Thursday, August 30, 2018

Songlap Era Mahathir. Tiada Siapa Siasat..


MUNGKIN lucu dan pelik apabila sepanjang 22 tahun pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad langsung tiada siapa pun berani mahu menyiasat pelbagai penyelewengan negarawan tersebut. Meskipun isu panas itu sering dibangkitkan pembangkang termasuk otai DAP sendiri, Lim Kit Siang sama ada ketika berceramah politik atau perbahasan di Parlimen, akhirnya skandal mega berkenaan senyap begitu sahaja.

Siapa boleh membuktikan wang rakyat digunakan untuk bailout atau menyelamatkan Perwaja Steel Berhad benar-benar diberi kepada syarikat keluli terbesar nasional itu dan telah digunakan seperti yang dipohon pihak tersebut. Pernahkah Perwaja disiasat secara telus sebagaimana dilakukan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) di Parlimen begitu gigih menyiasat aliran dana oleh sayap pelaburan strategik kerajaan Malaysia iaitu 1MDB?

Bayangkan sejumlah RM9 bilion diperuntukkan untuk Perwaja dan kesemua dana itu terhapus hangus begitu sahaja ketika era sekeping tiket wayang filem masih berharga RM1.20 dan sebungkus nasi lemak pun bernilai 50 sen. Ketika Proton pernah dahulu memohon dana kerajaan berjumlah RM1.5 bilion, ia disertai dengan ‘kertas kerja’ yang menyatakan sebab apa jumlah itu dipohon dan bakal digunakan untuk apa lengkap butiran sebelum diluluskan. Lucunya konon untuk membayar vendor tetapi setelah jual kereta pun Proton masih mahu wang bantuan untuk membayar vendor. Siapakah bijaksana di tampuk Proton sebagai ‘diktator’ ketika itu? Semua tahu jawapannya.

Ia kegagalan mutlak, tetapi tidak dianggap jenayah seprti 1MDB kerana tiada siapa mahu jatuhkan siapa ketika itu, walau sudah 30 tahun Proton wujud, tidak mengapa kerana ia memberi banyak pekerjaansebagai alasan logiknya. Dalam erti kata lain Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebenarnya boleh ‘buka’ lagi 10 buah kilang kereta dengan kesemuanya rugi tetapi itu tidak mengapa kerana memberi peluang pekerjaan kepada penganggur.

Namun, sebelum RM1.5 bilion diberi, dianggarkan RM13 bilion telah diberi sebagai bantuan selama ini, namun Proton masih memerlukan suntikan dana sehingga hari ini malah kurang menguasai pasaran automotif tempatan.
Baca: CIA Dedah Dokumen Skandal Tun M Dalam BMF
https://www.mynewshub.tv/utama-sensasi/selepas-3-dekad-cia-dedah-dokumen-penglibatan-dr-m-skandal-bmf/

Maka dengan suntikan dana tambahan tetapi jualan tidak lagi menggalakkan, tentu ramai ingin tahu ke manakah perginya semua wang rakyat hasil daripada jualan kereta yang sudah mencecah jutaan unit itu sejak sekian lama? Persoalan, pernahkah disiasat apakah sebenarnya dibuat dengan wang suntikan diberi sebelum ini? Jawapannya, tidak pernah pun disiasat oleh pihak ketiga seperti PAC dan sekadar berakhir dengan cakap politik kedai kopi!

Lebih kelakar, untuk isu terkini susulan pendedahan Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat (AS) berhubung skandal songlap mega Bumiputera Malaysia Finance (BMF) era 1980-an, Mahathir seperti ‘terkedu’ memberi dalih. Beliau selamba dilaporkan oleh akhbar popular berbahasa Inggeris The Star hanya menjawab dengan menyatakan “I was not responsible for BMF’s “missing millions” (Saya tidak bertanggung jawab untuk kehilangan jutaan BMF itu).

Begitulah mudahnya Mahathir ‘lepas tangan’ walhal masuk akalkah ketika negara belum mewah seperti hari ini namun segumpal wang beralih ke tangan pihak lain tanpa pengetahuan beliau sebagai perdana menteri waktu itu? Itu kata Mahathir, tambah lagi memang ada laporan menyatakan siasatan pernah dibuat, namun sedalam mana ia pernah disiasat dan dari sudut mana disiasat pun sebenarnya boleh dipersoalkan dari segi tahap integriti.

Kita boleh lihat betapa kes besar wang rakyat beralih ke pihak bukan bumiputera dari bank milik bumiputera tetapi pihak penyiasat hanya hantar seorang sahaja juruaudit dan kemudian dibunuh misteri, seolah-olah mahu tutup kes. Inilah ‘bau najis’ zaman Mahathir memerintah yang waktu itu belum lagi ada media sosial dan aplikasi gajet pintar untuk penyebaran maklumat waima rakyat dikongkong cuma mendapatkan berita daripada media arus perdana.
Skandal songlap era Mahathir tiada siapa yang siasat
Belum lagi isu kerugian tukaran wang asing dianggarkan berjumlah RM30 bilion yang diarahkan Mahathir terhadap Bank Negara Malaysa. Benarkah forex loss atau paper loss atau sebenarnya tiada loss seperti mana dinyatakan? Pernahkah PAC atau Badan Pencegah Rasuah (kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) siasat kerugian bank pusat itu? Atau adakah ini juga sandiwara Mahathir sahaja kerana wang itu telah dilesapkan secara senyap.

Baca: Adakah Tun M Kini Jadi Balaci Singapura?
https://www.mynewshub.tv/utama-sensasi/adakah-tun-m-kini-jadi-balaci-singapura/

Kita boleh andaikanpelbagai alasan kerana ia belum pernah disiasat bahkan kita juga boleh jadikan semua skandal zaman Mahathir dahulu sebenarnyaseumpama kes 1MDB.Cuma yang bezanyaisu1MDB ialah lebih telus! 

Kita boleh andaikan pelbagai alasan kerana ia belum pernah disiasat bahkan kita juga boleh jadikan semua skandal zaman Mahathir dahulu sebenarnya seumpama kes 1MDB. Cuma yang bezanya isu 1MDB jauh lebih telus! Rakyat sebenarnya boleh juga menukarkan terma isu kesilapan perniagaan era Mahathir kepada istilah jenayah komersial dan penyelewengan duit rakyat. Ia bergantung kepada siapa yang ‘busuk hati’ untuk melakukannya.

Ketika MAS dibeli semula dalam keadaan uzur, miskin dan daif daripada kroni Mahatir, Tan Sri Tajuddin Ramli, ia dipaksa dijual dengan harga ‘bodoh’ iaitu RM8 sesaham walhal harganya ketika itu cuma sekitar RM3 sahaja. Siapalah yang bodoh mengarahkan syarikat penerbangan kebangsaan itu diserahkan kepada individu, dan si bodoh mana pula yang arah beli semula setelah ia habis dipunahkan serta ditanggung oleh pentadbiran selepas Mahathir?

Beli semula konon atas nama ‘kepentingan negara’ dengan menggunakan wang rakyat, apa kejadahnya, kerana ia jelas terbukti menyerahkan kepada kroni sendiri namun diubah atas nama apa? Tanggung jawab sosial korporat? Mahukah Najib sendiri buka semula kes ini dan menyenaraikan ia sebagai kes jenayah komersial dan bukan kes kesilapan perniagaan. Untuk makluman sebagai perbandingan, isu 1MDB hanyalah contoh kes perniagaan biasa.

Jika ada silap pun, ia cuma keputusan akibat kesilapan perniagaan semata-mata seperti isu Temasek di Singapura, tetapi akibat ada individu ‘busuk hati’ mahu guling Perdana Menteri, maka ia dijadikan seolah-olah kes jenayah. Kini, terdedah kesemua kisah lampau Mahathir, apabila tindakan bodoh dan keputusan bodoh telah dibuat pada zaman rakyat ‘bisu dan buta’ maklumat. Peliknya, skandal era Mahathir belum pernah pun ada siasatan terperinci.

Dan paling menjadi persoalan, adakah dengan menjatuhkan semua Perdana Menteri dengan kadar satu penggal konon adalah untuk menyelamatkan ‘tengkuk’ diri sendiri kerana ketakutan hal lampau sebegini akan timbul.  Maka perlu sangat dan memang logik untuk beliau segera menaikkan zuriat sendiri sebagai Perdana Menteri supaya berasa lebih selamat daripada hal ini semua dibongkarkan dengan menggunakan kuasa khas Perdana Menterinya.


Nampaknya titik-titik hitam zaman Mahathir yang konon dianggap sebagai gah gemilang dahulu tetapi kini sudah boleh dicantumkan untuk dijadikan ia sebagai satu garisan.

25 comments:

Puaka Rimba said...

Woi ibnu mangkuk. TUN M tak masuk duit negara dalam kocek dia, bukan macam Najib. Dah tahu Najib makan duit haram. Yang Lobai pun sama tumpang sekaki. Haram Jadah Punya Lobai. Pasal DUIT dan BURIT,agama pun sanggup GADAI. Ibnu Pilih MARUAH ke jadi BARUAH???. Hehehekikikihahahakahkahkah

Anonymous said...

apapun tuduhan walaun pada tun adalah tidak bernilai apa2.

semuanya demi politik balas dendam. apa bukti. buktinya kenapa kt tun didedahkan tuduhan penyelewengan kewangan sedangkan kt najib ditutup dan puashati errrrk. ini juga satu sikap kronisma pas dgn najib. sebb najib geng kita dan kita dpt dedak maka najib perlu dibela. tun memang tk guna, hapah pun hj hadi dn pas tk dapat dr tun.

sebelum ini pun terdedah kemesraan nasharudin yg dikatakan menerima ratusan juta dr najib hingga sanggup sama2 merafak sembah ke kuburan kamal attaturk yg secular anti islam itu. tp pemimpin pas lain semua diam kecuali tgna yg dgn tegas dan murka memarahi pemimpin belot yg makan dedak najib.

kenapa tuduhan terhadap tun tidak terbarai mcm jenayah najib? malah semasa najib berkuasa lagi semua dh terbarai. bila kalah lagi byk terbarai dan berbau busuk yg dihirup walaun sebagai wangi semerbak kasturi.

sebb tun seorang yg bijak dlm mebuat pelaburan diluar negara samada yg diumum atau tidak. kegagalan forex memang hasil sabotaj soros kerana ianya dibuat secara online. manipulasi forex oleh soros hingga kita mengalami kerugian yg tidak dijangka.

adapun jenayah najib sgt terang dan jelas serta berkilau2 seperti gelang2 emas yg dia sorok tu. jenayah najib benar2 merompak hasil Negara dan bukan pelaburan strategic seperti yang ditipunya. rompakan najib mengadai asset Negara. umpama seorang bapak yg menjual perabut2 rumah dn termasuk anaknya sekali demi bermewah2. ini bukan pelaburan, ini bodoh kt tun.

begitulah ringkasnya. kalau pjg nnti walaun tk faham apa pun. tgklah komen anon(ibnu) itu.. isu kewangan hanya dijawab dgn ternak babi dap. diulang2 sebagai zikir harian hinggalah masa nazak nanti.




Anonymous said...

pas adalah pilitik dendam kaciwa kalah pru. dendam jugalah adalah doktrin syiah terhadap islam yg diterap hj hadi dalam pas. islam dijadikan topeng hingga islam itu hj hadi, hj hadi itu islam. curi spender hj hadi bermakna curi ajaran islam. dn jika hj hadi mati, mungkin walaun akan rasa islam pun akan mati. begitulah taksuban dlm diri penyokong hj hadi dan pas.

Anonymous said...

Woi azrengay mangkuk ayun ternakan pandap, mengapa tidak ditubuhkan Royal Commission @ Suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat kes pembunuhan ulama Islam dan orang kampung yang tidak bersalah dan semua skandal dan bailout yang berskala besar semasa Pak Dir berkuasa dahulu? Takutkah ?

Barua-barua mangkuk ayun ternakan pandap diam membisu seperti syaitan bisu @ zombi setiap kali skandal dan bailout berlaku depan mata barua mangkuk ayun kerana barua-barua ini amat mengharap sesuap dedak cap roket ! Betapa murahnya maruah barua mangkuk ayun !

Sebaliknya barua-barua pandap yang mengidap demam babi inilah yang sibuk mencipta dan menyebarkan pelbagai fitnah terhadap parti Islam PAS pimpinan ulama Islam dan barua mangkuk ayun buat heboh dengan pelbagai cerita dongeng di seluruh negara menghasut orang ramai membenci PAS.

Antara tanda barua mangkuk ayun ternakan pandap mengidap demam babi ialah menjerit histeria Hehehekikikihahahakahkahkah dan memaki hamun parti Islam! Inilah akibat barua mangkuk ayun pandap makan dedak cap roket yang menjadi kegemaran babi ternakan abang besar biaDAP.

Anonymous said...

Barua mangkuk ayun pandap 2:58 PM,

Parti Islam PAS pimpinan ulama Islam tidak pernah berputus asa atau kecewa dalam berjuang menegakkan Islam dan membela hak umat Islam dan rakyat walaupun PAS sentiasa difitnah, di maki hamun dan dihina oleh barua-barua mangkuk ayun ternakan pandap !

Yang jelas kecewa dan berputus asa ialah barua-barua mangkuk ayun dan pemimpin-pemimpin pandap mereka kerana mereka terlalu terdesak untuk menfitnah, memaki hamun dan menghina perjuangan Islam.

Anonymous said...

Woi barua mangkuk ayun 2:55 PM ternakan pandap,

Semua dakwaan kamu tidak mempunyai sebarang bukti maka kamu adalah penjaja fitnah ternakan pandap ! Kamu berlagak seperti ayam jantan berkokok riuh sekampung tetapi ekor kamu penuh dengan tahi ! Amat menjijikkan !

Itulah pekerjaan barua-barua mankuk ayun seperti kamu yang menyebarkan fitnah untuk melaga-lagakan manusia!

Carlos Santiago said...

Hahahaha.. Tunggu jela pas Memerintah.. Lepas tu check la.. Tu pn kalau dpt memerintah la.. Hahahaha...

bankami.blogspot.com

Anonymous said...

anon ibnu 3.09...

ayam.. ekor.. tahi.. jijik.. mangkuk..barua

itulah key words puak walaun.

rupa tu nk menang pru15? kalau dpt tambah 1 kerusi pun kira dh dapat rahmat banyak lah tu.

kita berhujah bab politik bukan bab ayam, najis dll. itu bab perternakan.

patutlah bisnes gagal.. saudagar taik rupanya hiihih kesian Abdul wahib

Puaka Rimba said...

Buat apa mahu tubuh suruhanjaya siasatan pembunuhan Memali. Bukan mati syahid pun, mati katak adalah. Memang wajar dibunuh pemberontak ,mengikut fatwa Dato Harussani. Lagi satu, atas hujah apa kesyahidan mereka itu, sedangkan fatwa chief Lobai pun boleh berubah. Tu la.... Kalau Lobai menghukum,... BABI pun HALAL.Hehehekikikihahahakahkahkah

Puaka Rimba said...

Apa! PAS memerintah Malaysia. Jauh PANGGANG dari BABI. Hehehekikikihahahakahkahkah

Anonymous said...

napa xtubuh rci memali? bila ditimbul kes memali dn dikait dgn tun.. yg basah seluar dn trauma nk masuk parlimen ialah hj hadi.

nnti terdedah amanat sesat hadi. kehilangan tabung memali. napa pas tk minta rci masa berkwn najib? sekarang sapa nk layan walaun.

sebb masa najib, dok sibuk kira dedak tk abis2 hingga kalah terkejut penyu masing2. eekek utk kau..eekek utk aku.. last2 kalah.

sekarang sibuk nk buat kerja bongkar sana sini.. nk repot sprm sekor pun xberani sbb tkde data.

Anonymous said...

ada sgt bukti kesalahan tun pi la repot sprm. ph sedang siapkn bukti dakwa najib..bukti kau utk dakwa tun mana? walaun bodoh mcmni yg titm marah. kan dia kata dia puashati..kau tk wala ke. nnti jd munafik tau

ikan said...

ha ha geng macai mca dah mengamuk. pagi ni cif jebon kat hotfm. syiok tak jadi macai mca...

Enti PAS BODO said...

Kalo tun madey tubuhkan sapeygnak percaya siasatan ahli2 suruhanjaya yg tentu takut dgn pm...

Bodoh betul puak pas masa najib berkuasa kenape tak desak najib tubuhkan RCI siasat memali dan kemana hilang tabong memali..

Umum sudah ketahui punca memali kerana amanat songsang lobai hadi...ibrahim libya terpengaruh dgn negara islam yg lobai hadi sendiri pon tak nak buat....lobai hadi nak duit najib aje..

Enti PAS BODO said...

Ye barua2 bodoh lobai pas...ularmak pas tak pernah putus asa nak kaye dan mewah...

Jelantan dan terengganu dah islam ker barua bodooh?..

Enti PAS BODO said...

Barua lobai pas bodooh melalak kena fitnah kunun..tapi bukti kena fitnah tak de pon..

Enti PAS BODO said...

Dgn amanah tak boleh baik...dgn kapir kulup mca dan mic lobai boleh baik...kulup mca tak pernah cakap nak baik dgn pas...lobai pas bodoh yg terhegeh2..

Anonymous said...

Mintak tuhan selisihkan dari lobai penipu...nanti banyak dalilnye yg lobai buat kerja haram..

Anonymous said...

Dgn PAS tak boleh baik...dgn kulup DAP boleh baik....kulup DAP ada amoi baik.

Anonymous said...

jgn baik dgn pas nnti rosak iman dan akhlak. nnti suka kafirkn org. ketagih dedak. jd khawarij taksub dn doktrin syiah takiyyah.

jauhi pas iman anda selamat. dekati dap..itu peluang kita berdakwah dgn tunjukkn integriti dan terbuka..imej melayu dan islam akn lbh baik dgn pemerintahan islam ph.

pas cuba mngurat mca. lps ni mca pun akn belajar kafirkn org lain.

Anonymous said...

Siapa kata ph tak cerdik. Cerdik sangat. Tu sebab boleh fitnah ulamak dan para lebai. Zaman jahiliah dulu pun ramai yg cerdik. Abu jahal abu lahap semua tu cerdik pandai. Jadi pemimpin golongan arab yg tidak beriman. Jahiliah berulang lagi. Kini ph memimpin liberal, lgbt, sekular dan tunduk pada dap. Kalau baca tulisan puak ph memang quality fitnahnya. Tapi dari sudut iman memang zero konten, yg cederong hina ulamak dan agungkan kejahatan dan kejahilan.

Unknown said...

Mohon maaf jika postingan ini menyinggung perasaan anda tapi saya hanya mau menceritakan pengalaman pribadi saya yang mengubah kehidupan saya menjadi sukses sekarang. dulu Saya bekerja di Singapura, tapi saya tidak menyerah dengan keadaan saya, tetap ikhtiar. Dulu pengen pulang ke indonesia tapi gak ada ongkos. sempat saya putus asa,gaji pun selalu di kirim ke indonesia untuk biaya anak sekolah, sedangkan hutang banyak, kebetulan buka-buka internet mendapatkan nomor whatsapp Mbah Suro +6282354640471 katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan Pesugihan Dana Ghaib. dengan keadaan susah jadi saya coba beranikan diri hubungi dan berkenalan dengan beliau Mbah Suro, Dan saya menceritakan keadaan saya. Beliau menyarankan untuk mengatasi masalah perekonomian saya dengan Pesugihan Dana Ghaib nya. Dan alhamdulillah benar-benar terbukti nyata hasil nya sekarang. terima kasih banyak ya allah atas semua rerjekimu ini. Beliau juga bisa bantu seperti Pemasangan nomer Togel,pelet, dll



Anonymous said...

Menegakkan hukum isle tapi menyembah sistem undi yg dicipta zionis?

Pegi bljr balik la nk menipu pemimpin pas ni

Anonymous said...

Sapa yg dikata ulamak? Hadi? Tukang pecah belah umat isle..tukang pencetus dua imam solat lu kata ulamak?

Dia hanyalah hamba kpd sistem undi barat je la. Sama je level dia dgn lks, matsabu dll

Anonymous said...

Mana hang tau..

Suatu hari nnt pasti akan terlondeh jg kebenaran ...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails