Friday, August 31, 2018

Undilah Dr Halimah Di PRK S/Setia! Supaya PH Tak Jadi BN Ke2..


PRK Seri Setia adalah peluang dalam ruang demokrasi bagi pengundi memilih wakil yang akan betul-betul berkesan dan efektif membawa suara dan hak mereka dalam DUN Selangor. 

Selepas PRU ke 14 kemenangan selesa PH di Selangor telah memberikan mereka kuasa yang terlalu besar dengan memenangi 51 kerusi DUN berbanding pembangkang yang hanya menguasai 5 kerusi sahaja. Rakyat khususnya pengundi di Seri Setia telah menolak pemerintah terdahulu kerana krisis keyakinan akibat rasuah dan salahguna kuasa yang berlaku. 

Hal yang sama boleh berlaku di Selangor negeri terkaya di Malaysia dalam situasi pemimpin yang terlalu selesa dengan kuasa sehingga mengumpul kekayaan diri sendiri dan kroni lebih diutamakan berbanding nasib rakyat terbanyak yang masih melarat seperti di DUN Seri Setia. Benarlah pepatah “absolute power will corrupt absolutely” (kuasa yang mutlak akan membawa kerosakan yang juga mutlak). 

Adakah di Selangor perkara ini tidak berlaku? Buka mata dan perhatikan gaya hidup pemimpin-pemimpin pilihan anda dan anak-anak serta ahli keluarga mereka.

Peranan Pembangkang

Dalam sistem demokrasi berparlimen peranan pembangkang adalah sama penting dengan pemimpin parti pemerintah. Sebarang kesilapan dan tindakan yang salah mesti ditegur dan diperbetulkan oleh pembangkang. 

“The opposition main role is to question the government of the day and hold them accountable to the public. The opposition represents an alternative government and is responsible for challenging the policies of the government and producing different policies where appropriate”.

Dengan kuasa besar yang diberikan oleh pengundi di Selangor Kerajaan negeri boleh melakukan apa sahaja samada yang menguntungkan rakyat atau hanya menguntungkan segelintir pemimpin yang rakus. Justru kehadiran gabungan pembangkang dalam mana-mana sistem demokrasi adalah satu kemestian. Saidina Abu Bakar sendiri sejurus terpilih sebagai Khalifah mengakui perlunya “penegur” yang akan membetulkan jika dia terpesong dari kebenaran. 

Saidina ‘Umar tersenyum tanda restu bila ada pembangkang yang bersuara “Andai engkau menyimpang pedang ini akan meluruskanmu”.

Inilah yang diperlukan YAB Menteri Besar Selangor iaitu penasihat yang terdiri dari kalangan pembangkang yang tiada apa-apa kepentingan melainkan untuk menegur dan membetulkan kepincangan yang mungkin hanya didiamkan oleh pemimpin dari PH. 

Back benchers dan YB dari PH pastinya akan mempertahankan tindakan MB dan Kerajaan negeri di bawah pimpinannya sekalipun tindakan atau polisi atau keputusan yang di ambil sebenarnya amat merugikan rakyat terbanyak. Ibarat pepatah Inggeris “birds of a feather flock together”(Burung dari jenis yng sama akan sentiasa terbang berkumpulan bersama).

Kes study: Pengambilalihan SPLASH oleh Kerajaan Negeri Selangor 

DUN berperanan meluluskan undang-undang baru, pindaan undang-undang atau memansuhkan undang-undang sedia ada. DUN dan ahli-ahlinya juga bertanggungjawab memperakui bajet yang dibentangkan untuk perbelanjaanan kewangan negeri. 

Sebagai contoh di peringkat Persekutuan bagaimana cukai GST yang diperkenal oleh kerjaan terdahulu dan cukai SST yang baru di perkenalkan semula oleh PH telah di bentang dan diperdebatkan oleh ahli-ahli yang berhormat dari Kerajaan dan pembangkang. Undian akan dibuat untuk meluluskan sesuatu rang undang-undang, bajet mahupun apa-apa usul diperingkat parlimen. 

Keadaan yang sama berlaku di dewan Undangan Negeri. Andai suara pembangkang lemah dan bilangannya sedikit, sudah tentu undang-undang atau dasar atau polisi sekalipun buruk, menyusah dan merugikan rakyat akan diluluskan dengan sokongan dari kalangan YB yang mewakili parti pemerintah. Sebagai contoh, dalam isu pengambil alihan Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) oleh Kerajaan negeri boleh menyedarkan rakyat.

Kerajaan negeri membayar 10 kali ganda untuk membeli SPLASH pada harga RM 2.55 billion sedangkan nilai sebenar sebelum ini hanya pada harga RM 250.6 million sahaja. Kenapa membayar lebih dari yang sepatutnya? Apakah ada pihak yang menangguk di air keruh dan mengambil untung atas angin dari transaksi ini? 

Transaksi ini jelas merugikan duit rakyat negeri Selangor dan hanya mengutungkan syarikat kroni yang berkepentingan. Namun apakan daya walau terlihat kepincangan sebegini tiada kuasa yang dapat menyekat atau membantah dek kerana suara pembangkang yang tidak signifikan.

PRK Seri Setia dan perlunya mengundi pembangkang

PRK Seri Setia bukan medan untuk menjatuhkan parti pemerintah yang angkuh atau korup seperti dalam PRU ke 14 tetapi adalah medan untuk memberikan parti dan pemimpin yang baru dipilih dengan wakil yang akan meluruskan kesilapan, dasar yang merugikan rakyat, salah guna kuasa, kronisma dan nepotisma, rasuah dan penyelewengan yang mungkin telah dan akan berlaku dengan “mata pedang” yakni teguran dan kritikan yang tidak mampu di lakukan oleh kalangan wakil rakyat kerajaan PH yang mempunyai kepentingan diri.

Perumpamaan pentingnya Pembangkang

Dalam pertandingan tarik tali, jika pasukan A mempunyai 15 pemain sedang pasukan lawannya B hanya 5 orang sudah pasti pasukan A akan mudah menewaskan pasukan B kerana tiada tentangan mahupun cabaran yang boleh mengimbangi pasukan A. Pasukan A pastinya boleh melakukan apa sahaja untuk menang. Malah para pemainnya juga akan culas dan tidak bersungguh-sungguh kerana yakin mereka akan menang walau apa yang berlaku.

Bagi memberi ruang yang adil, pemain dari kumpulan B mesti di tambah agar mampu mencabar dan bersaing secara sihat. Yang untungnya adalah penonton yang telah membeli tiket untuk menyaksikan perlawanan dan permainan yang seimbang dan menghiburkan. Begitulah juga di PRK Seri Setia, tugas pengundi adalah untuk memastikan suara pebangkang di tambah untuk memberi ruang teguran dan penambahbaikan dari pihak yang berbeza parti. 

Yang untung adalah rakyat dan pengundi yang akan memberi isyarat kepada Kerajaan sedia ada agar menunaikan amanah yang telah diberikan rakyat kepada mereka dan jangan sekali-kali menghancurkan harapan yang dibina.

Pengundi Bukan Islam Seri Setia

Pengundi bukan Melayu seharusnya lebih bijak dan matang dalam memilih. Mereka sentiasa mahukan transperancy dan ketelusan dalam pentadbiran kerajaan negeri. Mereka faham bagaimana rosaknya pemimpin jika terlalu berkuasa. Undi mereka kepada PH pasti tidak akan mengubah apa-apa. 

PH sudah menjadi Kerajaan di peringkat pusat dan negeri Selangor. Undi bukan Melayu kepada calon PAS tidak bermaksud mereka mengundi penyangak atau perasuah kerana PAS adalah satu-satunya parti yang bebas dari kes rasuah berbanding dengan parti-parti lain. Sebaliknya undi mereka untuk calon PAS akan membawa angin perubahan dan check and balance agar pemimpin tidak lekas lupa diri. 

Mereka tidak patut bimbang untuk memilih calon PAS yang tidak membawa kepada undang-undang hudud, kerana jika Dr Halimah menang sekalipun beliau tidak ada kuasa untuk itu. Tetapi sekurang-kurangnya Dr Halimah akan menjadi suara yang menegur dan mengingatkan pihak kerajaan agar sentiasa mendahulukan rakyat dan menunaikan janji-janji manifesto yang belum tertunai.

Rugikah mengundi Pembangkang di Seri Setia?

Walaupun ada yang berfikir dengan memilih pembangkang pengundi di Seri Setia akan di anak tirikan oleh kerajaan negeri ianya tidak akan berlaku. Sebaliknya Kerajaan negeri akan memberi perhatian yang lebih kepada kawasan yang di wakili pembangkang untuk memastikan pengundi mendapat pembelaan sewajarnya dan kembali menyokong mereka dalam pilihraya akan datang. 

Sudah tentu Kerajaan PH tidak akan melakukan sesuatu yang merugikan pengundi yang menggunakan hak demokrasi mereka secara bebas dan adil.

Kesimpulan

Pilihan ditangan anda pengundi yang bijak untuk menentukan apa yang diperlukan oleh DUN Selangor. DUN Selangor hanya perlukan wakil pembangkang yang akan membawa suara menegur, mengingat dan membetulkan apa-apa tindakan, dasar dan polisi yang tidak menguntungkan rakyat. 

Tugas ini mungkin tidak mampu dilakukan di kalangan parti-parti dalam PH yang dilihat menyokong apa sahaja yang di buat oleh kerjaan PH. Jangan anggap tiada apa yang perlu ditegur kerana semuanya akan berjalan baik. Orang politik adalah manusia biasa yang ada kemahuan dan selera tersendiri untuk kekal berkuasa dengan segala cara meskipun membelakangkan pengundi yang telah memilihnya. 

Justru undi anda kepada calon PAS Dr Halimah Ali adalah petunjuk nilai kematangan pengundi di Seri Setia yang membugar nafas demokrasi dengan wajah yang lebih segar dan penuh keterbukaan. Semoga Selangor akan lebih sejahtera dengan pilihan anda yang penuh bijaksana.

MR : Rakyat perlu bagi isyarat agar PH tidak menjadi BN yang kedua.... 
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Hasil carian imej untuk dr halimah ali
Hasil carian imej untuk dr halimah ali

10 comments:

Anonymous said...

Apa punya hujah lah...

apa guna bagi PAS memang kalau tidak mempunyai kriteria sebagai pembangkang yang berkualiti dan bagus.

Kalau PAS letak calon Khalid Ibrahim nampaklah jugak bagus nya... Khalid pun tak nak tolong PAS..

Kemudian samakan pelukan PRK dengan tarik tali... Kekuatan ADUN bukan pada fizikal tetapi lebih pada kepetahan dan kehebatan berhujah.

Kempen cara begini menunjukkan PAS dengan MCA pun PAS yang teruk.

wassalam

Anonymous said...

Undi PH dan Lebai Kulup..

Lihat ini
[ antilebaikulub said...
1. T.kasih. Kerana ramai yang kait PAS dengan kahwin 2,3,4,. Ada juga yang tuduh ahli PAS kahwin 5, itu tak perlu layan itu geng jahil agama. Nak fitnah pun biar menasabah.

2. Mengatakan ramai 'lebai PAS' kahwin poligami, menunjukkan lebai PAS itu mempunyai kesihatan seks yang baik, ramai anak dan tak takut, tak dapat rezeki seperti orang yang tak beriman.

3. Bukan seperti 'lebai kulub'. Lebai kulub ertinya mereka kuncu2 PH yang suka diperintah oleh orang kulub tak bersunat atau berkhatan, penuh tahi palat. Bukan perintah saja, bahkan dalam blog ini (ted manoff) ada yang mengaku sanggup beri 'puki bini'nya (maaf, itu yang dia sebut) kepada pakar rujuk mereka 'lebai kulup' Lim Guan Eng.

4. Lebai2 kulup ini, kebanyakannya beristeri 1, biasanya takut bini, nafsu ada tetapi tenaga tiada, bahkan ada yang rindu jadi pondan.(adanyang pilih nama kejora bapok dll). Atau isterinya jadi pkakas antik saja.

Insya Allah, kita sambung lagi kalau ada masa.]

Ha ha ha

Puaka Rimba said...

Pinjam Ted punya tag line lah..Prooot..ahh...lega. Kalau macam punya hujah, pengundi Seri Setia tahu nak pilih siapa?. Ibnu pilih yg mana?. MARUAH (PAKATAN HARAPAN) ke BARUAH (PAS)????. Hehehekikikihahahakahkahkah

Anonymous said...

oit dah letak jawatang ke belum? kerja dengan kerajaan PH tapi nak lawan PH. tak malu...

pastu kawan baik dengan pompuan yang fitnah YB Khalid dan YB Mujahid. nanti bergolok bergadai ler kena samang...

org pas ni mudah kena sontot. cuba korg buat iklan kat web nak buat LGBT festival, pasti tanpa usul periksa walaun walauntit pas akan kecoh seluruh alam.

masa umno memerintah tak kecoh pasal lgbt. bila PH perintah, kecoh pula pasal aurat lgbt. padahal 20 tahun kelab gay dah beroperasi tak pula kecoh walaun walaunit sebelum ini.

Puaka Rimba said...

Macamana tak kena "Samang" !. Chief Lobai amalkan politik "Siamang". Hehehekikikihahahakahkahkah

Anonymous said...

Sape undi pas nak kena samak dulu. Pas dlm kawah gulai babi skrg dgn mca.

Undi pas bermakna sesat.

Sesat tu neraka!! Kata mp baghal pas

Khkhkahkah

Anonymous said...

AnonymousAugust 31, 2018 at 8:10 AM pas tetap perjuangkan islam. Akhir zaman gejala fitnah berleluasan terutama fitnah pada pejuang islam. Pas tetap istikomah perjuangkan islam yg mana tiada parti lain yg berani berterus terang memperjuangkan islam. Pas bergabung dengan umno demi islam wajib disokong oleh semua umat islam dimalaysia kerana pas parti islam umno parti melayu yg ahlinya islam dan umno tidak berkuasa kerjasama bukan bergabung jika umno tolak islam pas akan tolak umno macamana pas tolak dap walaupun ramai pemimpin pas keluar dan tubuh parti baru sebab pas tolak dap tapi pas tetap perjuangkan islam. Pas adalah parti yg paling dibenci oleh dap dari dulu dan selama2nya sebabnya pas perjuangkan islam. Kami dalam pas tetap istikomah walau dihina walau diugut walau disogok tapi kami tetap istikomah perjuangkan islam. Ingat wahai penyokong ph yg beragama islam perkuatkanlah iman kamu pertahankanlah agama kamu berdakwahlah pada keluarga anak2 kamu rakan2 kamu sama ada islam mahu pun yg bukan islam kerana musuh2 islam bergerak bebas dan gerakan islam dipantau. Dunia akhir zaman agama islam akan diperangi dari dalam dan luar insyallah allah berjanji akan kemenangan umat islam dan kewajipan kita istikomah memperjuangkan islam. Ameeen

Anonymous said...

Mohammad azren ph mana ada maruah berjanji pun tak ditepati.

Anonymous said...

AnonymousAugust 31, 2018 at 8:24 AM jawatan tiada gaji pun kecuh ambiklah dr dah letak jawatan dah pun. Lgbt dari dulu lg pas tentang cuma sekarang lgbt dah berani menuntut. Kamu nak rahmat allah ke laknat allah yg sebuk pertahankan lgbt kalau kamu islam tentang lgbt jng marah org yg tentang. Allah dah beri amaran dalam al quran ini perkara yg besar dalam islam perlu benteras sebab golongan lgbt telah dilaknak allah sapa kita hamba allah nak iktiraf lgbt. Pas perjuangkan islam jadi isu besar dalam islam pas perlu tegas. Pemerintah wajib benteras dengan tegas bukan berlembut. Kamu boleh fitnah pas kamu boleh kutuk pas kamu boleh hari2 hentam pas tapi jika kamu islam wajib atas kamu perjuangkan islam diakhir zaman ni. Sekiranya bukan islam kembalilah kepada islam moga kita mendapat rahmat allah. Ameeen

Anonymous said...

AnonymousAugust 31, 2018 at 9:25 AM undi pas sesat. Golongan sesat adalah yg takut perjuangkan islam. Pas istikomah perjuangkan islam dah 68th pas perjuangkan islam dah banyak kesan hasil dari perjuangan pas untuk mendaulatkan islam. Jadi bagi kita umat islam jangan tunggak agama islam dalam kita menempuh kehidupan segala apa yg kita ada adalah milik allah jadi sebagai hamba takutlah kita hanya pada allah perjuangkanlah islam tunjukkan yg kita umat islam buang sifat takut mempejuangkan islam. Jangan berselindung dalam memperjuangkan islam kerana allah bersama pejuang islam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails