Sunday, August 26, 2018

Kerjasama Pas-UMNO, Konsep Gagasan Sejahtera - Ahmad Shamsuri

Hasil carian imej untuk kerjasama pas-umno Pas boleh bekerjasama dengan mana-mana pihak yang menyokong gagasan Islam dan demi kepentingan rakyat. - Gambar fail

ALOR SETAR: Jalinan kerjasama antara Pas dengan UMNO dilihat sebagai sebahagian daripada konsep Gagasan Sejahtera, kata Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar.

Beliau berkata konsep yang diamalkan Pas adalah dengan menjalinkan kerjasama dengan pihak yang menyokong gagasan Islam atau untuk perkara baik dan yang mempunyai kepentingan untuk rakyat.

"Prinsip asal Pas senang sahaja iaitu kita boleh tolong mana-mana pihak untuk kebaikan rakyat. Pendapat yang tegas juga akan dilontarkan sekiranya perkara itu buruk, kita tidak akan sokong atau bersetuju.

"Konsep ini juga boleh dilihat dalam persidangan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di mana kita bukan cakap pasal penyelewengan dan asyik salahkan orang sahaja tetapi kita bagi cadangan dan penyelesaian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvesyen Pas Kedah di sini, hari ini.


Ahmad Shamsuri, yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat berkata demikian ketika diminta mengulas adakah kerjasama yang dijalinkan Pas dengan UMNO adalah sebahagian daripada konsep Gagasan Sejahtera.

Sementara itu, beliau berkata konsep Gagasan Sejahtera itu dilihat telah mencapai sasaran apabila ahli Pas dapat menerimanya selain mengamalkan politik yang matang.

"Kita tidak letak tempoh pada konsep ini untuk tentukan sama ada ia berjaya atau tidak tapi sasaran itu sudah tercapai. Memang ada cabaran untuk kenalkan budaya baru tetapi kita sudah berpolitik sekian lama jadi kita ingin pastikan politik ini dapat selesaikan masalah bukan salahkan satu sama lain," katanya.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Shamsuri berkata beliau yakin pengundi Pas akan memberi sokongan kepada calon Pas Dr Halimah Ali yang akan bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Seri Setia pada 8 Sept ini.

"Apa yang disebut calon Pakatan Harapan bahawa dia akan mendapat sokongan penyokong 'senyap' Pas itu sebahagian daripada kempen kononnya hendak tunjuk dia dapat sokongan tetapi kita yakin pengundi Pas akan beri sokongan kepada Dr Halimah yang dilihat sebagai individu yang mampu menjalankan tugas dengan baik.

"Betul, sebelum ini Pas Selangor ada kemelut tetapi ia lebih kepada sakit demam pilihan raya umum (PRU) jadi saya yakin PRK kali ini lebih 'solid' dan kita yakin boleh menang untuk PRK Seri Setia," katanya.

Pada 22 Ogos lepas, calon Pakatan Harapan (PH) Halimey Abu Bakar berkata beliau yakin mendapat sokongan daripada sesetengah penyokong 'senyap' Pas di kawasan itu bagi pilihan raya kecil (PRK) Seri Setia ini.
-- BERNAMA

Buktikan kebencian anda kepada PH di bawah Tun M dengan mengundi PAS dalam PRK ini..



9 comments:

Anonymous said...

Buduh..klu dr awal kan senang..kedah,perak,ns melaka johor..dlm tgn..ramai mp pas jadi menteri..ni semua zuhdi babi tu pnya pasal ada idea otak senget lambat pickup..senang ckp pas ni .parti haramjadah la..haha..jgn komen eh

Anonymous said...

Otakmu yang senget. Babi Tunggang lebai kulup. anti Islam. Macam otak orang tua nak mampos lu.. Buang saja, rakyat dah meluat.

ha ha ha

Anonymous said...

Konsep apa sekali pun kamu orang akan tetap kekal sebagai pembangkang.. hehe

Anonymous said...

Macai bangang tak faham logik Hadi.

Keluar Pakatan Rakyat kerana DAP dan PKR tak sehaluan Hudud. Tubuh Parti Ikatan Gagasan Sejahtera (PIGS) kerana nak dominan bersendirian tapi taawun pulak dgn UMNO terus buang Amanat Hadi, Hudud dan RUU355 dari Manifesto. Sekarang PAS bertaawun pulak dgn MCA dan MIC, yang terang2 antiHudud dan antiRUU355.

Jadi semua logik DAP, PKR antiIslam hanyalah klentong Hadi nak join BN.

Walhasil PAS yalah komponen BN parti sekular yang mendokong Klepto Najib dan menghalalkan apa2 cara utk pegang kuasa politik membangsatkan Melayu, Islam dan Raja.

Buktikan kebencian anda kepada BN Baru PAS/UMNO/MCA/MIC dibawah teraju Najib dan Hadi dengan mengundi PH dalam PRK ini. Ambil iktibar dari Hadi dulu gulai daging halal dah dicampur ketul2 daging babi dari Parti2 yg ditakfiri PAS.

Taufek Mustafa said...

Pas Dapat Penasihat Yang Gagal-Dr.Zuhdi

Lelaki Dicermin said...

Aku mengaku lah.. kalau tgk biodata calun pas ni.. dahsyat..sebagai org melayu islam.. dia berjaya sebagai.. umat manusia..tp kalau kalah juga parti pas kali ini.. mana2 prk dlm malaysia sehingga pru 15..dulu kini selamanya pas akan jadi pembangkang. Memang rakyat selangor tak melihat calun.. rakyat selangor melihat parti. Rakyat selangorkan bijak2.. doktor halimah.. aku boleh agak.. kalau dia ikut amanah.. sah2 jadi menteri kesihatan..satu dunia tak boleh pertikaikan.. dia dah bukti dlm keluarga dia.. tp sayang..kecerdikkannya.. dia percaya dap nak memusnahkan islam di malaysia..

Anonymous said...

konsep kesatuan dedak

amat cantik gagasan sededak ini dimahsyurkn dgn segera

Anonymous said...

Dr Halimah contoh terbaik manusia bijak yang mampu diperbodohkan oleh PAS dengan alasan agama.

Anonymous said...

Lelaki dicermin.

Dap nak atau tak nak musnah/rosakkan Islam di malaysia tu bergantung kpd tindakan dap. Kalau kamu lihat komen dan tindakan dap tentang Islam tu agak2 kemana direction nya?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails