Thursday, September 03, 2020

PH Letak Tabung Haji Dalam Bahaya. -Ketua Audit Negara.

 

Lapuran Kewangan TH Ketua Audit Negara Buktikan Mujahid Tipu, Sila Jawab!!!

Penilaian Ketua Audit Negara Buktikan Pakatan Harapan Meletakkan TH Dalam Bahaya

Selepas lebih setahun tertangguh, akhirnya laporan kewangan 2018 Tabung Haji dapat dibentangkan. 

Seperti yang diduga, dapatan Ketua Audit Negara (KAN) dalam laporan beliau telah membongkar apa yang selama ini disembunyikan oleh Pakatan Harapan dan dipertahankan oleh mantan Menteri Hal Ehwal Agama era Pakatan Harapan, Mujahid Yusof. 

Secara jelas, Lapuran Ketua Audit Negara membuktikan bagaimana dasar-dasar bodoh Pakatan Harapan telah meletakkan Tabung Haji di dalam risiko yang tidak sepatutnya.


Pertama didalam lorekan merah di bawah, jelas Ketua Audit Negara mengatakan bahawa sukuk yang diterima oleh Tabung Haji sebenarnya tiada penarafan, tidak boleh diniagakan, tidak boleh dipindahmilik dan merupakan unsecured zero coupon (berisiko tinggi).


Kedua, pada lorekan hijau pertama, terbukti bahawa keuntungan RM1.6 bilion pada 2018 yang dibangga-banggakan oleh PH sebenarnya bukanlah keuntungan hasil perniagaan normal. 

Sebaliknya RM1.39 bilion datang daripada pindahan aset melalui sukuk UJSB tersebut (keuntungan tidak nyata). 

Maknanya duit tak dapat pun lagi!!!

Keuntungan hasil perniagaan normal (keuntungan nyata) yang telah diperolehi hanyalah RM210 juta. 

Persoalan besar sekarang ini ialah bagaimana tak sebuah institusi yang mempunyai aset sebesar RM70 bilion tetapi hanya mampu menjana RM210 juta melalui perniagaan normal?

Ketiga, ini paling teruk. 


Tengok lorekan hijau kedua. 

Ketua Audit Negara sendiri tidak mampu pastikan bahawa Tabung Haji akan dapat menerima bayaran sukuk tersebut pada masa yang sepatutnya!!!

Apa maksudnya? 

Maksudnya Ketua Audit Negara sendiri tak yakin dengan kemampuan UJSB sama ada melalui kekuatan kewangan ataupun model perniagaannya bagi membayar hutang kepada Tabung Haji.

Kalau Ketua Audit Negara sendiri tak yakin, bagaimana Pakatan Harapan boleh sangat  yakin untuk buat model perniagaan yang berisiko begini?

Apa yang akan berlaku jika kebimbangan Ketua Audit Negara ini menjadi nyata? 

Apa yang akan berlaku kepada Tabung Haji jika UJSB akhirnya tidak mampu menunaikan bayaran hutang pada masanya?

Ternyata selama 22 bulan, Tabung Haji telah diletakkan ke dalam risiko yang sangat besar oleh Pakatan Harapan.

Dari sebuah institusi yang mempunyai potensi yang cukup tinggi dan mampu menjana keuntungan berbilion ringgit setahun, kini Tabung Haji telah menjadi sebuah institusi yang berada dalam risiko kerugian.

Namun masyarakat Melayu Islam bernasib baik kerana dengan bantuan Allah SWT, puak yang mempunyai agenda jahat untuk meruntuhkan institusi yang telah banyak membantu umat Islam di Malaysia untuk menunaikan Rukun Islam yang ke 5, kini telah diletakkan di bawah kawalan Menteri Kewangan yang lebih bertanggungjawab.

Inilah bala dan kerosakan hasil daripada tangan-tangan yang akan dihisab di Hari Pembalasan!

Kredit :

15 comments:

Anonymous said...

lagu M Nasir- tanya sama itu Hud Hud ..kikikiki

Anonymous said...

Jika puak kafir harbi dan khadam munafik liberal mereka berkuasa, mereka akan menggunakan kuasa mereka untuk menindas dan menzalimi Islam dan umat Islam secara terbuka.

Renungkanlah firman Allah SWT yang bermaksud:

"Ramai di antara Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad SAW)." (Surah al-Baqarah, ayat 109)

Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali.

(A-li'Imraan 3:28)

Oleh sebab itu, umat Islam wajib mengundi parti Islam kerana puak kafir harbi dan puak munafik liberal sangat benci pada parti Islam dan umat Islam yang berjuang menegakkan Islam.

Maka Kita tidak terkejut melihat parti Islam menjadi sasaran utama fitnah puak kafir harbi Dan puak munafik liberal.

Anonymous said...

Tapi yg sedihnya ramai dikalangan umat islam sendiri begitu percaya pd segala perancangan jahat puak2 dap ni...sekarang apasal senyap ke laporan ketua audit negara tu tipu... kecik2 taknak mampus dah besar menyusahkan org... inilah jenis melayu barua... tak sedar diri tu ditunggang dan dicucuk hidung oleh puak2 komunis dap....

Anonymous said...

So bila nk rci tabung haji?

Anonymous said...

RCI pun senyap bila jumpa ciplikan yang boleh b uat modal Politik..sila buat RCI sejak Aziz Rahim jadi pengerusi Dan Jamil khir jadi menteri hingga PH

Anonymous said...

Bukankah PH yang telah berjanji untuk menubuhkan RCI untuk menyiasat TH ? Mengapa PH enggan menubuhkan RCI apabila PH berjaya memerintah Msia ? Adakah PH takut RCI ajan menyiasat salah laku dan lalah tadbir urus PH ke atas PH ?

Anonymous said...

Pembetulan 3:36

Adakah PH takut RCI akan menyiasat salah laku dan salah tadbir urus PH ke atas PH ?

Anonymous said...

Yang banyak dok bertempik pemuda PAS sebelum jadi kerajaan, bila dah jadi kerajaan senyap terus x bertempik sebab dah rasa sikit nikmat..harap Tak tenggelam dalam nikmat udahla. Kalau PN x rompak tengah Jalan sempatla Kita tengok kesudahan episod kumpulan penyamun..90 juta pun belum Tau lagi kesudahan, tapi Tak semena2 Taki Dan Zuhdi buka mulut seolah2 mengiakan dapat manafaat dari UMNO dikukuhkan lagi oleh Hj Hadi bergetar lutut bila BN kalah PRU 14.. xkan x boleh fikir?

Anonymous said...

Jika tidak fitnah PAS, itu bukan RBA biaDAP namanya !

Anonymous said...

Debat sudah. Audit pun sudah. So sapa yg berkuasa skrg, sila tubuhkan rci segera. Xyah nk putar2 mcm drama tamil.

Anonymous said...

Hudud sm ruu355 apa citer?

Anonymous said...

RBA 6:05 cuba menegakkan benang basah. Bukankah PH telah berjanji untuk menubuhkan RCI jika PH berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Adakah RBA ini nyanyuk ?

Anonymous said...

Parti kafir harbi biaDAP dan khadam liberal menentang Hudud, ruu355 dll apa citer ?

Anonymous said...

Kami hanyak mahu bayar zakat, TH mengirakan dan memotongkan untuk kami, kalau untung lebih kami juga dapat membayar lebih!

Tapi TH hampir hancur dikerjakan KHADAM2 DAP!



Unknown said...

Tun m tak pm kuat bodek kipas ampu
Tun m pm...habis londeh..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails