Monday, November 26, 2018

Tahun Depan Atlet Berpakaian Patuh Syariah. Mulai B/Sepak. PH Bila?


 PENGERUSI Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah. 0- Foto BERNAMA
KUALA TERENGGANU: Mulai tahun depan, kerajaan PAS Terengganu akan melaksanakan konsep pemakaian patuh syariah bagi atlet di negeri ini, selaras dasar kerajaan negeri yang meletakkan Islam sebagai tunggak pentadbiran.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah, berkata pemain bola sepak beragama Islam yang bernaung di bawah Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) akan menjadi perintis pelaksanaan konsep pemakaian patuh syariah itu tahun depan.
Bagi mencapai hasrat pelaksanaan konsep itu beliau berkata, kerajaan negeri melantik Mufti negeri, Datuk Dr Zulkifly Muda sebagai Ahli Lembaga Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), yang berperanan memberi nasihat dan panduan dalam semua aspek pelaksanaan termasuk pakaian atlet dan jenis sukan kepada kerajaan negeri.
“Seperti yang ditekankan sebelum ini, kerajaan PAS adalah kerajaan yang meletakkan Islam sebagai asas pentadbiran, sekali gus menjadikan semua perkara atau pelaksanaan aktiviti perlu kepada pematuhan syariah termasuk dalam isu sukan,” katanya.
Beliau berkata demikian menjawab soalan lisan dikemukakan Hishamuddin Abdul Karim (PAS-Tepoh) pada sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu, di sini, hari ini.
Ketika ditemui di luar dewan, Wan Sukairi berkata, peraturan yang menetapkan atlet di negeri ini memakai pakaian menutup aurat tidak akan dilaksanakan secara drastik, sebaliknya akan diberi tempoh mencukupi supaya bersedia melakukannya sebelum ia dilaksanakan sebagai satu undang-undang.
“Kita ingin beri kesedaran terlebih dahulu untuk atlet kita ikut peraturan berpakaian berlandaskan syariah dan kita tidak mahu ada unsur paksaan.
“Apabila tahap kesedaran itu sudah cukup, pada masa itu kita akan laksanakan secara keseluruhan dan kita harap mereka sendiri melakukan perubahan sebelum ia dilaksanakan sebagai satu undang-undang,” katanya.
Mengulas mengenai kemungkinan pemakaian patuh syariah akan menjejaskan prestasi atlet, Wan Sukairi berkata, ia tidak sepatutnya dijadikan alasan, malah contoh juga sudah ada apabila pelari muda Terengganu, Azreen Nabila Alias melakar kejayaan berganda apabila dinobatkan sebagai Ratu Pecut Sukan Malaysia (SUKMA) 2018.
“Kita mahu wujudkan kesedaran bahawa realitinya yang paling penting dalam sukan ini ialah bakat dan keupayaan mereka, bukan pakaian yang mereka pakai.
“Contohnya pelari muda kita, Azreen Nabila sudah buktikan dengan berpakaian menutup auratpun beliau mampu mengalahkan pelari lain yang berseluar pendek dan ini tunjukkan pakaian bukan halangan,” katanya.
Wan Sukairi berkata, peraturan itu juga hanya tertakluk kepada atlet Terengganu sahaja dan atlet dari luar Terengganu boleh berpakaian mengikut kehendak mereka.
Mengenai atlet bukan Islam beliau berkata, kerajaan negeri tidak menetapkan garis panduan tertentu tetapi akan memberi galakan, namun terpulang sama ada mereka mahu mengikut jejak atlet beragama Islam atau tidak.(BH)
Komen Weblog Ibnu Hasyim
Wahai manusia dan pemimpin umat majoriti Islam Malaysia, takutlah kamu kepada Allah SWT, 
jangan takut kepada manusia terutama kepada pemimpin DAP dan bukan Islam di negara ini! 
Apa lagi dalam hal melaksanakan hukum agama kamu 
di negara tempat tumpah darah kamu sendiri!!
Gambar bawah: Aurat ahli sukan..
Hasil carian imej untuk aurat ahli sukan malaysia
Imej yang berkaitan

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails