Tuesday, August 28, 2018

PKR Nak Rampas Jawatan MB Dari Mukhriz? -BERSATU Kedah


Hasil carian imej untuk BERSATU Kedah: PKR nak rampas jawatan MB dari Mukhriz?
Timbalan Pengerusi BERSATU Kedah Anuar Abdul Hamid mempersoalkan sama ada PKR sedang merancang komplot merampas kedudukan menteri besar negeri itu daripada Datuk Seri Mukhriz Mahathir.


Beliau mengulas laporan Malaysiakini yang memetik Anggota Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul bahawa beliau boleh melakukan perkara yang hebat di Kedah jika Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kerusi parlimennya untuk kembali ke Parlimen.

Johari yang juga ADUN Gurun berkata langkah itu akan membuka jalan untuknya menjadi menteri besar Kedah.

"Saya tafsir kenyataannya seperti berikut - jika Anwar jadi perdana menteri, maka akan berlaku rombakan menteri besar dan cxco dalam Kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) Kedah.
"Johari selaku anggota parlimen Sungai Petani yang menawarkan kerusinya kapada Anwar akan diberi imbuhan dengan menjadikannya sebagai menteri besar Kedah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Anuar mengingatkan Johari tentang perjanjian antara parti komponen HARAPAN sebelum PRU ke-14 iaitu BERSATU akan mengetuai pentadbiran di Kedah, Perlis, Perak dan Johor manakala PKR di Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan.

Katanya lagi, perjanjian itu juga menyatakan DAP sebagai ketua di Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan dan Sarawak manakala AMANAH ni Kelantan, Terengganu dan Melaka.

"Perjanjian ini telah termeterai. Kenapa dengan tiba-tiba beliau mahu merampas kerusi menteri besar Kedah daripada BERSATU?" soalnya.

Beliau juga menjawab dakwaan Johari (gambar) bahawa negeri itu tidak ditadbir dengan baik dengan berkata Mukhriz telah membuat rancangan rapi untuk membangunkan negeri itu sejak kali pertama menjadi menteri besar pada 2013.

"Malangnya beliau dipecat selepas dua tahun. Sekarang beliau terpaksa menghidupkan semula rancangan untuk membangunkan Kedah daripada awal, dengan pelbagai masalah dan cabaran yang perlu dihadapi," katanya lagi.

Mukhriz - timbalan pengerusi BERSATU merangkap pengerusi BERSATU negeri - mengetuai HARAPAN untuk merampas negeri itu daripada BN pada PRU lalu, dan kemudiannya mengangkat sumpah sekali lagi sebagai menteri besar.

Anuar juga menggesa Johari agar tidak mengambil kesempatan atas pelantikan Anwar sebagai perdana menteri kelapan nanti untuk kepentingan peribadi.

"Saya ingin menasihati sahabat lama yang saya hormati, hentikan polemik ini terutama semasa pemilihan PKR. Ia tidak akan menguntungkan HARAPAN," katanya lagi. (gigitankerengga.blogspot.com)

Lihat sebelum ini..
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir

4 comments:

Anonymous said...

dsai tidak kata apapun. ia hnya kata2 d.johari. kita yakin selepas anwar beri ulasan perkara ini akn dihentikan.

klu pun johari jd mb lantikan anwar..kita yakin mukhriz akn diberi peranan penting di pusat.

dan amat kaciwalah walaun kempunan nk tgk ph pecah belah.

Anonymous said...

TEPUUUK ! PENGUNDI PAKATUN KENA KENCING LAGI !

Setelah KERAjaan pakatun memungkiri pelbagai janji dalam manifesto pakatun, pengundi pakatun kena kencing lagi ! Lebih hancing !

Tayar, minyak hitam kereta dan alat ganti naik harga - Syarikat minyak pelincir, komponen kereta keluarkan surat pemberitahuan SST !!!


TEPUUUK !!! Pengundi pakatun kena KENCING HANCING !!!

PADAN MUKA !

bunbinban said...

Alaaa...mcm PAS la, walaupun dah kuar dari PR dan PR di bubarkan, masih tercongok dlm barisan exco selangor tiba2 buat statement nak rampas selangor...tapi rupa2 nya kerusi PAS yg kena rampas...kahkahkah..

Anonymous said...


Mukhriz sesuai jadi Menteri Penuh.

Jadi MB bukan sahaja memiliki jiwa rakyat tetapi mudah di dekati rakyat. Mukhriz tidak seperti ayah nya yang bersahaja apabila berjalan di khalayak ramai.

Bukan kata Mukhriz tak bagus tapi perwatakan Mukhriz agak serious dan kurang berseloroh atau mengusik lawan atau kawan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails