Wednesday, September 02, 2020

102 kaum India mohon sertai PAS di Bangi

 

BANGI: Perpaduan adalah tiang seri kepada kestabilan dalam sesebuah negara di mana Islam juga menyeru umatnya untuk menjalinkan hubungan li ta’arafu sesama manusia meskipun berbeza ras, agama dan warna kulit.

Sehubungan itu, satu program melibatkan masyarakat bukan-Islam telah dianjurkan PAS Kawasan Bangi iaitu Semarak Cinta Negara melibatkan Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) di PASTI Kajang Utama, Kajang, di sini semalam.

Program sempena sambutan Hari Kemerdekaan Kali Ke-63 ini adalah menifestasi ukhuwah dan kebersamaan DHPP dengan PAS Bangi yang begitu baik dan erat sejak dari awal sayap bukan-Islam ini ditubuhkan dalam PAS.

Bersempena program ini juga sebanyak 102 borang keahlian baru DHPP telah diserahkan dan ditandatangani sendiri sokongannya secara istimewa oleh Yang Dipertua PAS Bangi, Ustaz Mohd Shafie Ngah.

Juga sebagai tanda penghargaan, PAS Bangi telah bersetuju untuk membayar yuran takaful tahun pertama secara berperingkat bagi ahli DHPP yang memohon dan mempunyai maklumat lengkap.

“Ini menunjukkan bahawa masyarakat India dan bukan-Melayu makin ramai bersama dengan PAS, kerana keikhlasan yang dibawa PAS itu untuk semua orang.

“Tidak kira agama apa, bangsa apa, semua kita nak bersama untuk Malaysia yang sejahtera. Kita nak Malaysia lebih baik untuk semua orang tanpa kecuali,” ujar Ustaz Shafie ketika ditemu usai majlis berkenaan.

Beliau turut mengajak masyarakat untuk bersama dengan PAS dalam aktiviti kemasyarakatan kerana ia adalah salah satu antara cara yang boleh dilakukan untuk memajukan negara Malaysia. – HARAKAHDAILY 31/8/2020

Hibur Hibur Sikit

6 comments:

Anonymous said...

MCA, GERAKAN dan DAP boleh bersatu dalam isu jawi atau isu2 yg berkaitan dengan cina. Tapi orang melayu tak boleh bersatu dalam isu hudud dan agama. Bang non kata muslim mesti toleran. Sabu and the gang 18 pulak tak sedar mereka adalah alat untuk rosakkan pas dan muslim. Mujahad sanggup sekongkol dgn DAP untuk jual harta muslim. Hanipah Medan dan mike tarzan sanggup jadi barua DAP untuk hina TGHH dan PAS. Bang non pulak atas sebab own survival sanggup mengayatkan muslim dengan fahaman liberalnya demi meraikan bangsa DAP. Atok pulak kerana ringgit sanggup menghina orang muslim dan bekerjasama dengan musuhnya suatu ketika dulu iaitu Siang kit dan juniornya eng guan untuk meruntuhkan bangsa melayu.

Anonymous said...

Sama jugak dgn lebai hadi. Demi ringgek Sanggup menghina islam dgn musuhnya cina mca yg dulu kata umno dan mca sekawah gulai babi. Khinzir punya amanat munapik.hehehe

Anonymous said...

Puak RBA ternakan parti kafir harbi biaDAP seperti RBA 10:06 adalah musuh Islam yang sangat jelas kerana mereka diupah dedak cap roket untuk menfitnah dan memburuk-burukkan ajaran Islam, ulama Islam, parti Islam dan umat Islam yang cintakan Allah dan RasulNya.

Maka kita tidak terkejut melihat puak RBA ini menyamar sebagai orang Islam untuk melaga-lagakan dan memecah-belahkan umat Islam supaya puak kafir harbi biaDAP boleh berkuasa semula untuk menindas Islam dan umat Islam.

Anonymous said...

Sekawah babi sesuai sangat dengan bang non, sabu and the 18 gang dengan dap. Bang non kata islam mesti toleran. Liberal sangat.

Anonymous said...

Atuk Non adalah kepala bapak munafik liberal yang telah menghina Islam dan umat Islam dan suka berbohong. Maka Kita tidak terkejut melihat Atuk Non menghina, menfitnah dan memburuk-burukkan hukum Islam, menyokong rejim pengganas Israel dan bersekongkol dengan parti kafir harbi biaDAP dan NGO Zionis, menafikan hak umat Islam dll.

Unknown said...

Alhamdulillah...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails