Sunday, August 26, 2018

PM Hina Penerima Gelaran Tan Sri Sebagai Penyangak

PM Hina Penerima Gelaran Tan Sri Sebagai Penyangak

ALAHAI… Malu apabila tiada nama kroni Pakatan Harapan (PH) terima darjah kebesaran Yang di-Pertuan Agong, Tun Dr. Mahathir Mohamad terpaksa ‘pusing cerita’ kenapa mereka tidak layak.

Ini termasuk menyifatkan penerima gelaran status kedua tertinggi iaitu Tan Sri yang banyak diberi kepada individu ketika era Barisan Nasional (BN) sebelum ini sebagai penyangak dan tidak sepatutnya diberi anugerah tersebut.
“Masa Datuk Seri Najib Tun Razak (bekas Perdana Menteri) dapatlah. Tetapi kita hendak bagi orang yang patut dapat, bukan kepada penyangak-penyangak semua, tidak bolehlah bagi Tan Sri,” katanya dengan nada angkuh.
Mahathir yang mungkin agak terkejut ditanya soalan cepumas berhubung berita Seri Paduka tidak beri sebarang pingat kebesaran sempena Hari Keputeraan baginda pada bulan depan namun dilihat cuba buat andaian sendiri.
Beliau yang teruk dikutuk banyak pihak kerana ulasan biadab enggan kembali kuasa Raja-Raja Melayu dihapuskan ketika era perdana menteri keempat, malahan bijak beri dalih kenapa Yang di-Pertuan Agong bertindak demikian.
Media tempatan melaporkan Mahathir beranggapan konon tiada penerima layak menjadi faktor langsung tidak ada anugerah kebesaran dikeluarkan bersempena ulang tahun keputeraan Sultan Muhammad V pada 9 September ini.

Baca: Agong Enggan Kurnia Pingat Hari Keputeraan?

“Saya tak tahu sebab apa (darjah kebesaran Yang di-Pertuan Agong tidak dikeluarkan). Tapi saya ingat waktu ini kita tak tau kat siapa nak bagi (pingat tersebut),” jawab beliau dalam nada sinis seolah-olah tiada yang layak diberikan.
Pengerusi PH tersebut bagaimanapun mengakui tidak tahu faktor sebenar yang menyebabkan tindakan seumpama itu berlaku julung kali dalam sejarah sama ada pihak Istana Negara murka terhadap kepimpinan kerajaan baharu.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Langkawi berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas muncul akhirnya melawat sekumpulan mangsa ribut di Sekolah Kebangsaan Teriang di pulau legenda berkenaan pada hari ini.
Hasil carian imej untuk PM Hina Penerima Gelaran Tan Sri
Mynewshub semalam melaporkan isu sambutan ulang tahun keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong bakal menyaksikan kelainan kerana tiada anugerah darjah kebesaran disampaikan seperti amalan biasa sebelum ini.
Perkara itu turut didedahkan tokoh sosiobudaya, Tan Sri Dr. Rais Yatim yang memaklumkan pada tahun ini hanya ada titah Yang di-Pertuan Agong dan ucapan Mahathir tetapi tidak menyatakan punca ketiadaan penerima itu.
Pada tahun lalu, Yang di-Pertuan Agong berkenaan menganuge­rahkan sebanyak 1,518 darjah kebesaran termasuk 48 penerima dengan gelaran Tan Sri bersempena ulang tahun keputeraan Seri Paduka. – Agensi/Mynewshub.TV

14 comments:

ted manoff said...

Betullah tuu..gelaran tuu digunakn utk rompak rakyat mcm najib dan menteri beliau buat dulu..penyagak pun dapat dtk phg..gelaran dasyat2 tun,datuk,datuk seri,tan sri tapi bodoss..kikiki..šŸ˜¬

Anonymous said...

bapak jho low adalah tan sri. yg sekongkol dgn jholow datuk sri datin sri.

tanpa majlis anugerah adalah satu penjimatan.

adakah berkaitan kerajaan baru..tk dipastikan lah. yb yb ph adalah pejuang bkn pemburu bintang apatah lagi bulan yg semakin kemurungan berkawan dgn sesapa saja asal dpt memujuk rindu dendam kalah sayembara.

Enti PAS BODO said...

Masa najib berkuasa kenape najib tidak kembalikan kuasa raja?..kenape Lobai Hadi tak pernah desak najib supaya kembalikan kuasa raja?...

Hipokrit..

Enti PAS BODO said...

SATURDAY, 25 NOVEMBER 2017
Bagikan :

Hadi Awang tak beri ancaman: Bukit Aman

BANGI, 6 Rabiulawal 1439H, Sabtu – Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Awang tidak memberi ancaman kepada negara.

Mengulas pengharaman Kesatuan Ulama Islam Sedunia (IUMS) oleh empat negara diketuai Arab Saudi, beliau berkata, pihak polis mengambil maklum mengenainya dan sentiasa mengikuti perkembangan itu.

“Setakat yang kita tahu, pembabitan Abdul Hadi dalam kesatuan itu tidak memberi sebarang ancaman,” katanya memetik laporan The Star, hari ini.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang adalah Naib Presiden IUMS, yang diketuai ulama terkenal Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradawi.

Kelmarin, Arab Saudi, Mesir, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain, menyenaraihitam IUMS dalam senarai yang dianggap pengganas di rantau Teluk, bersama Majlis Islam Antarabangsa ‘Massaa’ dan 11 lagi individu.

Jun lalu, empat negara itu menyenaraikan Qaradawi sebagai antara 59 individu dan 12 entiti ke dalam senarai pengganas.

Pada masa sama, The Star turut melaporkan PAS menolak laporan berita Arab yang mengaitkan Abdul Hadi dan kumpulan pengganas.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata, perbuatan itu adalah satu taktik semata-mata supaya Abdul Hadi ‘dilihat seakan-akan pengganas’ apabila IUMS diisytihar menyokong keganasan.

Katanya, sesetengah tuduhan itu adalah tidak berasas sama sekali, hanya kerana Abdul Hadi mempunyai hubungan dengan Qaradawi.

Anonymous said...

Arab saudi cop lobai Hadi pengganas?...ade ke ciri2 pengganas pada lobai Hadi?..

Anonymous said...

Ketua samsing dapat gelaran Datuk...

Ade desas desus gelaran boleh dibeli..

Enti PAS BODO said...

Apa Jasa Gangster Hingga dapat Dato' Seri, Dato'
admin 2/26/2017 01:01:00 AM 0


Apa Jasa Gangster Hingga dapat Dato' Seri, Dato'

Ketua Geng 24, Dato' Seri Ng Chian Sia
DUA hari lepas seorang ahli perniagaan, Datuk Seri Ng Chian Sia didakwa di Mahkamah Sesyen, Pulau Pinang atas tuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah te­rancang, Geng 24 Pulau Pinang.

Datuk Seri Ng yang mengetuai Geng 24 Pulau Pinang itu dituduh bersama 21 konco kumpulan berkenaan.

Dia kena tangkap di sebuah kasino.

Penolong Ketua Geng 24, Mendiang Dato' Ong Teik Kwong (mati dibunuh)

Kalau korang ingat kes bulan lepas seorang gangster yang mati kena tembak di Penang tu, Dato' Ong Teik Kwong. itulah pembantu dia.

Makna kata, dalam kumpulan gengster 24 ni, ketuanya pemegang darjah kebesaran Dato' Seri dan penolongnya bergelar Dato'. Untuk rekod, Datuk Teik Kwong yang mati itu baru berusia 32 tahun!

Aku dah tak tau nak cakap apa. Benda ni dah jadi bualan orang ramai sejak dulu lagi, namun samseng-samseng ni masih boleh terlepas 'masuk' dalam istana serta mendapat gelaran-gelaran kebesaran yang kita difahamkan dulu hanya diberi pada mereka yang banyak menabur jasa.

Apa jasa ketua-ketua ganster ini agaknya?

Aku simpati pada mereka yang benar-benar layak menerima anugerah-anugerah kebesaran seperti Datuk ini kerana lama-kelamaan masyarakat pasti akan mula skeptikal dan sinis dengan anugerah yang diterima mereka.

Begitu juga gelaran Dato Seri Jamal Jamban dengan gelagat bodohnya

Dan sebagai rakyat biasa, kita hanya mampu melihat sajalah dengan hati yang remuk dan kecewa dengan apa yang berlaku.

Anonymous said...

silap tuduhan arab tu pd hadi. hadi bukan pengganas. patut tuduhan penipu uturn baru betul.

so org pas hentikn suka melabel org lain. cukup2la buat himpunan yg buang masa. nnti dunia label kamu pengganas sebb kamu suka label org lain.

bagaimanapun kita xsetuju persatuan ulamak dunia dikaitkn dgn keganasan. sedangkn syiah yg lbh kejam dibiar hingga ada nuklear tp digambarkn kunun iran syiah musuh US.

wallahualam fitnah akhirzaman.

Anonymous said...

gelaran yg diberi kpd penjenayah harus ditarik balik. kenapa gelaran pd ds anwar yg ditarik. tkpela pejuang yg tulin tkperlukn semua itu.

Anonymous said...

sbb najib pun suka kuasa raja tu kt tgn dia. yg untung sorilah najib nk tolak.

nk harap lobai? 355 pun gagal dlm keadaan mesra najib yg berkuasa. klu sekarang tkkn nk salahkn ph yg dimusuhi lobai.

355 semata2 alat politik lobai. sapa tk setuju sila bangkang.

Anonymous said...

Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri patut buat kuota utk anugerah kebesaran. Mungkin 10 penerima setiap kali sudah cukup . Ini bagi memastikan tiada jual beli yang terlibat dan supaya hanya yang betul betul berbakti pada negara / negeri menerimanya .

Anonymous said...

Tan Sri penyangak dan perompak maka Dato Seri bapa kepada penyangak dan kepala perompak.

Anonymous said...

Apalah bodoh bin bengang Ibnu Hasyim ni,anugerah kebesaran dari Yang Dipertuan Agung adalah disenaraikan oleh parti pemerintah.Sejak PH baru memerintah rasanya adalah betul tiada sesiapa yang sepatutnya layak dianugerahkan gelaran kerana masa perkhidmatan dan jasa mereka untuk rakyat dan negara baru beberapa bulan bertugas.

Anonymous said...

Itulah certot dari ted manoff.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails