Saturday, September 01, 2018

50 Pengikut Syiah Ditahan. Ahli Politik Ketuanya, Ini..



KETUA bahagian parti politik di Kelantan antara beberapa individu yang dipercayai mengetuai kumpulan Syiah di negeri ini, ditahan oleh pihak berkuasa pada malam sambutan Hari Kebangsaan.
Sumber memberitahu NSTP, lelaki berusia 65 tahun itu antara 50 individu termasuk 21 wanita dan kanak-kanak dipercayai pengikut Syiah yang ditahan dalam satu operasi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) di Jalan Sri Cemerlang, Kota Bharu.
Dalam operasi kira-kira sejam itu yang bermula 10.30 malam dengan kerjasama polis, beberapa jenis buku juga dirampas.

"Pihak berkuasa agama negeri ini bersama pihak penguatkuasaan lain sudah melakukan intipan selama beberapa tahun tetapi gagal menahan mereka yang terbabit kerana setiap kali cuba untuk menjejaki kumpulan ini, mereka berjaya melarikan diri.
"Tetapi nasib tidak menyebelahi sebahagian dari mereka apabila 50 termasuk ketua bahagian parti politik itu ditahan pada malam sambutan Hari Kebangsaan," kata sumber itu.
Usaha mendapatkan pengarah JAHEAIK negeri, Datuk Che Mohd Rahim Jusoh, hari ini, masih belum berjaya. Difahamkan beliau akan mengadakan satu sidang media khas esok mengenai perkara ini.
Selain kumpulan Syiah terbabit, pihak berkuasa juga mengesan beberapa lagi kumpulan ajaran sesat yang bergiat aktif di negeri ini sejak lebih lapan tahun lalu.
Hasil carian imej untuk syiah malaysia
Hasil carian imej untuk syiah malaysia
Berita berkaitan
• Premis disyaki sarang Syiah diserbu.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 September 2018 @ 12:50 PM

9 comments:

Anonymous said...

Selama ini barua-barua ternakan pakatan syiah-liberal-kafir harbi telah mencipta dan menyebarkan pelbagai fitnah terhadap parti Islam PAS untuk memburuk-burukkan PAS dengan melabelkan PAS dengan pelbagai gelaran karut marut yang tidak masuk akal manusia normal seperti parti khawarij, syiah dll tetapi Allah Maha Mengetahui bahawa pakatun terdiri dari puak syiah, puan munafik liberal dan puak kafir harbi.

Nota: Fatwa menyatakan syiah tidak tergolong kepada mahzab Islam yang bererti syiah setaraf dengan puak qadiani.

Pemimpin parti PANdir terdiri dari kepala bapak syiah dan pemimpin-pemimpin liberal.

Pemimpin parti mata satu (mata iluminati?) terdiri dari kepala bapak liberal dan pemimpin liberal dan syiah.

Pemimpin-pemimpin parti bunga terdiri dari puak liberal.

Pemimpin-pemimpin parti biaDAP terdiri dari puak kafir harbi seperti puak evangelis.

Maka kita faham sekarang mengapa puak syiah, puak liberal dan puak kafir harbi bersekongkol menentang dan menghina ajaran Islam dan perjuangan Islam dan menafikan hak umat Islam dan menghina, menfitnah dan memburuk-burukkan parti Islam PAS pimpinan ulama Islam yang sedang berjuang menegakkan agama Islam dan membela hak umat Islam dan rakyat.

Anonymous said...

Sunan Nasai, salah satu dari enam kitab sahih Ahlusunah (kutub sittah), meriwayatkan: “seakan-akan ajalku sudah mendekat. Sesungguhnya telah aku tinggalkan pada kalian dua hal yang sangat berharga, yang salah satu lebih besar dari yang lainnya, (yaitu) Kitab Allah dan keturunanku (itrahku) Ahlul baitku. maka lihat dan perhatikan bagaimana kalian memperlakukan keduanya. maka sesungguh keduanya tidak akan terpisah sampai kalian menemuiku di tepi telaga (al-Haudh).

apa yg ditinggalkan ialah Al-Quran dan keturunan baginda (khalifah 12). tak ada sebut hanbali, maliki, syafie, Hanafi... yg lahir ratus tahun setelah wafatnya Nabi saw.

“Perumpamaan Ahlul baitku seperti kapal nabi Nuh, barangsiapa yang menaikinya maka dia akan selamat dan barangsiapa yang enggan maka dia akan tenggelam (binasa).” tak ada sebut hanbali, maliki, syafie, Hanafi...

Berikut adalah syair imam syafie menggambarkan betapa cintanya kepada keluarga nabi Muhammad SAW: "Seandainya cinta kepada keluarga Nabi Muhammad s.a.w. dikira Rafidhah (pengikut syiah), maka saksikanlah wahai jin dan manusia bahawa aku seorang Rafidhah (pengikut syiah)" (Diwan Imam al-Syafi, tahqiq Dr Abdul Mun' im al-Khofaji hal 89, lihat juga pada halaman 75,106,126)

wahai pengikut muawiyah yang memberontak memerangi 'Ali as; sila cari apa yang Nabi saw pernah kata mengenai 'Ali as.

yang jawab soalan diakhirat bukan syafie, maliki, Hanafi, hanbali… tapi korang sendiri.

Anonymous said...


Setakat serbu markas dan buat gempaq ..

Kalau tak ada markas ... ?

Padahal bersepah yang berfahaman Syiah...

Anonymous said...

LObai pas ikut sebagian aje sebagian ditinggalkan...

Anonymous said...

Dakwah pas gagal sekat syiah kerana sibok berpolitik untuk isi tembolok.....

Anonymous said...

ni ibnu kempen syiah ke..

Anonymous said...

inilah hasil hj hadi kt syiah adalah mazhab... kesannya syiah diikuti orang lah.

hj hadi ni byk mnyebab kesesatan dlm umah. takfiri dn doktrin syiah. bahaya betullah dia ni.

Anonymous said...

ali rdh dan muawiyah rdh kedua2 adalah sahabat Nabi saw. jgn kamu cuba memburuk2kan sahabat Nabi saw. syiah laknatullah sgt memusuhi muawiyah rdh.

umat islam tidak wajar memihak pd mana2 kerana tidak layak kita masuk campur urusan sesama sahabat Nabi saw.

tulisan anon 3.22 di atas (mungkin dr ibnu sendiri) ada berbau tengek najis syiah cuba memasukkn racun utk memburukkan muawiyah rdh. awas kamu agen syiah.

Anonymous said...

istilah syiah bermaksud org yg mngikut.

rafidhah bermaksud menolak. tp perkataan syiah telah jd khusus utk golongan yg mengikut ali rdh sahaja dn menolak kekhalifahan abu bakar umar dan othman.

maka puak syiah rafidhah pd istilah yg mereka khususkn adalah utk mereka yg menolak 3 sahabat tersebut dan hnya hnya terima ali.

itulah kesesatan dn kejahatan puak syiah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails