Sunday, August 30, 2020

Bukti Keyakinan Rakyat Kepada MN Dan K'jaan PN Pimpinan Tan Sri Muhyiddin -Presiden PAS

 

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan kemenangan calon BN pada PRK DUN N.58 Slim sebagai kejayaan yang amat bermakna terhadap Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN).

“Menandakan penerimaan rakyat pelbagai kaum di kawasan bandar dan luar bandar. Sekali gus menuntut kita untuk terus mengukuhkan perpaduan dan memberikan khidmat yang terbaik demi kesejahteraan negara dan rakyat.

“Tahniah atas kemenangan berturut-turut yang dicapai dalam Pilihan Raya Kecil DUN Slim pada hari ini,” ujar beliau merujuk terdahulu gabungan itu telah mencapai kemenangan pada PRK DUN N.23 Chini pada 4 Julai lalu.

Calon BN, Mohd Zaidi Aziz meraih majoriti 10, 945 undi setelah menerima 13,060 undi menewaskan dua calon Bebas iaitu Amir Khusyairi Mohamad Tanusi yang mendapat 2,115 undi dan Santhara Sekaran Subramaniam memperoleh 276 undi.

Majoriti besar itu diperoleh dari angka keluar mengundi cuma 68.4 peratus daripada 23,094 pengundi keseluruhan, di mana ianya mengatasi keputusan pada PRU14 dengan hanya majoriti 2,183 undi walaupun 81.9 peratus keluar mengundi ketika itu.

Terdahulu pada PRK Chini, calon BN, Mohd Sharim Md Zain menang dengan majoriti 12,650 undi berbanding majoriti 4,622 undi diperolehi calon BN, Allahyarham Dato’ Seri Abu Bakar Harun pada PRU14.

Perkembangan ini dilihat dan diakui banyak pihak disumbangkan oleh keyakinan rakyat kepada politik dibawa Muafakat Nasional dan kemampuan pentadbiran Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin. – HARAKAHDAILY 29/8/2020

6 comments:

Anonymous said...

Bossku berkempen di Slim Atok pun berkempen juga di Slim majority makin tinggi... kikiki malas nak komen panjang laah kempen Bossku vs Atok kat Slim... kikikiki... kang tolis lelebih rasa takbur dan riak plak.. kikikiki..

Anonymous said...

Dah bape kali prk, pas jd tukang sorak je la. 1 kerusi pun takut mintak umno

Anonymous said...

RBA 8:28 dan tuan kafir harbinya sentiasa berusaha melaga-lagakan parti Islam dengan parti Melayu supaya umat Islam berpecah belah dan menjadi sangat lemah dan puak kafir harbi boleh berkuasa semula untuk menindas Islam dan umat Islam .

Maka RBA dan biaDAP adalah khadam Iblis.

Anonymous said...

Dikatakan mereka telah berjaya mengangkat kaum kafir sebagai pemimpin2/khalifah mereka kemudian mahu pula MATI diatas tikar sejadah?

Ini fahaman sesat atau fahaman komunis ke apa?

Anonymous said...

Dulu2 sokongan kepada atok sangat tinggi. Sekarang sebab atok pun punya anakcucu tahap kronik, rakyat pun takut berpmkan atok. Anak yg pompuan sokong lesbian dan homo dan sis. Anak yg sorang tu, ada pula kilang todi. Anak saudara kepada anak yg ada kilang todi, mabuk minum todi pulak. Atok pulak ulamak yg hubbul ringgit. Jadi rosak satu malaysia bawah pengurusan atok.

Anonymous said...

Rakyat menolak peju-wang !!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails