Sunday, August 26, 2018

Certot! Jadi Bahan Lawak.. Lacur Bahasa, Pertandingan K/Pendidikan

Peraduan ‘Certot’ Menteri Pendidikan Jadi Bahan Tawa Netizen


KL: Inisiatif Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik untuk menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan 2018 melalui peraduan menulis tentang hari kemerdekaan menjadi bahan tawa dan sindiran netizen.

Ia berikutan nama khas pertandingan anjuran Kementerian Pendidikan itu iaitu peraduan ‘Cerita-Cerita Kontot’ atau singkatannya ‘Certot’dianggap tidak sesuai dan memalukan, malah melucukan.
“Untuk memeriahkan bulan menyambut kemerdekaan ini, saya menjemput semua rakyat Malaysia untuk meluahkan rasa cinta terhadap negara dengan menghasilkan karya kreatif berupa Certot (cerita-cerita kontot)” kata Maszlee dalam satu kenyataan di Facebook semalam.
Seorang netizen dalam reaksinya berhubung nama peraduan itu mempertikaikan standard penggunaan bahasa oleh Menteri Pendidikan yang beliau anggap memalukan.
“Inikah level Menteri Pendidikan melacurkan bahasa dengan menggunakan perkataan ciptaan sendiri untuk mencipta sensasi peribadi? Dari cerita kontot menjadi cerita ‘kentot’. Khas buat Menteri Maszlee ‘kaltot’. Sekian ‘certot’ saya. P/s: Kaltot = akal kontot,” sindir Jamal Baginda Ibnu Ishak.
Berikut antara kritikan dan sindiran netizen lain terhadap peraduan ‘Certot’ anjuran Kementerian Pendidikan tersebut:
“Knp menteri pendidikan guna ayat ‘cerita kontot’. Status menteri pendidikan sepatutnya penguasaan bahasa yg lebih efisyen. Please step down Mr Minister” – Mohd Fareeqh
“Siapa yg cipta certot ini? Slain dbp, ada badan lain? Mmg dah tiada ayat asal? Cerpen pendek dah tak mahu diguna?” – Aza Aziz
“Nk tuko dr BR1M ke Bantuan Sara Hidup ok, MB Johor tuko dr RMMJ ke RMB ok layankan, yg tuan YB Tol ni nk tuko cerpen ke certot kenape?Kenape menteri2 yg dilantik rakyat utk ubah nasib dan masa depan rakyat kerjanya dan kejayaannya hanya dgn mengubah nama dr kerajaan lame….? #EntahApaApa” – Fat
“Sebagai ex student you Dr.capang, u are a disgrace!!!! Certot kepala bapak kau la capang. CERPEN laaaa. Stupid punya minister. Buat malu JOHOR. Oh i forgot, u are a chink!!” – Feena Zainal
“Cerpen lagi cantik bahasa rasenye. cerite pendek” – Salina Sulong
“Yang kontot tu engko. Guna je la CERPEN (Cerita Pendek). Lagi sedap digunapakai. Ni guna perkataan yang dalam kamus pon takde. Tak payah nak hipster sangat” – Qaira Melia
“Masa aku sekolah rendah. Perdana menteri ku Mahathir. Menteri Pendidikannya Anwar Ibrahim. Kami disuruh menggunakan bahasa baku. Kini masa anak ku pula bersekolah. Perdana Menteri masih Mahathir. Menteri pendidikan kalau tak salah namanya maslee. Anak2 murid digalakkn mnjadi pelacur bahasa melayu..carian di web dwn bahasa..perkataan certot yg digunakn mnteri tak wujud” -Chaem
“Maaf tersilap baca ingat Certot ni cerita sontot.. maklumlah zaman mesra LGBT..” – Fesal Zed
“Tol simpang renggam free raya aidilfitri ini..sila tuntut dgn saya..’ Janji seorang ex lecturer usul fiqh uia di negara madagascar.. sekian cercing saya.. sori typo..certot saya” – Abdullah Al Umm.
“CerTot Saya. Di suatu hari, pada waktu yang tidak di sangka-sangka, saurang menteri pendidikan yang baru dilantik melancarkan perkataan baru bagi menggantikan CerPen kepada Certot. Saya pun tak faham kenapa menteri tersebut bertindak seperti itu. Mungkinkah akal beliau kontot? Hanya mampu tukar nama sahaja sepanjang beliau dilantik jadi menteri” – Muhammad Azizul
“Saya pon ada certot jugak Dato’… Seorang pemuda yang dulunya tidak suka cara penceramah berceramah dgn stailo lapuk. Jadi dengan azam itu pemuda tersebut berazam mahu belajar ilmu agama. Berkat keazaman serta keyakinan tersebut pemuda berkenaan telah berjaya menjadi seorang menteri dinegara berkerajaan tomato. Sebelum menjadi menteri pemuda berkenaan berjanji akan memansuhkan tol.. Namun ianya hanya janji tinggal janji sahaja Dato’. Tetapi menteri tidak lupa meninggalkan sejarah peristiwa kasut putih ditukar kasut hitam. Itu adalah kejayaan yg membanggakan semasa menjadi menteri. Kisah dan tauladan ini akan menjadi sejarah dlm pentadbiran kerajaan tomato” – CikIta Daliman

3 comments:

Anonymous said...

patut buat CERPODAK.

cerita2 politik dedak. byk kisah ini dlm negera sekarang blh buat bersiri utk pengajaran kpd murid2.

yg lbh sesuai nama cerdek... cerita pendek bukan cerita kontot.

agaknya masih ada pegawai2 pro pembangkang dlm KPM yg cipta nama tu. lawak jg nama tu.

Anonymous said...

Sokonglah dan undilah saya calon pakatun dan wakil Ikelam ! Jika saya menang PRU, saya akan hapuskan tol Simpang Ragam ! Hari ini saya menang, esok saya hapus tol Simpang Ragam ! Tepuuuk !

Tepuuuk .... Kah kah kah kah kah kah ... Tepuuk !

Hari ini saya telah berjaya kencing pengundi saya di Simpang Ragam yang sedang beratur membayar tol tetapi sifu saya dan abang besar roket lagi hebat kencing rakyat hancing seluruh negara !

Tepuuk !

Pengundi-pengundi saya hanya mampu menelan kahak sendiri sahaja ! Kah kah kah kah

Tepuuuk !!!!

Nanti PRU yang akan datang, saya akan janjikan orang-orang Simpang Ragam lawatan ke Planet Marikh jika mereka undi saya lagi !

Tepuuuk ! Kah ... kah ... kah ...kah

Anonymous said...

Certot tu nama singkatan sepertimana cerpen. Yg paling penting ialah pengisian program. Klu tak betul then baru kita kritik. W.pun sy penyokong pas dan kurang selesa dgn dr maslee yg pro dr maza aka berfahaman wahabi, tapi to be frank saya tak anggap ini isu. Sebab kontot itu memang bahasa yang wujud.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails