Saturday, September 01, 2018

Petron, Milik Mirzan Jadi Pembekal Minyak Kenderaan Kerajaan?


Jika Petron boleh, kenapa Caltex, BHP diketepikan? 

BANGI, 19 Zulhijjah 1439H, Jumaat – Timbul konflik moral apabila melantik Petron sebagai salah satu pembekal minyak untuk kenderaan Kerajaan Pusat, kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Katanya, semua maklum Petron Corporation adalah syarikat Mirzan Mahathir, anak kepada Perdana Menteri yang menjadi salah seorang ahli lembaga pengarah.
“Ini yang berlegar dalam minda kebanyakan rakyat Malaysia.
“Jika alasannya adalah untuk kemudahan, mengapa Caltex dan BHP diketepikan, sedangkan mereka mempunyai bilangan stesen yang hampir sama dengan Petron?,” soalnya.
Menerusi gambar yang tular semalam, surat bertarikh 3 Ogos 2018 menyatakan bahawa Kementerian Kewangan bersetuju melantik Petron Fuel International Sdn Bhd sebagai pembekal bahan api bagi kenderaan kerajaan, menggunakan kad inden iaitu kad elektronik yang digunakan untuk membuat transaksi bekalan bahan api kenderaan.
Bagaimanapun, Kementerian Kewangan (MOF) menjelaskan bahawa Petron Fuel International Sdn Bhd (Petron) bukan satu-satunya syarikat minyak yang dilantik menjadi pembekal bahan api kepada kerajaan.
Sebaliknya, MOF berkata, Petronas dan Shell juga menjadi pembekal kepada kenderaan Kerajaan Pusat.
Mengulas lanjut, Najib mempersoal syarikat milik negara dan rakyat Malaysia, Petronas yang seolah-olah diganggu gugat.
“Mengapa Petronas dibenarkan diganggu sumber pendapatannya melalui perbelanjaan kerajaan, tidak lain tidak bukan oleh kerajaan Malaysia sendiri.
“Petronas mempunyai stesen di hampir semua kawasan di Malaysia dan sudah tentu bersama dengan Shell, merupakan kombinasi yang memadai untuk kenderaan kerajaan Malaysia,” katanya. (.ismaweb.net)

11 comments:

Anonymous said...

tkkisah klu mirzan dpt pun. asal bukan beli gelang berguni..beli lukisan2 bodoh..beli harta utk diri sendiri...beli kapal kplterbang utk sendiri dn buat filem lucah.

klu mirzan memang ada kebolehan silakn. walaun kita serah projek lgbt dn penternakan. itu kepakaran mereka. penternakan babi mngikut islsm (syiah).

Enti PAS BODO said...

Ibnu hasyim sebar cetita fitnah..

Mirzan Mahathir tidak miliki saham Petron Malaysia

Bernama
5 Jun 2013, 8:09 malam (Dikemaskini 5 Jun 2013, 9:21 malam)

A A
Petron Malaysia Refining & Marketing Bhd (Petron Malaysia) hari ini memaklumkan kepada Bursa Malaysia yang Mirzan Mahathir tidak memiliki sebarang saham ataupun beliau mempunyai peranan dalam syarikat.

Petron Malaysia membuat kenyataan itu sebagai maklum balas kepada pertanyaan daripada seorang pemegang saham di mesyuarat agung tahunan berhubung pegangan saham Mirzan dalam Petron Malaysia dan syarikat induk, Petron Corporation, dan syarikat pegangan, San Miguel Corporation.

Anonymous said...

Lagi pon bukan petrosaudi yg dapat....najib bagi petrosaudi billion..

Anonymous said...

ibnu tknk search kebenaran pun... suka search lucah je.

bab perniagaan yg byk klsusa dn figura walaun tk bc dn tk faham pun.

konsep walaun fitnah je demi perjuangan pas. lps fitnah bygkn syurga menanti. yg penting bukan kebenaran..yg penting nk mrnang pru sebb dunia dunia semata2.

topeng agama mesti dipakai sentiasa. jgn lekang serban tu walaupun masa tidor.

Sani said...

Aku dh kata,ibnu ni bkn kisah pun psl kebenaran,cerita bodoh pun ok asalkan rating pelawat blog dia tggi,dia dh puas hati...

Anonymous said...

Org bodoh je percaya kat pm mahathir. Firaun yg kembali ajar rakyat jd jahat, penipu dan jenayah.

Anonymous said...

wal asil balik asal

pak asil cari fasal

itu fasal tak hasil.

saya tak sokong najib
saya tak sokong muhkriz atau mahathir.
cuma kenapa tak bagi pada caltex.

Anonymous said...

Stesyen caltex tak banyak seluroh malaysia...persoalannye kenape tak bagi semua stesen minyak...

Anonymous said...

Orang bodooh saja percaya kpd pas dan umno prompak...

Anonymous said...

Najib oh Najib bilalah engko nak masuk kubur asyik menyusahkan dan memperbodohkan orang saja. Kalau tak nak masuk kbubur simpanlah kebodohan itu untuk penyokong UMNO an PAS.

Anonymous said...

Kepada Ibnu Hasyim kenapa tak tanya sama Rosmah iaitu bila dia nak jual minyak senyonyong kerana dia punya peminat yang ramai termasuk Ibnu Hasyim sendiri. kah...kah..kah........

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails