Sunday, August 30, 2020

Bermula Terlanggar Meja, 2 Kumpulan Bertempur! Mabuk Punya Hal...

 RAKAMAN video insiden pergaduhan yang tular. FOTO Ihsan Pembaca

6 ditahan dipercayai mabuk, bergaduh ketika sambut hari jadi

ENAM lelaki tempatan yang ditahan susulan insiden pergaduhan ketika majlis sambutan hari jadi di sebuah kedai makan di Forest City, Gelang Patah pada 23 Ogos lalu, akan dituduh di Mahkamah Johor Bahru pada Selasa ini.

Difahamkan, tiada tangkapan baharu dibuat dan kesemua mereka akan dituduh mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Rakaman video berdurasi 2.07 minit yang memaparkan pergaduhan antara dua kumpulan itu turut tular di laman sosial.

Pergaduhan dipercayai berpunca akibat insiden satu daripada kumpulan individu itu terlanggar meja makan kumpulan individu lain ketika menyambut ulang tahun kelahiran rakan di lokasi kejadian, kira-kira 8 malam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, Balai Polis Tanjung Kupang menerima laporan berhubung kejadian itu daripada lelaki yang mengusahakan kedai makan itu pada 24 Ogos lalu.

Beliau berkata, lelaki itu melaporkan, pergaduhan berlaku membabitkan kira-kira 10 lelaki tempatan.

Katanya, akibat pergaduhan itu, meja dan kerusi di kedai makan miliknya itu berselerak dan mendakwa kerugian kira-kira RM300 akibat kerosakan.

"Siasatan awal polis mendapati punca pergaduhan membabitkan 10 lelaki yang membuat majlis sambutan hari jadi sebelum bertengkar sesama sendiri dan pada masa sama terlanggar meja makan kumpulan individu yang lain.

"Ia menyebabkan pergaduhan, namun tiada sesiapa yang mengalami kecederaan serius, selain mereka dipercayai dalam keadaan mabuk," katanya kepada media, hari ini.

Dzulkhairi berkata, susulan itu, pada 2.30 petang, 24 Ogos lalu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri menahan enam lelaki tempatan sekitar kawasan Bandar Baru Kangkar Pulai dan Taman Nusa Bestari.

Katanya, kesemua suspek berusia lingkungan 19 hingga 31 tahun, selain semakan rekod jenayah ke atas semua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan ujian saringan air kencing mendapati negatif dadah. (MyMetro)


Hibur Hibur Sikit

4 comments:

Anonymous said...

Dulu camni jugak bergaduh
PAS kata UMNO kafir
UMNO kata PAS syiah
sekarang mereka berpeluk sakan.

Lupa 1MDB
Lupa RUU355
Lupa Memali
cuma ingat;
HUTANG DEDAK DIBAWA MATI !

Anonymous said...

Tapi pkr pan dan dap tak pernah bergaduh kerana yg satu liberal, yg satu lagi kafir. Tiga2 sama fahaman. Boleh mabok bersama, tiada hal.

Anonymous said...

Banyak juga berita2 tak baik, maksiat2 yang terjadi dibandar FOREST CITY, bandar kebanggan orang2 Johor ni ya?

Eloklah behati2 elak FOREST CITY menjadi sarang MAKSIAT terbesar negara!!!

Anonymous said...

Ramai yang tidak mahu melihat UMNO PAS bersatu bergabong, itu kata manusia!

Tapi kalau Allah SWT mahu, tiada siapa yang dapat menghalang! Itu kerja Allah!

Jom sama2 raikan penyatuan ini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails