Friday, September 04, 2020

Kisah Pusat Transit Seludup Daun Ketum Kuala Perlis..

 Jeti nelayan Kuala Perlis dipercayai jadi pusat pengedaran daun ketum. - FotoBERNAMA Jeti nelayan Kuala Perlis dipercayai jadi pusat pengedaran daun ketum. - FotoBERNAMA

Kegiatan 'setan kembar' di Pulau Ketam

KUALA PERLIS: Penduduk Pulau Ketam, kampung nelayan, dekat sini, bimbang apabila kampung mereka dijadikan pusat transit penyeludupan daun ketum, sebelum dibawa ke negara jiran.

Seorang nelayan yang hanya ingin dikenali sebagai Pak Non, 58, berkata beliau bukan hanya bimbang soal keselamatan diri dan keluarga, tetapi turut risau dengan masa depan remaja di pulau berkenaan yang bekerja dengan sindiket penyeludupan daun ketum.

"Ada dalam kalangan remaja sanggup berhenti sekolah kerana mendapat gaji yang lumayan daripada tauke ketum.

"Biasanya mereka akan mula mengangkut guni berisi daun ketum menggunakan motosikal pada awal pagi dan tengah malam, dari jeti haram ke rumah kosong yang menjadi tempat transit, sebelum diseludup ke negara jiran sama ada menerusi jalan darat atau laut," katanya baru-baru ini.

Pak Non berkata, penduduk kampung menyuarakan rasa tidak senang kerana ada penduduk pulau itu yang menjadi tauke ketum, memerah tenaga anak muda untuk memperolehi kekayaan dengan jalan mudah.

"Tauke ketum yang paling besar di pulau ini, orang kampung gelar dia dengan panggilan 'setan kembar'. Walaupun kami tahu perbuatannya salah dari segi undang-undang, kami tidak boleh berbuat apa-apa dan hanya mampu melihat dari jauh.

"Saya harap pihak polis dapat mengambil tindakan segera bagi menyelamatkan masa depan remaja di pulau ini," katanya.

Turut meluahkan kerisauan, seorang suri rumah yang hanya mahu dikenali sebagai Nurul, 40, berkata ekoran wujudnya kegiatan jenayah itu, beliau berasa takut dan tidak selamat setiap kali suaminya yang juga nelayan, turun ke laut untuk menangkap ikan.

Katanya, beliau pernah berjaga sepanjang malam dan meletakkan parang di sebelah tempat tidur kerana risau perkara buruk menimpa keluarganya.

"Kadang-kadang saya tidak dapat tidur malam selepas mendengar bunyi motosikal penyeludup mengangkut daun ketum dari jeti haram berhampiran.

"Tambahan pula, ketika suami tiada di rumah dan saya risau keselamatan anak-anak saya yang masih kecil," katanya.

Surina bertemu penduduk Kampung Pulau Ketam. - Foto NSTP/DZIYAUL AFNAN ABDUL RAHMAN Surina bertemu penduduk Kampung Pulau Ketam. - Foto NSTP/DZIYAUL AFNAN ABDUL RAHMAN

Sementara itu, Ketua Polis Perlis Datuk Surina Saad, berkata pihaknya akan mengambil tindakan bagi membanteras penyeludupan ketum dari semasa ke semasa dan tidak akan membiarkan penyeludup terus bebas melakukan kegiatan berkenaan.

"Ada penduduk memberitahu saya bahawa beberapa jeti haram di Pulau Ketam dijadikan tempat pendaratan penyeludupan daun ketum, sebelum ia dibawa ke luar atau masuk ke pulau ini," katanya.

Beliau berkata, polis turut mengenal pasti beberapa individu yang dipercayai terbabit dengan aktiviti itu termasuk 'setan kembar', dan akan mengambll tindakan dalam masa terdekat.

Media sebelum ini melaporkan jumlah rampasan daun ketum di Perlis tahun ini mencatatkan peningkatan 60 peratus, iaitu sebanyak 98,250.10 kilogram daun ketum, dianggarkan bernilai RM3.93 juta dirampas bagi tempoh 1 Januari sehingga 31 Julai. – BERNAMA

Hibur Hibur Sikit
Baik didengar oleh perasuah-perasuah!!

1 comment:

Anonymous said...

Seramai 545 ahli Amanah Kota Raja hari ini umum keluar parti berkuat kuasa serta merta dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), menyatakan tertarik dengan kepimpinan Presiden Bersatu yang juga Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Borang keahlian itu diserahkan wakil kumpulan berkenaan yang juga bekas Naib Pengerusi 3 Amanah Kota Raja, Jaafar Samsuddin kepada Pengerusi Badan Pimpinan Bersatu Selangor Datuk Abdul Rashid Asari.

Elok tinggalkan sabu yg bersekongkol dengan dap eng guan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails