilang sarung tangan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata ini kerana perbuatan individu dalam video itu mendatangkan ketakutan kepada masyarakat, apabila wanita itu mendakwa penularan wabak di Selangor berpunca daripada tindakan pengusaha kilang berkenaan yang tidak mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dalam menguruskan pekerjanya.

Beliau berkata video berdurasi tiga minit empat saat yang tular di aplikasi Tik Tok itu memaparkan dakwaan wanita berkenaan yang memperkenalkan dirinya sebagai Pengerusi Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di Selangor.

“(Wanita itu) mendakwa peningkatan kes wabak itu disebabkan tindakan pengusaha kilang sarung tangan yang memindahkan pekerjanya yang positif daripada asrama pekerja di Petaling Jaya ke dua hotel di Klang bagi membolehkan mereka hadir bekerja dalam tempoh PKPD,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya wanita itu juga mendakwa terdapat kes kematian akibat jangkitan Covid-19 dalam kalangan pekerja kilang sarung tangan itu hingga menyebabkan seluruh asrama pekerja di kawasan Sungai Way di daerah Petaling Jaya dikenakan tindakan PKPD, namun kilang itu masih beroperasi sepenuhnya.

Mohamad Fakhrudin berkata selain itu Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara turut membuka kertas siasatan terhadap pengusaha kilang itu di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan kerana perbuatan cuai yang mungkin menyebabkan jangkitan apa-apa penyakit berjangkit kepada nyawa.

Jelasnya kes juga disiasat di bawah Seksyen 22(b) Akta Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit 1988 kerana tidak mematuhi perintah sah yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan.

“Siasatan terhadap individu di dalam video yang tular itu pula (dilakukan) di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan kerana menyebarkan satu kenyataan yang mendatangkan khianat awam menyebabkan ketakutan kepada orang awam,” katanya.

Beliau menasihati orang ramai supaya lebih peka dan prihatin sebelum menyebarkan apa-apa maklumat dan berhubung dengan pihak berwajib sekiranya mempunyai maklumat, dan bukannya menyebarkan melalui media sosial. – BERNAMA

2 comments:

Anonymous said...

Tidak adil salahkan UMNO sepenuhnya apa yang berlaku pada pekebun haram musang king di Raub Pahang.

Memang diketahui dahulu Tun Mahathir banyak kroni kroni dari berbagai kaum. Kebanyakkan pemimpin ini ramai yang sudah keluar dari UMNO. Tidak adil persalahkan seratus peratus Parti UMNO.

Dedah Datuk Sri Najib Tun Razak di laman Facebooknya, Pengerusi kumpulan Perikatan Selamatkan Musang King (Samka) yang ditubuhkan untuk menentang kerajaan Pahang berhubung isu tanah kerajaan yabg diceroboh untuk membuka kebun durian, ialah seorang pembantu khas ADUN DAP Balakong bernama Wilson Chang Yee Chin.

Wilson juga merupakan ahli Majlis Perbandaran Kajang lantikan DAP, kata Najib.

“Entah kenapa seorang ahli majlis Kajang di Selangor sedang sibuk di Raub, Pahang pula”, soal Bossku.

Berdasarkan laman Facebooknyanya (Wilson) kata Najib, terang-terang dia adalah penyokong DAP.

Dahulu pemimpin Pahang kebanyakkan dari Parti UMNO. Nama UMNO yang busuk tetapi sekarang ini kita kena ingat 22 tahun semasa Tun Mahathir jadi Perdana Menteri Malaysia. Tun pun sudah keluar dari Parti UMNO maka tidak adil kesalahan dituju pada UMNO semata mata.

“Inilah sebab rata-rata pemimpin PH dan DAP telah masuk campur termasuk Kit Siang yang telah pun bantah kenapa syarikat usaha sama kerajaan Pahang diberi nama “Royal”.“, jelas Najib lagi.

Dalam artikel bertarikh 30 Ogos itu, Lim Kit Siang dipetik sebagai berkata, “Kita akan menyiasat latar belakang isu ini dan kita akan lihat bagaimana syarikat boleh dipanggil ‘royal’”.

Lim turut berkata, dengan menggunakan nama ‘royal’ ia akan memberi satu persepsi bahawa pekebun durian kini menentang ‘royalty’ (kerabat diraja).

Berdasarkan kenyataan itu, Najib mendakwa, “Ini bermakna jika pun kerajaan Pahang nak berunding, mereka bukanlah berunding dengan pekebun-pekebun durian tetapi berunding dengan DAP”.

“Selagi isu ini dipolitikkan begitu hebat, selagi isu ini amat susah mencapai penyelesaian damai”, kata Najib lagi.

Anonymous said...

Parti Islam berusaha membantu rakyat serakat yang mampu di waktu wabak covid-19. Alangkah baiknya jika kerajaan Kelantan menggunakan RM400 juta untuk menolong rakyat yang sedang hidup menderita. Itulah yang sepatutnya berlaku. Mana RM400 juta ???

Sebaliknya, puak Pee H dan puak kafir harbi roket hanya pandai memburuk-burukkan keadaan dan menimbulkan ketakutan rakyat.

Apakah bantuan yang diberikan oleh puak ini kepada rakyat ? Jawapan : Lip service @ air liur sahaja. Kelaparan rakyat tidak boleh dihilangkan dengan cakap-cakap kosong puak ini.

Apakah yang telah mereka lakukan kepada wang RM300K yang diberi oleh kerajaan untuk membantu rakyat ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails