Saturday, September 05, 2020

Mahkamah putus jawatan Shafie, kerajaan Sabah Haram

 

Mahkamah Persekutuan mengesahkan tindakan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah untuk melucut jawatan Musa Aman pada bulan Mei 2018 telah melangkaui kuasanya dan melanggar perlembagaan.

Masa itu Musa Aman mempunyai sokongan 31 daripada 60 ADUN Sabah dan telah sah mengangkat sumpah di Istana Sabah.

Namun dua hari kemudian, TYT telah menggugurkan jawatan Musa Aman tanpa sebab dan tidak mengikuti perlembagaan Sabah.

Pada hari yang sama, TYT membenarkan Shafie Apdal untuk mengangkat sumpah mnjadi Ketua Menteri.

Beberapa bulan kemudian, kerajaan Sabah Shafie Apdal pula meminda perlembagaan Sabah untuk membenarkan TYT menjawat lebih daripada dua penggal yang dibenarkan sebab penggal kedua TYT akan berakhir 2 minggu lagi.

"13 Dec 2018: TYT Sabah kini boleh berkhidmat lebih daripada dua penggal". Rujuk di sini.

Ini adalah satu langkah amat janggal sedangkan PH selalu ratib mahu hadkan tempoh jawatan utama kerajaan dengan alasan mahu sekat penyalah gunaan kuasa.

“Dalam pada itu, Mohd Shafie menafikan wujudnya rundingan antara ketua menteri dan TYT mengenai pindaan Perlembagaan itu sambil melafazkan sumpah.”

Tapi PH buat juga.

Kali ini mereka bukan mahu hadkan tempoh tetapi terang-terang membatalkan had sedia ada.

(Jika suruh orang PH jawab kenapa, mereka akan diam kerana tiada jawapannya sedangkan Yang di-Pertuan Agong pun ada had penggal)

Keputusan Mahkamah Persekutuan ini juga bermakna Shafie Apdal telah menjawat secara haram sebagai ketua menteri dan kerajaan Warisan Sabah sejak bulan Mei 2018 adalah sebuah kerajaan haram.

Tapi mana pula PH Plus peduli tentang hal "Rule of Law" atau perlembagaan?

"4 Sept 2020: TYT exceeded powers in sacking Musa; case not academic". Rujuk di sini.
– Najib Razak

Hibur Hibur Sikit,  Sila dengar lagu-lagu ini..

Anak Kampung - Jimmy Palikat (HQ Audio With Lirik)

Macam Di KK - MCM D KK (PROMO ORIGINAL) - Janrywine J Lusin

7 comments:

Anonymous said...

Atok patut ditahan kerana keluarkan statement ada rasuah wang untuk beli undi di slim. Cuba ganggu harmoni yg dikecapi oleh penduduk slim khususnya, dan malaysia amnya.

Cita2 atok nak bekerja sampai mati bukannya nak beribadat sampai mati.

Anonymous said...

Puak Pee H telah berjanji akan menegakkan kedaulatan undang-undang tetapi apa yang berlaku semasa rejim Pee H berkuasa ialah:

(1) Puak Pee H merampas kuasa kerajaan negeri secara haram,

(2) Puak Pee H dibebaskan dari:
dakwaan jenayah seperti LTTE,
dakwaan rasuah seperti banglo terlajak diskaun, skandal tero wong dll

(3) Pee H menafikan hak Adib untuk mendapat keadilan,

(4) Puak Pee H terutamanya puak ultra rasis biaDAP mengiktiraf pengganas komunis sebagai pejuwang kemerdekaan dll.

(5) Pee H kencing rakyat dengan pelbagai janji palsu, fitnah, pembohongan dan U-turn. Rakyat hanya mampu menelan air liur sendiri sahaja.

(6) Rejim Pee H cuba melaksanakan ICERD, Rome Statute dll untuk menghapuskan hak Islam dan hak kaum Melayu Islam yang telah dijamin oleh kontrak sosial dan Perlembagaan Persekutuan. Akibat berjuta umat Islam membuat protes secara aman Di jalanraya! Kecut telur Pee H !!!

(7) Pee H enggan menubuhkan RCI untuk menyiasat TH walaupun Pee H telah berjanji. Adakah Pee H takut RCI akan menyiasat salah laku dan salah tadbir urus Pee H ke atas TH ?

(8) Pee H membatalkan pembinaan beberapa buah masjid yang telah diluluskan dan mengurangkan peruntukan untuk sekolah Melayu dan cuba menafikan peruntukan untuk sekolah Islam dll konon kerana KERA jaan Pee H tidak ada wang tetapi menteri-menteri roket berlagak seperti Santa Claus memberi wang kerajaan kepada sekolah china, sekolah swasta Dan kolej swasta china.

(9) Dll ........

Pee H sudah kalah 7-0 pun masih kencing rakyatkah ? Rupa-rupanya Atuk Kerala sendiri terlibat dalam pelbagai skandal yang merugikan rakyat dan negara dan dia juga menyokong kumpulan pengganas Hindu LTTE yang telah membunuh ramai umat Islam, orang Buddha dll di Sri Lanka .

Anonymous said...

Apa lagi, gi la demo dpn TYT sabah.

Anonymous said...

RBA 2:05 tidak menghormati keputusan mahkamah.

Anonymous said...

Woi khadam Mca 2.37. Ko reti heja ke artikel tu sapa tulis? Si najibon pojaan ko tu yg x hormat keputusan mahkamah. Ko kalo dah bodoh sgt, baik berenti jadi org la!

Anonymous said...

7-0 tu mana calon Pas???

Anonymous said...

Babi betol najibon suda jatuh hukumpun nak buat kerja x baik lagi..najib inilah contoh manusiah d lakhnat...sampai ujong usia menyusahkan orang saja.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails