Saturday, September 05, 2020

Pencemaran Sungai Gong: 4 ditahan. Al-hamdulillah!

 EMPAT beradik pemilik kilang yang disyaki terbabit dalam kejadian pencemaran bau di kawasan perindustrian Sungai Gong, Rawang ditahan reman. - Foto BERNAMA EMPAT beradik pemilik kilang yang disyaki terbabit dalam kejadian pencemaran bau di kawasan perindustrian Sungai Gong, Rawang ditahan reman. - Foto BERNAMA

Pencemaran Sungai Gong: 4 beradik pemilik kilang ditahan

KUALA LUMPUR: Polis menahan empat lelaki pemilik kilang yang disyaki terbabit dalam kejadian pencemaran bau di kawasan perindustrian Sungai Gong, Rawang.

Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin, berkata semua suspek berusia lingkungan 50 hingga 60 tahun ditahan dalam operasi bermula kira-kira 11 malam sehingga 12.30 tengah malam tadi.

"Tangkapan dibuat di kediaman mereka dan ada yang ditahan selepas tampil di Balai Polis Daerah Gombak.

"Kita akan buat permohonan reman pagi ini di Mahkamah Selayang untuk siasatan lanjut," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kilang berkenaan diusahakan oleh empat suspek yang juga adik-beradik selepas bapa mereka meninggal dunia.

Kes disiasat mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan.

Semalam, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dilaporkan berkata sebuah kilang yang disyaki menjadi punca pencemaran bau sehingga menyebabkan empat Loji Rawatan Air (LRA) di Sungai Selangor dihenti tugas sejak Khamis lalu, sudah disita dan dikompaun serta-merta selain akan dikenakan tindakan lebih tegas.

Jelasnya, kilang berkenaan disyaki melepaskan bahan pelarut ke dalam Sungai Gong yang mengalir ke Sungai Sembah iaitu antara sungai utama bagi Sungai Selangor.

Sebanyak 1,292 kawasan di tujuh wilayah di sekitar Lembah Klang membabitkan hampir 1.2 juta akaun pengguna mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula Khamis selepas empat LRA dihenti tugas susulan insiden pencemaran bau berkenaan. – BERNAMA

Komen weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdlillah, bila dapat pemimpin atau menteri terbabit yang bertanggung jawab, operasi pun berjalan lancar.

Hibur Hibur Sikit
Baik didengar oleh perasuah-perasuah!!

1 comment:

Anonymous said...

KASI KUAT HANTAM INI KALI
DOLU PENGUASA MACAM HAMPEH
SIKALANG PENGUASA X MCM DOLU LAGI
PRU DI SELANGOR KASI UBAH YEAHH


KIKIKIKI..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails