Thursday, September 03, 2020

Sindiket Pelacuran Langgan Dulu Bayar Kemudian Tumpas – Polis

 Khidmat Seks Rm300 Satu Malam - Semasa - CARI Infonet Gambar hiasan

JOHOR BAHRU ― Langgan dahulu, bayar kemudian – itu adalah antara kaedah yang digunakan oleh sindiket pelacuran di sini untuk menarik minat pelanggan mereka, khususnya dalam kalangan warga asing sejak tahun 2018.

Bagaimanapun dengan risikan polis, kegiatan itu berjaya dibongkar melalui serbuan Ops Noda di lima hotel murah, di sini, petang semalam dan Khamis lepas, yang membawa kepada penahanan 44 individu, yang terdiri daripada pelacur, pelanggan dan penganjur.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata sindiket itu malah dikesan menyediakan “buku 555” yang membolehkan pelanggan berhutang untuk mendapatkan khidmat pelacur.

Beliau berkata dalam serbuan berkenaan, selain penahanan 21 wanita warga Vietnam, sembilan wanita Indonesia dan seorang wanita Thailand berumur antara 19 dan 36 dipercayai pelacur; turut ditahan ialah 12 lelaki dan seorang wanita tempatan berusia antara 31 dan 63 tahun yang disyaki ‘penganjur’ kegiatan itu.

Katanya polis turut merampas 15 unit telefon bimbit, 125 keping kondom, tujuh keping kad akses pintu hotel, dua tiub minyak pelincir, satu botol minyak urut, lapan helai tuala mandi, lapan tisu gulung dan wang tunai RM1,670.

“Kegiatan pelacuran beroperasi selama 24 jam sehari, tujuh hari seminggu dan dikatakan mengenakan bayaran antara RM190 hingga RM650 bergantung kepada pakej yang ditawarkan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, hari ini.

Ayob berkata selain penyediaan buku 555, pelbagai kaedah digunakan sindiket itu bagi menarik kehadiran pelanggan, termasuk mempromosikan gambar-gambar pelacur melalui aplikasi Wechat, Michat dan WhatsApp, di samping mempamerkan gambar-gambar pelacur melalui telefon kepada pelanggan yang lalu lalang di hadapan premis.

Selain itu, menurutnya sindiket juga menyediakan perkhidmatan penghantaran pelacur ke tempat dikehendaki pelanggan termasuk ke rumah-rumah dengan kadar penghantaran antara RM20 hingga RM50, bergantung kepada jarak lokasi penghantar, dan kebanyakan pelanggan merupakan warga asing.

Beliau berkata sebahagian daripada pelacur yang ditahan memiliki pas lawatan sosial yang sah manakala selebihnya, sama ada pas lawatan telah tamat tempoh atau memasuki negara ini secara haram.

Kesemua tangkapan kini direman selama seminggu untuk siasatan di bawah Seksyen 372 dan 373 Kanun Keseksaan, Seksyen 39(B) Peraturan-Peraturan Imigresen 1959/63 serta Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Ayob Khan berkata sejak awal tahun sehingga bulan lepas, pihaknya telah menahan 1,788 individu melibatkan 768 warga tempatan dan 1,019 warga asing menerusi 337 Ops Noda dilaksanakan. ― Bernama

3 comments:

Anonymous said...

Adakah cara berpakaian PELACUR Malaysia standard seperti didalam gambar?

Anonymous said...

Seperti biasa setiap kali serbuan dibuat, BAPAK2 AYAM pasti akan terlepas!

Sudah tiba masanya MP2 Muslim dapat berbincang sesama sendiri untuk mengubal undang2 yang lebih realistik untuk menghukum BAPAK2 AYAM!!! Jumlah mereka ramai!

Anonymous said...

Syabas kepada Ketua Polis Johor, jasa anda tidak ternilai! Banyak kejayan2 dilihat telah dicapai dibawah pengurusan anda! Tahniah!

Sudah masanya kerajaan menetapkan wawasan tahun 2025 Malaysia negara Islam bebas pelacuran! Setidak2nya kerajaan mempunyai target @sasaran 5 tahun lagi untuk tujuan pembasmian ini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails