Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, berdasarkan siasatan polis, sejumlah RM150,000 telah diserahkan kepada ketua kumpulan itu untuk melakukan kerja menceroboh, mengambil alih dan mengawal kuil.
"Sebanyak kira-kira 50 orang telah diupah untuk melakukan kerja ini yang setiap setiap seorang daripada mereka menerima bayaran antara RM150 hingga RM300," katanya dalam sidang akhbar khas di sini hari ini.
Muhyiddin berkata, dua peguam syarikat itu adalah antara 21 individu yang telah ditahan oleh pihak polis bagi membantu siasatan kes berkenaan. - UTUSAN ONLINE