Monday, November 26, 2018

Penafian Berita Mengenai Kenyataan Presiden PAS..


MERUJUK kepada dua keratan akhbar yang disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, berkenaan kenyataan YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkaitan isu hak istimewa Melayu dan hukum berdemonstrasi.
Pihak kami telah meneliti kedua-dua kenyataan tersebut dan menafikan kesahihan dan keabsahan maklumat yang disebarkan itu.
Pihak kami tidak pernah mengeluarkan kenyataan media berserta tandatangan Presiden PAS (rujuk kenyataan media palsu bertarikh 6 Mac 2015), dan difahamkan keratan akhbar bertarikh 15 September 1985 telah disalah lapor dan dikitar semula oleh pihak tertentu ketika isu ICERD dibahaskan.
Sekian untuk makluman dan penjelasan.
ABDUL MALIK AB RAZAK
Setiausaha Akhbar Presiden PAS
Bertarikh: 17 Rabiul Awwal 1440 / 25 November 2018 – HARAKAHDAILY 25/11/201825/11/2018
p1

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails