Krisis tersebut turut mengancam kegagalan hubungan diplomatik apabila Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengugut untuk membatalkan sidang kemuncak dengan Presi­den Rusia, Vladimir Putin.
Trump dijangka mengadakan pertemuan dengan Putin dalam Sidang Kemuncak G20 di Buenos Aires pada hujung minggu ini.
Namun, beliau memberitahu kepada Washington Post bahawa proses pertemuan itu bergantung kepada keputusan laporan mengenai konflik antara Rusia dengan Ukraine yang disediakan oleh penasihat keselamatan AS.
“Saya tidak mahu mana-mana pihak beranggapan konflik ini adalah satu permainan yang menyeronokkan. Ukraine berada di bawah ancaman perang skala besar dengan Rusia,” katanya.
Selain itu, Poroshenko juga memaklumkan bahawa jumlah penempatan tentera Rusia di se­­panjang kawasan sempadan Ukraine dan Rusia semakin me­ningkat, termasuk unit jentera perang seperti kereta kebal.
Beliau mengeluarkan kenya­taan itu selepas pasukan tente­ra Rusia merampas tiga kapal Ukraine di luar perairan Crimea pada Ahad lalu selain menahan 24 pelayar warga Ukraine.
Tindakan tersebut mening­katkan ketegangan antara Moscow dan Kiev dengan Rusia se­cara berterusan menuduh kum­pulan pelayar tersebut memasuki kawasan perairan Rusia secara haram dan tidak mengendahkan amaran daripada pengawal pantai negara itu.
Kiev sehingga hari ini mendesak supaya kesemua pelayar ter­se­but dibebaskan dan menggesa supaya sekutu Baratnya menge­nakan lebih banyak sekatan terhadap Moscow.
Dalam pada itu, undang-undang tentera berkuatkuasa di 10 daripada 27 wilayah di Ukraine hari ini, bertujuan menghalang pencerobohan tentera Rusia.
Undang-undang berkenaan dikuat­kuasakan di semua wila­yah yang terletak berhampiran pangkalan tentera Rusia dan me­rupakan kali pertama berlaku dalam tempoh empat tahun konflik antara kedua-dua negara berlangsung.
Langkah tersebut diluluskan oleh Parlimen Ukraine kelmarin, namun Kremlin menyelar pelaksanaan tersebut kerana mene­gaskan undang-undang tentera hanya akan memburukkan lagi konflik yang berlaku.
Sementara itu, agensi berita Interfax melaporkan bahawa Ru­sia merancang untuk melancarkan sistem peluru berpandu S-400 ke semenanjung Crimea dalam tempoh terdekat. – AGENSI