Tuesday, August 28, 2018

MCKIP, Kuantan: KERAjaan PH Bodoh Matematik. -Najib.


Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mempersoalkan kemahiran matematik pemimpin Pakatan Harapan (PH). Melalui kenyataan di Facebook, Najib merujuk isu Taman Perindustrian Malaysia-China (MCKIP) di Kuantan.

Najib menyorot bahawa MCKIP adalah taman perindustrian berkembar dengan Taman Perindustrian Qinzhou China-Malaysia (QCMIP) di bandar Qinzhou di negara China. Jelas Najib, memiliki 50 peratus tapak perindustrian di negara China yang mempunyai 1.4 bilion penduduk lebih baik berbanding memiliki 100 peratus taman perindustrian di Malaysia yang mempunyai 30 juta orang.

“MCKIP dimiliki oleh Malaysia dengan pegangan 51 peratus saham manakala syarikat-syarikat dari China dengan 49 peratus.
“CMQIP pula dimiliki oleh China dengan 51 peratus pegangan saham dan 49 peratus oleh Malaysia dengan keluasan tiga kali ganda lebih besar daripada MCKIP di Kuantan.
“CMQIP kini juga sangat berjaya dan hasil pengeluaran kilang-kilang di sana telah mencecah RMB10 billion (RM6 bilion) untuk tahun 2017 sahaja.
“Jika kita arif dalam matematik dan tidak kerap silap mengenai titik perpuluhan, sudah tentu kita faham bahawa memiliki 50 peratus tapak perindustrian untuk pasaran 1.4 bilion orang adalah lebih baik dari memiliki 100 peratus untuk pasaran 30 juta orang sahaja,” katanya.

Najib berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam wawancara Malaysiakini selepas pulang dari negara China minggu lalu bahawa beliau mahu merobohkan tembok di MCKIP. 

Selain itu, Najib juga merujuk kenyataan Anggota Parlimen Kuantan Fuziah Salleh yang menjelaskan bahawa tembok di MCKIP hanya mengelilingi kompleks kilang Alliance Steel sahaja dan bukan seluruh taman perindustrian itu.

“Kilang besi bukan tempat selamat buat orang awam keluar masuk dengan mudah. Oleh itu, bukan sesuatu yang mengejutkan jika kilang itu membina tembok sebagai langkah pengawalan dan keselamatan.
“Ini dah diperjelaskan sebelum ini tapi tenggelam dengan fitnah disebar PH.
“Fuziah memberitahu wartawan bahawa beliau akan menjelaskan kepada Dr Mahathir tidak lama lagi.
“Fuziah juga mengakui bahawa ramai dari kawasan parlimen beliau menghargai peluang pekerjaan di MCKIP dan tidak mahu pekerjaan mereka terjejas.
“Alhamdulillah, satu lagi fitnah sebelum PRU ke-14 terhadap kerajaan BN dulu telah diperbetulkan. Yang baik dituduh sebagai buruk,” kata Najib.

Kenyataan terbaru Najib itu merupakan kenyatan kedua hari ini yang menyifatkan “fitnah terhadap BN diperbetulkan”. Terdahulu, Najib turut menyifatkan hal serupa berhubung kenyataan Timbalan Menteri Dalam negeri Datuk Azis Jamman berhubung angka kes kaum India tanpa kewarganegaraan.



Buktikan kebencian anda kepada PH di bawah Tun M dengan mengundi PAS dalam PRK ini..



10 comments:

Anonymous said...

Berita
Parlimen
Pilihan Editor
Sukan
Seni & Hiburan
Global
Kolum
Surat
Laporan Khas
Ulasan
Wawancara
Lensakini
TV

Penyokong PAS taasub, kata Rozaimi
28 Ogs 2018, 9:09 pagi (Dikemaskini 28 Ogs 2018, 9:14 pagi)

A A
Penyokong PAS boleh dianggap beramal dengan sifat taasub apabila tidak bersikap tekal semasa berdepan dengan isu berkaitan Syiah.

Menurut pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris, Dr Rozaimi Ramle, pihak terbabit dilihat mengecam hebat musuh politik mereka kerana dipercayai membuat program di kawasan yang ada kaitan dengan penganut Syiah.

Pada masa sama, kata Rozaimi penyokong PAS mempertahankan pemimpin mereka apabila ketika tokoh terbabit melawat Iran ketika negara itu berperanan dalam perang di Syria.

"Sewaktu pimpinan mereka bersentuhan dengan pimpinan Iran pada waktu Iran mempunyai peranan di perang Syria dulu, ketika (itu) pimpinan mereka mengatakan Syiah hanyalah mazhab dan hanya berkhilaf secara ilmu, (lalu) mereka pertahankan pimpinan tersebut," katanya malam tadi.

Rozaimi berkata demikian sebagai reaksi kepada kritikan penyokong PAS kepada seorang menteri kerana mengadakan korban di selatan Thailand baru-baru ini.

Ia menjadi isu kerana petempatan tersebut didakwa didiami penganut Syiah. Malah gambar menteri terbabit bersama tokoh tempatan serta kitab-kitab ajaran Syiah turut memanaskan keadaan.

Anonymous said...

Matlamat utama PAS mahu memenangi pilihan raya kecil ini ialah untuk memperkuatkan lagi elemen semak dan imbang dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Calonnya Dr Halimah Ali berkata suara pembangkang serta pemantauan terhadap pergerakan kerajaan negeri akan menjadi lebih kuat sekiranya kemenangan itu berpihak kepada parti tersebut.

"Kalau tidak ada check and balance (semak dan imbang), maka tiada kuasa pembangkang yang akan meneliti atau memerhati apa yang dilakukan oleh kerajaan (Pakatan Harapan).

"Oleh itu kita mesti pastikan suara umat berada di dalam sidang DUN Selangor supaya suara rakyat di blok pembangkang boleh dilontarkan tanpa rasa takut serta membentangkan isu-isu sebenar," katanya ketika majlis pertemuan calon bersama pimpinan dan jentera PAS dan Umno di kawasan lapang berdekatan Masjid Kampung Lindungan, Petaling Jaya semalam.

Turut hadir Ketua Wanita Umno Datuk Noraini Ahmad dan anggota majlis tertinggi parti itu Datuk Lokman Noor Adam.

Dr Halimah yang merupakan bekas anggota exco Selangor berkata 'gelombang hijau dan merah' (PAS dan Umno) kali ini memberi hikmah untuk meraih sokongan pengundi dan seterusnya memenangi kerusi DUN Seri Setia.,,,,,,,,,,Alangkah indah , hidup bermimpi , kerna mimpi penuh dengan fantasi .

Anonymous said...

kan dh kata... rakyat tolak najib sebb menyamun dn merompak bersama jholow. rakyat tolak walaun sebb sokong najib dn diyakini ambil dedak.

tentang projek2 najib tu memanglah ada pro kon. hujah najib berasas keuntungan. itu pun belum tentu lagi hasilnya. hujah tun lebih kpd kedaulatan dan hutang yg melampau.

dn najib jgnlah berlagak sgt pandai matematik. lebih baik kau kira berapa tahun bakal dipenjara nanti dan berapakah kesan ekologi punggung kau kalau dihukum sebat nanti. hujah kau mengenai jholow dan rampasan harta karun 1.1b mcmana? persoalan2 lain kenapa dijawab tak tau tak tau.

apa pun kita tunggu hujah kerajaan dlm isu tadi.


Puaka Rimba said...

Pasal najib bijak matematik le, beli IPP mahal, jual kat China murah. Apa punya thuur.....Hehehekikikihahahakahkahkah

Puaka Rimba said...

Lagi syok MIMPI BASAH. Hehehekikikihahahakahkahkah

Anonymous said...

isu syiah melampaui batas parti politik.

kita percaya mat sabu terpalit juga. tp hj hadi juga terpalit malah kelebihannya sebagai ulamak lebih mudah mempengaruhi penyokong dgn mengatakan syiah adalah mazhab dlm islam.

mat sabu juga kita harap jgn kerana sentimen syiahnya menyebabkan beliau menutup pusat keamanan raja salman dan menarik balik pakatan tentera islam diketuai Saudi. dn jgn pula selepas ini cuba berbaik2 dgn syiah atas kapasiti menteri kerajaan Malaysia.

sebarang kelonggaran yg dibuka utk syiah menyebar sayap akan membawa padah pd akidah umat islam. seterusnya perpecahan dan boleh menumpahkan darah kpd umat.

sebarang tokoh yg terpalit syiah mesti diperhatikan tak kira parti mana.

umat islam haruslah sedar bahawa revolusi iran bukanlah revolusi islam tetapi adalah revolusi syiah. logik ke perancis membela seorang 'pejuang islam'(Khomeini laknat) utk lancar revolusi islam?

nnti umno pula eksyen kata kami tk terpalit syiah. yelah syiah tknak umno pun.. pertama sebb tk berkuasa dah. kedua sebb umno hanya pentingkan duit dn tk kisah perjuangan agama pun. tp kalau syiah nk masuk dlm umno mudah saja... tawarkan nikah mutaah. wasalam umno pun.

Anonymous said...


Kalau pelaburan yang Najib buat di China menguntungkan dan baik pulangan nya apahal China datang sini bina kilang di Kuantan ?

Berapa ramai rakyat Malaysia yang dapat kerja di kilang milik China - Malaysia?

Sekarang pagar pun ada jenis dawai yang berkualiti tinggi dan China boleh guna pengawal keselamatan yang terlatih mengikut standard mereka.

Anonymous said...

Babi2 kerajaan pakatan/dap detected!!!!

wahai lebai2 kulup korang lebih teruk drpd kerajaan najid!!!

Korang lebih kapiaq drpd kapir LGE/LKS tok guru mahathir hang semua pigi..mampos!!!

Anonymous said...

Ibnu Hasyim teruskan menyokong Najib@ Lanun dan Bomoh Rosmah sehingga ke alam kubur.
kah....kah....kah.....

Anonymous said...

10.12...Kata2 rozaimi tak boleh dipakai sebab dia taik wahabi. Kalau nak dengar ceramah yg sedap2 bagaimana ulama2 traditional dikritik bolehlah jadikan rozaimi ni sebagai panduan. Mengajar sikit, kritik yang lebih. Ilmu tak seberapa pun tapi nak tunjuk hebat.

Inilah masalah penuntut agama era baru ie era modenanisasi barat. Pelajar agama tidak didevelope dan menuntut ilmu secara beradap, tapi lebih dilatih mengkritik hingga ujub menebal dalam diri.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails