Wednesday, September 02, 2020

Tangani Dan Penyelesaian Masalah Di Sudan.

 Turki Menyambut Baik Penandatanganan Perjanjian Damai di Sudan

1. Tandatangan Perjanjian Damai di Sudan

Turki menyambut baik penandatangani perjanjian damai antara Kerajaan Peralihan Sudan dan kumpulan bersenjata.

"Kami menyambut baik penandatangani perjanjian yang dilaksanakan kelmarin di Juba sebagai hasil rundingan antara Kerajaan Peralihan Sudan dan kumpulan bersenjata yang dihoskan oleh Sudan Selatan." Kata Kementerian Luar Turki dalam satu kenyataan bertulis.

Dalam kenyataan itu Kementerian berkata bahawa perjanjian itu, yang merupakan langkah penting menuju perlindungan kedaulatan nasional dan integriti wilayah Sudan, akan memberikan sumbangan yang signifikan terhadap pembentukan perdamaian dan ketenangan dalaman di negara ini.

"Turki akan terus menyokong semua usaha ke arah pembentukan kestabilan di Sudan, negara rakan dan saudara kami." Kata Kementerian.

Kerajaan Sudan telah menandatangani perjanjian damai dengan Front Revolusi Sudan, yang merangkumi banyak kumpulan pembangkang bersenjata di negara itu, yang mengakhiri konflik 17 tahun.

Front Revolusi Sudan, yang telah bertempur melawan kerajaan selama bertahun-tahun dan menggabungkan gerakan bersenjata bernama "Gerakan Keadilan dan Kesetaraan" dan "Gerakan Pembebasan Rakyat Sudan-Utara (SPLM-N)" di Sudan, berhenti berperang melawan negara itu setelah perubahan rejim di negara itu.

2. Banjir di Sudan Ragut 93 Nyawa

Bencana Banjir di Sudan Ragut 93 Nyawa

Jumlah orang yang kehilangan nyawa mereka dalam bencana banjir yang disebabkan oleh hujan lebat di berbagai wilayah di Sudan meningkat kepada 93 orang.

Dalam pernyataan yang dibuat oleh Kementerian Dalam Negeri, dinyatakan bahawa jumlah orang yang kehilangan nyawa mereka dalam banjir yang disebabkan oleh hujan lebat di negara ini sejak 1 Ogos meningkat kepada 93 orang.

Dinyatakan bahawa 43 orang cedera, jalan rosak dan lebih dari 5 ribu lembu binasa akibat banjir.

Ribuan rumah rosak akibat kenaikan paras air di Sungai Nil kerana hujan lebat selama empat hari di pelbagai bahagian ibu kota Khartoum dan negeri-negeri lain.

Institut Meteorologi Sudan memberi amaran bahawa hujan akan berlanjutan esok, terutama yang tinggal di kawasan yang berdekatan dengan saluran air, untuk mengambil langkah berjaga-jaga.

(IH)

5 comments:

Anonymous said...

Tahun 74 pas masuk BN....kluar tahun 78... Sekarang dah masuk BN semula?...bila?.


Sumber: PAS hampir pasti guna logo BN dalam PRN Sabah
Haspaizi Zain

Diterbitkan 45 minit lepas
Dikemaskini 45 minit lepas

PAS hampir pasti akan menggunakan lambang BN dalam pilihan raya negeri (PRN) Sabah nanti selepas kali terakhir berbuat demikian lebih empat dekad lalu, iaitu ketika PRU 1974.

Menurut sumber BN, PAS sudah memaklumkan kepada gabungan itu berhubung hasrat untuk menggunakan lambang dacing BN.

Jeybontot said...

Dh namanya muafakat memang mcm itulah
Tempat BN kuat maka guna pakai logo BN.Tiba masa pulak tempat tu PAS kuat maka gunalah Logo PAS. Yg macai hancing kencing sambil berlari nk sibuk2 wat apa.jaga Duduk jerlah kamu tu dalam sangkar DaPIGs.

Anonymous said...

Last sekali keluar pakatan rakyat sebab dap biadap dengan islam. Yg tinggal dengan dap ialah yg faham liberal, dan syiah. Sama dap boleh mabok2, main bonceng2, sebab bangsa dap boleh toleran dengan pkr dan pan. DAP sangat biadap dengan Islam, jawi dan raja2.

Anonymous said...

Jika tidak melaga-lagakan umat Islam, itu bukan RBA biaDAP namanya.

RBA ternakan biaDAP sibuk menyebarkan fitnah untuk memecah-belahkan dan melemahkan umat Islam.

Anonymous said...

Pemimpin biaDAP kencing berdiri , RBA pula berak berlari.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails