Sunday, November 25, 2018

Himpunann 8 Dis, Menteri Wilayah Tawar Stadium B/Jalil, Muat 1 Juta...


SHAH ALAM - Menteri Wilayah, Khalid Samad menegaskan perhimpunan menolak Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (ICERD) yang dijadualkan 8 Disember nanti tetap tidak boleh diadakan di Dataran Merdeka jika melibatkan penyertaan sejuta orang. 

Katanya, lokasi yang bersesuaian untuk menampung jumlah peserta perhimpunan yang ramai adalah di stadium. 

“Dataran Merdeka tidak boleh menampung seramai sejuta orang. Itu logik. 
“Kalau tetap nak buat, boleh di Stadium Bukit Jalil atau mana-mana stadium yang boleh muat sejuta orang,” katanya kepada Sinar Harian. 

'Dataran Merdeka mana muat sejuta orang'

Khalid juga berkata bahawa sehingga hari ini, penganjur tidak mengemukakan sebarang permohonan untuk perhimpunan mega tersebut. 

“Kalau betul nak buat, mohon la permit. Baru la orang nampak serius. Pihak penganjur perlu bertanggungjawab buat permohonan. 
“Macam kami dulu seperti penganjuran perhimpunan Bersih, kami buat permohonan,” katanya. 

Pas dan Umno tetap bertegas untuk mengadakan perhimpunan menolak ICERD di Dataran Merdeka walaupun kerajaan memutuskan tidak akan meratifikasi konvensyen berkenaan. 

Semalam Jabatan Perdana Menteri mengumumkan kerajaan tidak akan meratifikasi ICERD. 

Sebaliknya kerajaan akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan di mana di dalamnya termaktub kontrak sosial yang dipersetujui oleh wakil semua kaum sewaktu pembentukan negara ini. 

Bagaimanapun, Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meragui keikhlasan kerajaan PH menolak ICERD. 

Katanya, pembangkang percaya ia ada kaitan dengan Perhimpunan Kebangkitan Ummah dalam menentang ICERD di seluruh negara sejak kebelakangan ini. (SH)

1 comment:

Anonymous said...

keihklasan? bukankah seseorg bersalah bila terbukti bersalah. zahid blh bc niat ke. atau niat zahid politik semata2. bagus lg hishamudin nk tolong carikn jho low.

dh kerajaan kt kt tk buat icerd. tk caya juga pi la balik indon.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails