Saturday, December 01, 2018

34 Kahwin Bawah Umur Lulus Di S'gor. Syar'ie Lebih Hebat Dari Aqli..


Hasil carian imej untuk kahwin Bawah umur
SEBANYAK 34 permohonan bagi perkahwinan bawah umur 18 tahun bagi orang Islam di Selangor diluluskan antara Januari hingga Oktober tahun ini.
Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri menerima sebanyak 48 permohonan keseluruhannya dan 14 daripadanya terpaksa ditolak dengan sebab tertentu.
Menurutnya, permohonan berkenaan diterima mengikut enakmen terdahulu sebelum enakmen baharu diluluskan pada September lalu.

“Ia membabitkan permohonan lelaki bawah 18 tahun dan perempuan bawah usia 16 tahun.
“Selepas enakmen baharu diluluskan, tiada permohonan diterima sehingga kini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Elizabeth Wong (PH-Bukit Lanjan) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, di Shah Alam, hari ini.
Pada sidang DUN Selangor September lalu meluluskan pindaan bagi menaikkan had usia minimum perkahwinan orang Islam daripada 16 kepada 18 tahun.
Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor menyokong rang undang-undang Enakmen Keluarga Islam (Selangor) (Pindaan) 2018 dan Rang Undang-Undang Enakmen Tatacara Mahkamah Syariah (Selangor) (Pindaan) 2018.
Pindaan itu juga menjadikan negeri ini menjadi antara negeri terawal yang menetapkan had usia minimum perkahwinan bagi umat Islam di negara ini.
Sebelum itu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah juga berkenan dengan cadangan yang dibangkitkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk menyelaraskan had usia minimum perkahwinan orang Islam lelaki dan perempuan di negeri itu, daripada 16 kepada 18 tahun. (myMetro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Perkahwinan bawah umur.. Perkara yang diharuskan agama mengapa cuba-cuba nak haramkan? Syar'ie lebih hebat dari aqli!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails