Tuesday, August 28, 2018

Fitnah PH Akhirnya Dijawab Mereka Sendiri.. Tipu Kaum India..

Hasil carian imej untuk fitnah ph


FITNAH terhadap kerajaan Barisan Nasional sebelum pilihan raya lalu akhirnya terbukti dakwaan palsu, dan dinafikan oleh kenyataan pemimpin mereka sendiri.

Ini dijelaskan oleh bekas Perdana pMenteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tulisan terbarunya menjelaskan tentang jumlah bangsa India tanpa taraf warganegara di Malaysia.
“Alhamdulillah, satu lagi fitnah Pakatan Harapan (PH) sebelum PRU14 terhadap kerajaan BN dulu telah diperbetulkan.
“Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Azis Jamman mengesahkan di dalam Dewan Negara bahawa jumlah kes bangsa India tanpa kewarganegaraan di Malaysia ialah 3,853 dan bukan 300,000 seperti didakwa oleh ramai pemimpin PH sebelum ini.
“Faktanya, 1,638 daripada 3,853 kes-kes ini juga telah diselesaikan di bawah kerajaan BN pimpinan saya dahulu,” katanya dalam tulisan disiarkan di Facebook beliau itu.
Tegas Najib, walaupun telah berkali-kali dinyatakan angka sebenar, pihak PH mendakwa kerajaan BN menipu dan mengulangi angka yang salah yang didakwa melebihi 300,000 orang.
“Walaupun saya dan pemimpin-pemimpin MIC telah memberi penjelasan angka sebenar banyak kali namun kita sering dituduh sebagai menipu oleh beberapa pemimpin-pemimipin PH kaum India yang tegas bahawa jumlah kes melebihi 300,000.
“Mereka menggunakan isu ini sebagai isu utama untuk membuat demonstrasi dan dalam ceramah-ceramah untuk menaikkan kemarahan kaum India terhadap kerajaan BN.
“Kini, ramai dari pemimpin-pemimpin PH yang memainkan isu ini telah dilantik menjadi menteri dalam kerajaan baru.
“Dengan pendedahan kerajaan PH sendiri tentang jumlah kes yang sebenar, adakah mereka akan meminta maaf kerana telah ‘tersalah kira’ dua tempat titik perpuluhan?” katanya, menyindir helah Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang mendakwa tersilap memberi angka kerana kesilapan kedudukan titik perpuluhan. – Mynewshub.tv
Sekarang rakyat mulai kenal siapa PH penipu?
Buktikan kebencian anda kepada PH di bawah Tun M dengan mengundi PAS dalam PRK ini..



8 comments:

Anonymous said...

helo najib... silap sebut jumlah tk merugikn duit apapun.

tp mnyamun terang2 berbillion sgt hina dan bodoh. nk minta maaf? tiada maaf bg mu.

kamu tk layak ckp apapun sekrng. kamu dh tkde nilai apapun pd negara. jgn nk ckp banyak. setiap kali kamu buka mulut hancing tu... semakin jatuh sokongan pd kamu.

dok main isu titik perpuluhan. sgt bebal. bellion hilang kamu nk besarkn titik perpuluhan?

lobai pun sama dungu sokong makhluk mcm najib

ted manoff said...

Tuan ibnu yg terang2 fitna ph bagaimana pula..? Bila nk minta maaf..

Anonymous said...

tn ibnu ada hj hadi. asal jgn lawan pas fitnah tu ok je. jgn sesekaki sentuh hj hadi @ ulamak pewaris.. dosa besar tu

Anonymous said...

Masa memerintah kedekut sampai maklumat macam itu pun nak di sembunyikan. Sebab nak menipu masa mengundi...

Macam mana tak jadi sampai 300,000, sebab ramai yang undi 2 kali sebelum pru 14 ..

Ini satu kebarangkalian.

3000 orang tanpa taraf wwrga. Dapat anak 5 orang purata ... Dapat pulak cucu dalam jumlah 3 orang purata ... selama 30 tahun ... mungkin memang ada benarnya 300,000 orang..

Jangan mare..

Anonymous said...

Persoalan tak berjawab, tuduhan tanpa bukti juga yang galak dijaja.

Kuasa sudah dlm gengaman masih melalak menuduh bagai...mulakan siasatan dan buktikan dlm Mahkamah...bukannya menyalak menuduh dan spin semua isu dlm blog dan media sosial.

Dlm isu artikal ni... Wa berpendapat, ini caranya dan peluang untuk menambahramaikan bilangan sesuatu golongan.... membesarkan angka untuk memudahkan penyerapan.



Anonymous said...

Macai PH dah kepanasan. ...kalau dah fitnah. Minta maaf apa salahnya. Tuduh najib rompak duit bagai sampai sekarang bukti tarak..berapa banyak pun tak tau .Hausiau. Memang terbukti Najib berjiwa rakyat. Sayang ramai rakyat termakan fitnah.
Tepuk....tepuk....kuat lagi. Ha...ha.... Ha...satu lagi kebodohan, kebangangan dalam matematik terbongkar....3000 jadi 300000. Ha.. Ha...joke of the day

aliza tailor said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Kamu ni bodoh dah jadi kerajaan tapi najib tetap bebas lepas tu tetap jugak nak kaitkan pas dalam setiap isu. Cepatlah jatuhkan hukuman pada najib. Kamu dengan pemimpin kamu sama anti pas sebab pas perjuangkan islam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails