Friday, August 31, 2018

Kenapa Anwar Kena ‘Senyap’ Isu Petron?

Kenapa Anwar Kena ‘Senyap’ Isu Petron?

BISU… Jika sebelum ini, pemimpin PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim paling lantang kutuk Tun Dr. Mahathir Mohamad terutama isu kekayaan luar biasa anak-anaknya ketika beliau berkuasa dahulu.

Ini termasuk pendedahan berani bekas Timbalan Perdana Menteri yang dipecat secara zalim oleh negarawan itu mengenai Mirzan Mahathir yang memiliki syarikat minyak Petron dan pengeluar arak ternama Filipina, San Miguel.
Itu cerita lama tetapi kini, setelah menerima pengampunan diraja hasil usaha Mahathir, 93, selepas menang Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, Anwar kelihatan senyap daripada mengecam Pengerusi Pakatan Harapan (PH) tersebut.
Ini menyebabkan beberapa pemimpin UMNO termasuk Datuk Puad Zarkashi persoal tindakan beliau yang dilihat diam diri berhubung isu pelantikan Petron sebagai antara pembekal bahan bakar api rasmi kenderaan kerajaan.
Tidak ketinggalan ialah Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam yang menyifatkan Presiden PKR itu seolah-olah cuba melindungi salah guna kuasa yang dilakukan Perdana Menteri tertua usianya di dunia tersebut.
“Jadi kita beranggapan, hari ini semua salah laku dan rasuah yang pernah dilakukan Mahathir sudah dilindungi pula oleh Anwar kerana beliau lebih takut jawatan perdana menteri yang bakal beliau sandang akan hilang selepas ini.
“Anwar tidak lagi berani untuk bela nasib rakyat yang dianiaya Mahathir hari ini,” kata Lokman sewaktu ditemui pada Majlis Riadah Merdeka 1Malaysia sempena dengan sambutan Hari Kebangsaan 2018 di ibu negara hari ini.
Turut hadir ialah Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datik Seri Rosmah Mansor yang hadir ke Taman Botani Perdana meluangkan masa selama dua jam bersama pengunjung sambil menjamu selera dan sesi bergambar.
Terdahulu, dilaporkan Kementerian Kewangan awal bulan ini mengumumkan pelantikan Petron sebagai pembekal bahan api untuk kegunaan kenderaan kerajaan, memetik memorandum yang tersebar menerusi media sosial.
Bagaimanapun kementerian itu terpaksa mempertahankan keputusan pelik tersebut dengan memaklumkan Petron kononnya bukanlah pembekal tunggal minyak petrol dan diesel untuk semua kenderaan kerajaan Persekutuan.
Mengulas lanjut, Lokman mendakwa Kabinet kerajaan PH sebagai ‘gila korup’ setelah biar pelantikan Petron itu diluluskan dengan berselindung alasan Petronas dan Shell masih lagi menjadi pembekal bahan api sejak 1997.
“Tak kan lah mereka tak tahu, Mirzan tu anak Mahathir? Jadi keseluruhan barisan Kabinet ini gila korup lah. Kalau Anwar berani, dia akan bangkit ‘pukul’ kerajaan PH hari ini, kalau dia berani lah. Saya rasa dia pun tak berani.
Mengulas lanjut Lokman menambah, kini rakyat Malaysia tidak boleh berbuat apa-apa tindakan dan hanya boleh pasrah menerima semua bentuk penipuan serta reda sahaja salah guna kuasa yang dilakukan pihak kerajaan PH.
“Jadi rakyat Malaysia kena bangkit bersuara dengan bantah sikap kerajaan baharu hari ini dan lawan juga Anwar yang turut menyokong barisan korup kerajaan PH,” tegas beliau. – Agensi/Mynewshub.TV
Video berikut sekadar sindiran…

Lihat sebelum ini..

  • E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir

12 comments:

Anonymous said...

usaha melaga2kan pemimpin utama ph. pastu suruh org lain yg ambil tindakan utk nafsu mereka. cabar anawar kalau berani kunun. anwar bkn takut tp tk bodoh nk ikut ckp seorg balaci seperti lokman adam.

klu lokman berani sgt pi suruh najib tu repot anak mahathir. asik tolak org tu tolak org ni...dh mcm takut jd imam solat pulak.

anak2 mahathir memang tahu bisness. bukan hnya tau beli gelang bertimbun..beli harta luar negara..beli lukisan, kapal, kplterbang dan buat filem lucah.

klu takat buat filem lucah semua pemimpin walaun blh buat. ibnu blh jd pengarah. buat filem 'wolf of walaun petaling street'.

Anonymous said...

Lock man lock man. Lenkali tgk dulu. Jgn jadikan sama bodoh dgn hadi awang. Kami ahli umno tak mau pemimpin segarang lokman nmpk bodoh mcm pemimpin pas.

Mirzan sudah tak pegang lagi itu petron.

Hidup umno! Pembela umat melayu islam!

Anonymous said...

Woi kau diam ajelah, kalau anwar boleh senyap apahal kau nk mnipu pulak, kalau dh penipu takde siapa nk percaya ckp org mcm kau

Mohammad Azren said...

Awas! Batu api isi neraka tengah tunggu peluang untuk menangguk taik di saluran najis. Sebab itu posting ibnu macam taik. Hehehekikikihahahakahkahkah

Anonymous said...

mahathir melayu islam..anwar melayu islam... cuba dilaga2kn oleh puak mngaku melayu islam pasumno walaun.

kat mananya dap dlm usaha jahat ini? tiba2 mangsa laga yg dituduh pecahbelah melayu islam...hnya kerana kerjasama dgn bukan melayu yg ada integriti.

sedangkn bkn melayu yg jht rasuah rompak bellion sebelum ini dibela pulak oleh puak mngaku melayu islam tadi yg dungu.

inilah fitnah akhirzmn yg mnjangkit kpd mereka yg hasad dengki demam trauma nk kan kuasa utk bermaharajalela menindas bngsa melayu dn islam mereka sendiri.

mereka cuba memberi makeup jenama dajjal hingga org baik dilabel jht dn sebaliknya.

Anonymous said...

Lambat lagi la PAS nk menang PRU kalu tahap otak penyokong mcm IB

Cik Minah said...

Assalamualikum Ustaz Ibnu Hasyim.............
Kenapa Ustaz percaya cakap Lokman Nor Adam bulat-bulat tanpa membuat sebarang penyelidikan...? Tanpa ustad sedari, ustad tergolong jadi manusia berkocek bocor sebab memfitnah Mirzan dan Tun Mahadir tanpa usul preksa. Nampaknya, peluang ustad nak mati shahyid berubah jadi mati katak pulak..........hahaha.
Tahu tak ustad, Mirzan sudah lama menjual pegangannya dalam syarikat oil & gas itu.
Tak silap saya, dia jual dalam tahun 2014.
Sekarang pemegang share syarikat itu paling besar ialah MAYBANK.
Terdapat juga lain-lain nominee kecil tetapi saham mereka tak lebih daripada 1 juta.
Sebab itu Anwar tak berkutik.

Anonymous said...

berat ni... ibnu harus bertaubaaaat. jgn nnti dosa mirzan ibnu yg tanggung..pahala ibnu yg sedikit mirzan yg dapat.

Anonymous said...


LEBAI KULUP KERAJAAN PAKATAN/DAP MEMBERI FATWA !!!!

ORANG2 ALIM PAN TAK AMANAH DETECTED!!!!!

WAHAI ORANG2 YANG BERIMAN MARILAH KITA MENJADIKAN ALQURAN/HADISH SEBAGAI PANDUAN/RUJUKAN
JANGAN LAH KTA BERPECAH BELAH..SAMA2 KITA MENAMBAH ILMU AGAMA DEMI KEBAIKAN BERSAMA HIDUP ISLAM...HIDUP ISLAM/..ISLAM!!!!!

Anonymous said...

Tunggu anuar jadi pm apa dia nak buat.

Anonymous said...

AnonymousAugust 31, 2018 at 7:08 PM pandai pulak cakap fitnah dajjal yg puak ph fitnah boleh. Tunggu anuar jadi pm tengok apa dia nak buat.

Anonymous said...

AnonymousAugust 31, 2018 at 7:17 PM pas perjuangkan islam banyak dugaan dari allah. Allah janjikab kemenangan pada pejuang2 islam janji allah itu pasti kemenangan umat islam yg sebenar diakhirat. Kita sama istikomah perjuangkan islam kerana umat kafir bersatu menekan islam diserata dunia.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails