Wednesday, August 29, 2018

19 Perkara Perang Tun M-China, Libatkan Forest City &Sultan Johor.

Foto Abdul Muein Abadi.

TERKINI: FOREST CITY DAN SULTAN JOHOR DALAM PERANG MAHATHIR-CHINA
Abdul Muein Abadi 

1. Kontroversi hubungan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir dengan China kini terus panas apabila beliau hari ini mengisytiharkan bahawa warga asing tidak akan dibenarkan untuk membeli dan tinggal di kediaman Forest City, Johor. Tindakan ini bakal memberi kesan kepada ribuan pembeli warga China. Malah, projek yang bernilai kira-kira RM400 bilion itu turut melibatkan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail.

2. Pemilikan DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail dalam projek Forest City dilaporkan wartawan MalaysiaKini, Nigel Aw dalam laporan bertarikh 14 Julai 2014 yang bertajuk ‘The Case of Forest City and the Johor Sultan’ (https://www.malaysiakini.com/news/268649) manakala dalam edisi Bahasa Melayu bertajuk ‘Alkisah Forest City dan Sultan Johor’ (https://www.malaysiakini.com/news/268658).

3. Forest City diusahakan oleh kerjasama China-Johor melalui Country Garden Pacific View (CGPV). Sebanyak 66 peratus pegangan CGPV dikuasai oleh tiga syarikat gergasi China iaitu Country Garden Waterfront Sdn Bhd, Country Garden Danga Bay Sdn Bhd, dan Country Garden Real Estate Sdn Bhd.

4. Baki 34 peratus pegangan CGPV dimiliki Kerajaan negeri Johor iaitu Esplanade Danga 88 Sdn Bhd.

5. Baginda Sultan Ibrahim merupakan pemilik saham terbesar Esplanade Danga 88 Sdn Bhd, dengan kawalan pegangan 64.4 peratus syarikat berkenaan. Kerajaan negeri Johor melalui Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) pula hanya menguasai sekitar 20 peratus saham dalam syarikat tersebut.

6. Projek raksasa yang dibangunkan Country Garden Holdings Co. tersebut menyediakan kira-kira 700,000 unit kediaman di mana antara pembeli majoritinya (70%) adalah dari China menerusi skim ‘Malaysia My Second Home’ MM2H.

7. Malah, Tun Mahathir turut menegaskan bahawa tiada sebarang visa akan diberikan kepada warga asing untuk datang dan tinggal di sini. Hal ini bermakna bahawa ribuan pembeli dari China tidak akan dibenarkan untuk mendiami kediaman yang telah mereka beli di Johor.

8. Tindakan agresif Tun Mahathir ini dikaitkan dengan lawatan beliau ke China baru-baru ini di mana beliau telah mengumumkan hasrat untuk membatalkan projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dan dua projek saluran paip trans-Sabah (TSGP) di Beijing. Kemudiannya Tun Mahathir mengatakan bahawa keputusan akhir pembatalan ECRL tertakluk pada jumlah pampasan yang perlu dibayar kerajaan kepada China pula.

9. Adakah langkah ini merupakan tindak balas Tun Mahathir kepada China yang dikatakan enggan mengalah kepada tuntutan beliau ketika lawatan ke sana minggu lalu? Perlu diketahui bahawa ketika lawatan Tun Mahathir ke China, China turut telah menghantar kapal ‘Coast Guard’ mereka ke Zon Ekonomi Eksklusif milik Malaysia berhampiran Beting Patinggi Ali. Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengirim dua kapal Kelas Kedah iaitu KD Selangor dan KD Kelantan sebagai reaksi balas.

10. Malah, Tun Mahathir sebelum ini turut mengisytiharkan bahawa ‘Tembok Besar China di Kuantan’ perlu dirobohkan – merujuk pada struktur projek Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP).

11. Apa yang pasti, tindakan ini bakal memberi impak besar ke atas projek Forest City, imej negara, hubungan Malaysia-China, dan secara khususnya, ke atas hubungan Tun Mahathir dan DYMM Sultan Johor.

12. ‘Pertembungan’ antara Tun Mahathir dengan Sultan Ibrahim pada hakikatnya telah berlangsung secara terbuka sejak awal tahun 2017 lagi apabila kedua-duanya saling berbalas kenyataan. Rujuk Sinar Harian ‘Sultan Ibrahim bidas Tun M’ (http://www.sinarharian.com.my/…/sultan-ibrahim-bidas-tun-m-…) dan ‘Tun M jawab Sultan Johor isu Forest City’ (http://www.sinarharian.com.my/…/tun-m-jawab-sultan-johor-is…).

13. DYMM Sultan Ibrahim mempertahankan projek Forest City sebagai peluang untuk membangunkan hartanah Johor di samping mengatakan bahawa projek berskala 2000 hektar terbabit adalah lot antarabangsa yang terbuka untuk dibeli oleh sesiapa sahaja warga asing – bukannya dari China sahaja – malah tiada beza dengan projek perumahan mewah di Selangor dan Pulau Pinang yang turut dijual kepada warga asing.

14. Tun Mahathir pula mengkritik projek Forest City sebagai menggadai kedaulatan negara dengan anggaran 700,000 warga asing yang membeloi kediaman di sana akan memperoleh kewarganegaraan, sedangkan warga tempatan tidak berkemampuan sama sekali untuk memiliki kediaman tersebut.

15. Selain daripada kebimbangan demografi dengan kemungkinan kemasukan 700,000 warga asing (khususnya China di bawah skim Malaysia My Second Home MM2H), terdapat juga kebimbangan akan impak projek Forest City ke atas alam sekitar dan juga Pelabuhan Tanjung Pelepas.

16. Dari sudut pandang geopolitik, langkah pelaburan infrastruktur dan hartanah besar-besaran di luar negara oleh China ini adalah sebagai pelengkap kepada strategi agung (grand strategy) mereka iaitu Inisiatif OBOR (kini dikenali sebagai BRI): “Kebanyakan projek pelabuhan akan digabungkan dengan penciptaan bandar-bandar satelit gergasi di Johor dan Melaka, seperti Iskandar Malaysia di Johor dan Melaka Gateway yang turut disertakan dengan pelabuhan yang baru dibina. Di Melaka, akan ada empat buah pulau buatan daripada tanah yang ditambak, yang dibahagikan kepada (1) pulau pelancongan, hiburan, dan pembangunan hartanah, (2) pulau zon ekonomi perdagangan bebas, (3) Pulau pelabuhan Melaka Gateway, dan (4) taman perindustrian maritim” (Evers 2017).

17. Hakikatnya, projek Forest City sudah menjadi persoalan sejak tahun lalu apabila kerajaan China mengetatkan pengaliran modal keluar dari negara China – sekali gus memberi impak negatif ke atas pembelian kediaman Forest City dalam kalangan warga China. Ditambah dengan langkah terbaru oleh Tun Mahathir ini, dijangka lebih banyak isu dan permasalahan yang akan timbul.

18. Bagaimana dengan pemilikan kediaman warga asing di Selangor dan Pulau Pinang? Apakah masa depan projek Melaka Gateway? Adakah imej kita akan merosot di mata dunia korporat kerana ‘mengganggu’ persetujuan pembelian warga China di Forest City? Ataukah imej kita akan melonjak dengan laungan ketegasan mempertahankan kedaulatan tanah air?

19. Dari sudut politik dan geopolitik pula, apa akan jadi pada hubungan Malaysia-China selepas ini? Adakah China akan menghentikan projek mereka seperti projek Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP)? Adakah China akan menghukum kita dengan pampasan yang tinggi dalam kes pembatalan ECRL? Bagaimana pula dengan hubungan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor dan Perdana Menteri Tun Mahathir susulan kes terbaru ini?

Semoga Allah peliharakan negara kita menjelang ulang tahun kemerdekaan ke-61 ini.

Oleh: Abdul Muein Abadi
Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
(gigitankerengga.blogspot.com)


13 comments:

Anonymous said...

semua implikasi tentu sudah dikaji. keputusan pm bukan muktamad tp adalah konsepnya. menteri perumahan sedang halusi klausa.

pm bkn saja berani tp bijak. insyaallah blh diatasi dgn baik.

walaun teeuskn lah 355 yg jauh lbh mudah tnpa risiko tu. tkde sapa halang pun kecuali hadi sendiri sudah uturn... again n again.

Anonymous said...

Demikian kata babi tunggang PH dan lebaikulup..

[Anonymous said...
semua implikasi tentu sudah dikaji. keputusan pm bukan muktamad tp adalah konsepnya. menteri perumahan sedang halusi klausa.

pm bkn saja berani tp bijak. insyaallah blh diatasi dgn baik.

walaun teeuskn lah 355 yg jauh lbh mudah tnpa risiko tu. tkde sapa halang pun kecuali hadi sendiri sudah uturn... again n again.
August 29, 2018 at 1:06 PM ]

Ha ha ha

Anonymous said...

aku tkperlu kau ulangi tulisan hebat aku tu. tkpayah kempen utk pihak yg menang besar menaikkn kerajaan islam ph.

pi bantu kempen parti kulop mca tu.

Anonymous said...

Perasan. syok sendiri. Ha haha

Anonymous said...

Siapa lebai kulup?

[ antilebaikulub said...
1. T.kasih. Kerana ramai yang kait PAS dengan kahwin 2,3,4,. Ada juga yang tuduh ahli PAS kahwin 5, itu tak perlu layan itu geng jahil agama. Nak fitnah pun biar menasabah.

2. Mengatakan ramai 'lebai PAS' kahwin poligami, menunjukkan lebai PAS itu mempunyai kesihatan seks yang baik, ramai anak dan tak takut, tak dapat rezeki seperti orang yang tak beriman.

3. Bukan seperti 'lebai kulub'. Lebai kulub ertinya mereka kuncu2 PH yang suka diperintah oleh orang kulub tak bersunat atau berkhatan, penuh tahi palat. Bukan perintah saja, bahkan dalam blog ini (ted manoff) ada yang mengaku sanggup beri 'puki bini'nya (maaf, itu yang dia sebut) kepada pakar rujuk mereka 'lebai kulup' Lim Guan Eng.

4. Lebai2 kulup ini, kebanyakannya beristeri 1, biasanya takut bini, nafsu ada tetapi tenaga tiada, bahkan ada yang rindu jadi pondan.(adanyang pilih nama kejora bapok dll). Atau isterinya jadi pkakas antik saja.

Insya Allah, kita sambung lagi kalau ada masa.]

ha ha ha

Anonymous said...

PAS asyik tahan pungkog untuk PELIWAT. Dulu UMNO meliwat PAS, sekarang MCA mula meliwat PAS, nanti india MIC ikut meliwat PAS. PAS syok dan seronok diliwat.

PAS dah melacurkan agama demi pemimpin taksub mereka yg mereka dewa-dewakan.

PAS dah hancur.....

Anonymous said...

Ha ha ha Dr M dah nak mampos. Anwar cepat, cepat ganti..

Anonymous said...

apa bukti yg hadi lambat lagi mampos? ada 4 saksi ke?

Anonymous said...

Kerajaan islam, kitab mana kau baca, ustaz mana yg cakap ph krjaan islam, kauni dah gila agaknya

Anonymous said...

1.06

1st dan 2nd paragraph tu dah ok kau komen. Tapi yang jadi nampak bodoh adalah conclusion di third paragraph.

Perundangan Islam kalau kau menentang, takdelah bezanya kalau tun approved je 700k foreigners kapir nak duduk sini. It will end up the same

Anonymous said...

Buat hukum hudud tentu puak kafir taknak duduk kat malaysia baru betul. Yg wajib laksanakan hudud kerajaan yg memerintah bukan pembangkan. Pas cuba laksanakan tapi kerajaan berkembar bn dan ph taknak laksanakan bukan tanggungan pas. Macai puak ph tak tahu taknak belajar dan bertanya. Menteri agama sebuk nak pisahkan politik dan agama benda yg allah suruh taknak buat yg dia sebuk nak pisahkan agama dari politik itu tuntutan kafir. Allah benarkan kahwin bawah umur dengan syarat ph sebuk nak halang. Berapa banyak kes budak bawah umur bersekedudukan berzina tak sebuk nak berteras yg dilaknat allah sebuk nak liktiraf yg disuruh allah sebuk nak halang. Makin teruk sekarang moga allah memberi kekuatan pada pejuang2 islam dimalaysia. Berilah petunjuk pada mereka yg engkar suruhan mu ya allah moga mereka kembali kejalan yg benar dan bersama memperjuangkan islam. Ameeeeen

Anonymous said...

Ph kerajaan libral kulup.

Anonymous said...

AnonymousAugust 29, 2018 at 1:40 PM Puak kafir kalau komen macam nilah. Dah takut pada diri sendiri pas ok aja terus perjuangkan islam. Berimanlah kamu dengan agama islam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails