Sunday, November 25, 2018

Remaja Dirogol Polis Trafik.. Pagar Makan Padi..

Hasil carian imej untuk pagar makan padi, harap pagar

SEORANG anggota polis trafik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi, Langkawi, ditahan kelmarin, bagi membantu siasatan kes rogol seorang gadis bawah umur.
Anggota polis berusia 38 tahun dan sudah berkahwin itu ditahan selepas mangsa berusia 16 tahun membuat laporan berhubung kejadian yang berlaku pada 17 November lalu.
Dalam kira-kira jam 5 pagi itu, suspek dikatakan menahan mangsa dan rakannya berusia 14 tahun yang menunggang motosikal tanpa lesen sebelum membawa mereka ke sebuah apartmen di Kuala Teriang.

Sumber berkata, suspek pada mulanya mengarahkan mangsa menaiki kereta kononnya bagi membuat laporan kerana mereka disyaki mencuri motosikal.
“Suspek kemudian membawa kedua-dua gadis ke sebuah apartmen sebelum bertindak merogol salah seorang daripadanya, selain turut mencabul rakannya dengan meraba buah dada dan meminta mangsa membuka seluarnya.
“Selepas kejadian itu, suspek dikatakan keluar dari apartmen itu untuk bertugas mengawal lalu lintas pada jam 10.30 pagi dan kembali semula ke apartmen itu pada jam 4 petang,” katanya.
Mangsa dan rakannya kemudian dikatakan bertindak keluar dari apartmen terbabit pada jam 4.30 petang ketika suspek sedang tidur.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan laporan itu.
Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan terhadap anggota terbabit.
“Anggota polis terbabit sudah ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376/354 Kanun Keseksaan kerana kesalahan rogol,” katanya.  (myMetro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Harap pagar, pagar makan padi.. Tapi ada lagi pagar lebih rakus makan padi lagi banyak..

2 comments:

Anonymous said...

pelogol wajib dihukum mati

Unknown said...

Bukan pagar tapi pegar, pegar adalah sejenis burung seperti burung merak...dahulu kala orang melayu memelihara pegar seperti memelihara kucing, ayam kampung takut dengan pegar, maka pegar ditugaskan menjaga jemuran padi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails